Tuesday 31 March 2009

Soto & Souvenirs ...

Ahad lepas memberanikan diri drive sorang2 ke Kg Tunku. Tujuan utama kesana? I skip bitau tujuan utama, tapi tujuan kedua nak visit my beloved mak sedara (C) and my sis (T). Dalam masa 20 minit dah tiba, tu pun sebab ada satu trafiklait yang malas nak tukar hijau. Apa daa..

Senyap aje rumah? Patutlaaa, T tengah mandi dan C tengah tidur tapi kalau I tanya "tidur ke?", C sure jawab "terlelaap". Jarang nak ngaku dia tidur, haha (agaknya tidur untuk orang tua adalah satu kesalahan besar, kot?). Kadang2 heran juga, camana terlelap boleh menghasilkan muzik sampingan? "puh puh puh .. kruh kruh kruh"? Muzik cam tu (dan khas untuk C aje), kitorang namakan gesekan biola Hamzah Dolmat. Wajarkah?? Kah3, anak2 sedara C memang 'baik3' belaka .. Bila C tidor gaya udang kena masak sambil memeluk bantal, maknanya nyenyaklah tidurnya tu, takde kes terlelap2 lagi.

Kat penjuru tilam C, tersusun majalah2 dan sokabar picisan. Kaki baca jugak C ni w'pun sebelah matanya dah macam mata Sifu 'Kwai Chang Caine' of the Kung Fu fame. Dia baca majalah gusip (amboi2), Saji, Wanita dan 1-2 yang lain. Kalau majalah omputih cam Women's Weekly "tengok gamba aje".

Bawah bantal pulak ada banyak harta karun, haha.. ada sikat, minyak angin, cermin mata dan ntah apa2 lagi. Dulu kala, Tok I (C punya emak) suka simpan buah epal atau pear bawah bantal. Bila dah lembik buah tu, cucu2 yang sedia berbakti, akan tolong kopekkan. Looks like C doesn't share the same passion as Tok, hehe.

Kat sebelah katil ada sebaris botol2 air mineral dan snacks (dah macam mini bar pulak). Ada sebiji kerusi untuknya bersolat duduk. Ada gak TV untuk hiburkan hati - tengok berita ke, drama ke (drama tak tertakluk pada drama Melayu aje ok?). Selalunya gesekan biola mula dulu sebelum tamatnya drama, wakahkahkah... Tak ketinggalan 'kereta racing'nya yang selalu di park kat hujung katil, tanpanya pergerakan C akan terbatas. Kitorang selalu usik "wah, koner baring nampak?" bila C pelan2 jalan dengan walkernya.

C is 84 now, and I am only? 17? Hic! Would I reach 64 let alone 84? YaAllah ..
T dah siap masak soto w'pun tak tau keberangkatan adiknya kesana . Langkah kanan namanya nih, besst, besst.. (sambil gosok dua2 tapak tangan). Rezeki tak baik ditolak so apa lagi .. C, T & meself pun menjamu seleralah. Begedil tu maid yang buat; ada campuran udang kering sket. For a change, it was nice.. in fact veli2nais...
YaAllah, semoga kakak2ku sentiasa dilindungi dari keresahan dan kerisauan. Amin.
Souvenirs yang melimpah ruah.. Alhamdulillah for the rezeki ..

Monday 30 March 2009

Tagged ...

I was tagged by Fifyz. "Of course I sudi dear" .. (terpaksa tahan jari jemari nih dari melencong2 atau koner sana koner sini. Takut kena babab).

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen? --> The screen keeps on changing ... kalau ada drama Melayu, dia cepat2 tukar (baik kan?). Since dia jarang tengok TV (yeayy! so the remote is mine), bila sempat dia tengok Berita.

2. You're out to eat, what kind of dressing does he get on his salad? -->
1000 Island

3. What's one food he doesn't like? -->
Porridge=bubur nasi (lembik benyek - nehi!).

4. You go out to eat and have a drink. What does he order? --> Depends on where he goes. Normally he eats rice, fish, vege. and gravy (tak reti lauk banyak2). Drinks either coffee or teh tarik.

5. Where did he go to high school? -->
Melaka Bandar Bersejarah

6. What shoe size does he wear? -->
Hmm.. 7 or 8

7. If he was to collect anything, what would it be? -->
Keris (almaklum.. dia kan Hang Li without Po?, heheh)

8. What is his favorite type of sandwich? -->
BBQ meat/salad

9. What would this person eat every day if he could? -->
Refer no. 4

10. What is his favorite cereal? --> No cereal but likes dates, prunes, figs and raisins.

11. What would he never wear? -->
Batik shirt but recently he asks a batik sarong from me.. wahhahahaa..

12. What is his favorite sports team? --> Hmm.. the 'underdog'

13. Who did he vote for? -->
Does it for reality TV show? If so, never (berjimat).

14. Who is his best friend? --> Refer no. 19 & 20 ;-)

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do? -->
Drink cold water (gulp! sejuk jer rasa anak tekak).

16. What is his heritage? -->
Portuguese & Dutch.. hehe mana ada? He's half Malay+Chinese

17. What is his favourite colour? --> Boleh bitau semua tak? Blue, black, red & brown


18. What is his habit? --> Good or bad habit? If good, always punctual. If bad, selalu tumpahkan kuah atas alas meja

19. What is he proud of? -->
Me, me and me... (agaknya laaa..I'm being optimistic here, hehe)

20. Who he loves the most? --> Same as no. 19 (double optimistic)


Sekian terima kasih.

Friday 27 March 2009

Pemesin rumput 1.2


Chup!!..masih nak cerita kisah pemesin rumput lagi laa. Kenapa Hasan jadi pilihan? Well.. Hasan ni sedara Nabil (sedara camana tak ketahuan .. diorang tu bukan betul, sepupu abang ipar tiri jiran pun diorang kata sedara, kih3). Nabil has 'can-be-trusted' look, lagi pun dia ada aura Rithik, cam budak baik aje. Since Nabil baik, diharap sepupunya Hasan pun baik juga.
Kiranya my sis n I jadi pelanggan tetap Nabil/Hasan.

We all sengaja tak terima pemesin rumput yang lain sebab Nabil/Hasan dah tau apa nak buat dengan tanah sekangkang kera tu. Contoh: cabut daun kering, potong ranting mati, pruning dll. Itu di rumah my sis whereas rumah I, sebelum sesi bermula I kena alihkan kereta dari drive-way supaya lapang untuk penempatan sementara kucing2 dalam kandang. Kesian kalau batu kecik terpelanting kat mata diorang, tak pasal2 jadi Moshi Dayan plak, hehe. Hasan knows what to do.

Serupa halnya kalau kita dah selesa dengan tailor atau dentist, in this case gardener.. tak maunya kita nak tukar2 lain, kan? Sometimes it's not because they are so good, but it's more for convenience sake. It helps soothes my jiwa n raga by having one and only gardener for I dont need to explain what to do over n over again. Kalau setiap kali yang nak mesin rumput tu orang baru, tak ke letih? Lepas berbueh2 kita bercakap, dia pulak tak faham..
Bab bayaran sensitip sket. Dari mula, we all beri Nabil lebih dari gaji sepatutnya. Semakin lama, hinggalah time si Hasan nih, diorang dah seronok dibayar 'lebih' walhal servis yang dibuat tidak sentiasa sama (bukan setiap bulan kena potong ranting atau kembur2kan tanah dalam pasu).

Sejak dua menjak, Hasan datang dengan sepupunya yang baru tiba Msia. Dia gadai tanah disana, duitnya diguna untuk datang kesini tapi kena tipu maka dia takde kerja; and Hasan comes to the rescue. Hasan selalu datang berdua, tapi patut ke I bayar servis untuk dua orang? My answer is tak patut w'pun I kerap juga guna budi bicara sendiri.

Setiap kali sebelum/selepas Hasan buat tugas ad-hoc, I mesti tanya ..

I: berapa awak charge?
H: suka kaka (sejak bila I jadi Ricardo Kaka? kahkahkah)
I: saya tanya betul2, kalau awak kata 100, tapi saya takde 100, macamana?
H: (tersengih2 tak tau dia malu, serba salah atau tak puas dgn gaji yg I offer) ... suka kaka, saya tak cakap apa2.

(sesi berdialog memang panjang, den tak larat nak tulis)

Setiap transaction, I mesti tanya "awak setuju tak?". Hasan: kaka kasi saya ambik juga. I: halal ya?. Hasan: Kaka kasi saya ambik, halal, terima kasih .. Assalamualaikum.


P/S: Santi kerja 5 jam dapat RM50-70 (lunch/drinks free + hantar balik rumah). Pemesin rumput kerja lebih kurang 1 jam nak dibayar RM50-80 (hanya kerana dia datang berdua dengan sepupu sebelah .. haha, sebelah saper ek?). At one time after much persistent, terkeluar juga dari mulut Hasan "200". Ngamok my sis .. maknanya rumah my sis and mine, dia charge RM150 n RM50 respectively. Tu sebab I suka panggil diorang "Expats"..

P/S: Kita nak juga buat pahala pada musafir, tapi ... menduga kesabaran juga ya?

Thursday 26 March 2009

Pemesin rumput 1.1

Tot sedang bertafakur depan rumput yang panjang

My gate karat mesti kena ketuk tak henti2 bila rumput mula panjang kat garden yang sekangkang kera tu. Pekerja Bangla buat freelancing mesin rumput punya kerjalah tu. Kadang2 I diam menikus aje dalam rumah, malas nak layan.. Kadang2 I intai aje dari celah2 langsir. Sengaja tak nak tunjuk muka, panjang ceritanya nanti tapi kalau si Hasan, bolehlah jengah kejap (tapi tak mesti setuju potong rumput).

Selalunya diorang datang salah time tambahan pulak kalau masa tu I tengah bizi berkarya, mana boleh tinggalkan cam tu aje? Nanti takde kesinambungan tak bestlah kan? Kita para bloggers (cewah) mesti berkarya tanpa gangguan, keadaan mesti tenang dan condusive supaya jus kreatip mengalir laju.

Ada sorang tu, naik seram pulak bila dengar suara dia. Tak terang sebutannya tapi boleh tau apa dia nak. Tune suara tu seakan2 suara ustaz dalam TV bila menyeru "wahhaai.. orang2 beriman, sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Haa, meremang tak bulu roma you all?? Meremang? SAH, you all dapat menjiwai watak :-) heheh.

Pagi tadi terima sms dari jejaka Bangla terakhir "Kaka siya hasan harny may potong rumput". Wah! dah pandai bersms pulak dia nih walhal semalam baru kata "datang minggu depan". Agaknya biznes mesin rumput ni very competitive, tulah dia nak rebut peluang. Memang Hasan aje pemesin rumput yang I panggil selama nih selepas Nabil aka Rithik balik kampong. Apsal Hasan tak sabar?

STOP KEJAP tengok SPA Q (tengok last episode aje.. )
Watch half-way. Takde feeling tengok Spa Q sebab memang tak follow dari mula.

Sampai disini dulu, tak larat dah nak sambong kisah pemesin rumput tu lagi. Kalau nak sambung mau makan 2-3 hari so I selamatkan you all dari bebanan itu..

Malam ni malam Jumaat kan? Haa.. harus baca Yasin dan lebihkan doa...

Salam ... 7.00pm

Wednesday 25 March 2009

Kari malap & asparagus kurus..

The elusive asparagus montok

Kenapa ...
asparagus Malaysia kurus2
tapi asparagus negara luar montok2 belaka?
ada kena mengena dengan cuaca atau baja ke?
atau memang diorang ada green fingers?

H'aa tu .., that's my favorite bowl
makan apa2 pun terasa macam makan kat Jepun
bunga sakura w'pun bukan warna sirap bandung
ia membangkitkan nostalgia
nostalgia 1985


Kenapa kari ni nampak malap aje?
mungkin takde pembabitan cili boh to give that extra color
Mak kata kalau masak lauk cam nih
lebihkan minyak sikit masa menumis
biar permukaan kuah nampak glorious
I agree with Mak tanpa ragu2
Hmmm...
2 keping tenggiri pun tak habis dimakan
(bukan sebab tak sedap okay?)
ni yang malas nak masak beriya2 nih
(sumpah beriya2)
namun takde masalah
breakfast tadi had roti bakar cicah kuah kari
selamat!

Tuesday 24 March 2009

RHCC - RedHotCrispyChicken..

The 3 stooges had this for breakfast. What's this? It's called Pobureg - consists of fried potato, onion, green chilli, egg, lamb burger and butter with dashes of pepper n salt. Eat that with toasted bread. Is it nice? Haha, next question please!

P/S: Don't try to google Pobureg, ok? Mueheheheh..

Have not been buying RedHotCrispyChicken for quite a while since D & T suddenly dislike chicken and its by-products. I can say it's good for my pocket but bad for my cooking strategy. Anyway recently, T craves for the RHCC after seeing its advertisement at the billboard along the highway. D quietly craves for the same thing too but he keeps it to himself. Do you know why? At the moment, both of them are having a cold war.. very2 cold! It's none other than the big brother syndrome - being egoistic (and that makes me HOT.. hotter than that of RHCC).

The first two packets of RHCC were OK but last week's purchases were all 'bad'. I bought it at Jaiyen but T claimed that I might have bought an expired packet.. but no, how can that be?. She then bought another at the same supermarket and it turned out *yukky too. D also bought a packet at the petrol kiosk (secretly of course.. man's ego). He realized something amiss after half a packet gone .. (what kind of tastebud is he having?).

2 packets of RHCC were returned to Jaiyen and they reimbursed us the exact amount (without hassle). Pin will get the balance of D's RHCC. Being a fussy pot, I know Pin will ask D the inevitable request "meeeoww.. nehi... meeowww".

* It's just not healthy for human consumption but for Pin I can bet you, it's scrumptious!

Saturday 21 March 2009

Elsie-CT

Hari ni temankan SIL pergi jemput T & T while N,Z,G and AM, N, R dijemput oleh drebar masing2. Mesti perut diorang tu kembong terlebih makan angin..

That's T Jr my chubby pumpkin cupcake, anak tunggal aruah abang. Kat belakang yang even chubbier is my beloved sis, T Sr. Macam takde initial lain pulak, haha. Anak sendiri T, anak sedara T dan kakak pun T (nama kucing pun T). Takperlah, tak kacau orang :-) Only on weekdays T Jr dan mamanya duduk dengan T Sr. In a way, diorang saling teman menemani sebab SIL and T Sr takde orang harapan dalam keluarga. Mereka masing2 balu berpisah mati..

T Jr baru darjah 5 tapi sejak toddler, penguasaan BInya is just superb. Bukan saja superb bertutur malah vocab. & grammarnya juga wonderful. Kerjanya membaca aje disamping tengok katun, High School Musical dan Hanna Montana. Maybe T Jr ni boleh dijadikan contoh 'PPSMI' dimana budak tu sendiri ada initiative dan minat untuk menguasai bahasa. Bila bahasa dah dikuasai dengan bagus, barulah boleh masuk gear untuk terus belajar Maths & Science in English dengan lebih yakin.. TAPI.. mampukah T Jr ?? Insyaallah..

Kitorang suka usik, peluk2 dan gomol2 dia. Sepemeluk gitu. Usap2 kepala dia pun selalu juga mudah2an dapat barakah buat gitu pada anak yatim.. Sigh.. I miss her Bak a lot!

Makan tengahari di Anjung Merah sponsored by krrt..krrt.. Burpp! (bunyi pelan jer sebab guna silencer). Kata aje dah kenyang tapi bila tengok ada pengat bijik nangka, pengat labu dan keledek oren, hhhhmm... semangkok sorang pengat 3-1 tu leecin.. (once a while cam ni so tak rasa guilty sangat).

P/S: Personal opinion... luaran tempat tu tak impressive langsung. Sebabnya? Aaarhh..

Thursday 19 March 2009

Pandang tepi ..

Dah penat pandang depan, dilarang pandang belakang, maka I nak pandang tepi pulak...


Ni tengah boring menunggu dalam kereta. I nampak tenang aje .. namun kalau gambar ni boleh bergerak2, maka ketahuilah bahawasanya I tengah shake2 my body kerna pundi2ku perlu dikosongkan.. Haiiihhh.. manalah T nih?

To kill time, terpaksalah menghiburkan diri jadi model kejap! Thank god my HP co-operates or else I will surely throw tantrum (haha.. mesti ada gempa bumi if I were to do that). Sebelum pandang2 tepi tu, T & I ke sini ...

T: "Umi mesti pergi tempat tu". I, "malaslah, jauhkan? tapi kalau keluar duit Umi pun keluar". Si bijak tu kata "tu sebab T ajak Umi". At last I am here, at WM (WakMawi jangan prasan ehhh? Tapi saper WakMawi nih???).

All HERS! Melampau taw. I tasted a bit the one with red topping. 3 cupcakes gone in no time at all and 1 was brought home (I jeling aje masa dia makan kat rumah). Syukur bila tengok anak suka dan boleh nikmati makanan. Susah ati kalau anak tolak makanan esp teenagers yang nak jaga badan. Tetiba jadi anorexic? dijauhi Allah hendaknya.

Breakfastlah nih. I had chicken BBQ and T had beef rasher. Waiter tu kata "yang ni chicken BBQ" bila I tanya "ni chicken bbq ke?". Maka .. I pun bukaklah molot I yang syomel ni untuk menikmati chic bbq. Hmmm.... apasal pelik rasanya? Bila I dah abis makan 1/2 bahagian, T pun mula makan hers. On her 1st bite "Umiiii... Umi makan T punyerr... " (tunjuk muka masam2 manis). Kahkahkah(dalam ati) sebab I pun tak buat bising masa I terasa pelik tadi, but only if I had ....................... (dah terlambat.. tu namanya 'dah rezeki').

Result for both sandwiches: I can do better (OK ke riak sekali sekali? haha). Sorilah kalau ada peminat2 setia sandwiches tu tarik2 baju tanda protest dan harap owner cafe WM tak kecik ati. Nanti I datang lagi ehhhh??

Wednesday 18 March 2009

Trip yang tak jadi ...

Last Saturday, segerombolan of my sisters & family left for OZ.. Initial plan was to attend Hez's convocation tapi takkan 10 hari nak attend convo? I know my sisters tu, ada yang masih larat bershopping macam takde hari esok dan ada juga dah jemu jalan ketempat yang sama maka back to square one, kat rumah masak pergi holiday pun masak. The men, wannabe Tiger Woods, memang takde kerja lain selain menebas dan menebas.

Jika ditakdirkan I kesana bermakna sekarang ni I tengah cruising the Swan River sambil melambai2 kat Lemongrass (hehe), jalan sana jalan sini sampai melecet kaki hingga terlupa pundi2 dah penuh dan makan fish n chips kat Fremantle overlooking the Indian Ocean sambil melemporkan cebisan potato chips kat camar2 comel yang menagih simpati.


Betul.., kat sini pun boleh makan fish n chips tapi kat Manhattan Fish Market tu takde camar dan keseronokan memandang hempasan ombak laut pun takde. Kah2, ngaderlah pulak nak mandang laut bagai TAPI kan you, kita dapat pahala bila pandang laut.. Betul ni tak tipu .. pandang muka emak ayah kita, pandang quran, kaabah dan air zam2. Semua ni memberatkan lagi bahu kanan kita, insyaallah. Isn't it marvellous?

Sambong berangan: I tak kisah kalau tak kemana2 asalkan I dapat berlenggang kangkong dalam supermarket (I'm happy just to be here) dan melawat itik2 kat kolam dan sungai (feel elated). Itik2 yang colorful tu memang menambat hati. Terhibur tengok telatah itik2 tu esp masa diorang mandi manda, selam menyelam, kejar mengejar dan berebut2 serpihan roti yang I taburkan. Tak lupa juga mesti jenguk black swan yang regal dan anggun tu (anggun? macam saper ek?).

(Kedengaran suara2 sumbang "cukuplah berangan tu"). "Yaalah, yaalaah.." (sambil menjeling)..


Patutnya T & I termasuk dalam list segerombolan tu tapi nak buat macamana, dah memang *tak boleh. Kononnya T nak pergi lagi sebab dia tak berapa ingat tripnya dulu (good reason eh?), so dia mula merancang sejak Hez belajar nun disana. Yalah, masa first trip tu dia baru 6 thn.. Yang dia ingat sangat2 masa dia terpetik buah epal, petikan terlarang. Sebaik aje penjaga orchard kata "do not pluck", T tu macam in a trance, meluru aje dia kat pokok epal tu.

Kitorang yang law-abiding ni terjerit jugalah "Eiii jangan petik, donnn't". Jeritan tu as if informing penjaga orchard kami ni TUArists berhemah, do not condone such act for we understand "don't means don't". Civilised Malaysianslah katakan, kan? Anyway, T got to keep that Adam's apple.. haha..

*Tak boleh sebab T ada kelas (I'm happy she knows her priority). Tak boleh sebab I rasa bersalah kalau pergi. Dahlah I tak membantu hubby bayar bill masa I masuk hospital hari tu, ni nak ngader2 makan fish & chips bertemankan bunyian ombak Laut Hindi pulak? Tapi apa salahnya pun??

Kesian juga kat T tu sebab trip ni dah dirancang lama. Bila T teringat Tir, her 10-year old cousin ikut kesana, menjerit jugalah dia tanda protes "Tak chiii, tak chiii". Hehehe, sabarlah T, takkan TAK lari kangaroo dikejar. Kita kejar aje benda yang tak boleh lari, macam epal ke.. OK?

Tiap hari I terima sms dari Ndja. Salah satunya "Salam. Hope u n fmly ok, segar bugar. Y'day I tried to escape attending Hez's convo. Bukan apa, sebab kaki ni sakit mengampun tapi xdapat escape, pergi gak. Rasa bangga n sayu masa dia on stage. I ambik foto. Xjadi dinner kat luar balik apmnt makan. Ngah masak lemak cili padi sotong, fry salmon n fried sawi. I fry breaded sotong and frozen bender. Adoii, sedapkan? My salam to all. Sleepylaa..."

Siang2 lagi Teh dah pelawa "nak apa2 just sms". Huhu, don't entice me OK? I memang tak tahan kalau orang dah pelawa2 cam tu tapi semalam dia sms "Hari ni kita makan nasi tomato etc. Celebrate! Kenyang tak bernafas dah ni. I bought you BBCGoodFood mag. Cerita panjang nanti balik"...

Yeayyy..dapat Goodfood mag. Selalunya souvenir dari sana mestilah tea towel dan fridge magnets/key chains. I dah 'warn' them to stop giving key chains, dah takde key nak dilekatkan, hehe. Tea towel dalam simpanan can last for 7 generations and fridge magnets? dah takde tempat nak lekat and yet I suka dan gembira terima benda2 tu..

Oh ya, I sms Ndja mintak dia belikan baklava 4 keping. Tak boleh banyak2 sebab manis sangat.


Tuesday 17 March 2009

From Jar to Cel broadband ..

5 hari tak keudara gara2 broadband service yang blink2. Don't know why. Router asyik ON n OFF. Hubby tak nak guna khidmat Jar lagi maka kami beralih arah ke Cel broadband pulak. Bermula hari ni, kami kembali girang for very obvious reason.

Apa I buat dengan masa terluang tu? Haaa, I pun duk tinjau2 my 'things to do list'. List yang kian memanjang dengan aktiviti yang perlu dibuat tapi bukan dalam kategori urgent. Sementelah tak urgent maka semua aktiviti I hentam KIV/Pending aje. Bagus punya manusia I ni kan? Dalam 5 hari tu banyak juga benda yang disetelkan (of course with Santi's help, my bi-monthly assistant).

Mula2 I kemas kabinet cum pantry. Kebanyakan barang2 dapat penempatan baru. Ada barang dari tingkat 2 turun ketingkat 4, dari tingkat 4 naik dua tangga keatas (haha, bunyinya macam carta lagu2 Era nih). Kabinet tu ada empat tingkat so tingkat pertama bermula dari siling (kot2 ada yg gagal membayangkan tingkat 4 bermula dari atas atau bawah, hehe). Nak capai benda2 kat tingkat 2 tu pun terpaksa terjingkit2 almaklumlah ... structure of the body tak berapa mengizinkan.. (tapi I tak ketot taw..).

Kabinet simpan segala manikam boleh dijadikan pantry juga? Shhh.. tau2 ajelah T tu .. sengaja simpan titbits/snacks dia kat situ dengan satu tujuan ... Al-kisah, kadang2 dapur I ada wolf sesat yang tetiba teruja dengan titbits/snacks T punya.. Hadoiii... boleh jadi perang sabil taw.. U sanggup ke?

Kenapa kotak kosong ni masih disimpan? Ingatkan 3 rupa2nya ada 4! Kotak yang dah kosong masih disimpan, whatever for T???

Kabinet tu berjiran dengan my real pantry so terpaksalah kemas juga. Takut juga I tengok apa yang ada dalam pantry tu.. Ada rempah sup Faizaa yang dah lapuk aka hapak dan 2 tin kecik Ghee yang dah expired (gara2 nak buat biskut Arablah nih). Cukuplah tu, tak bagus terover bukak pekung didada sendiri, kan? I perlu bertaubat hindari pembaziran..

Bila kabinet dan pantry dah kelihatan sejuk mata memandang, tiap kali kedapur, I akan bukak kedua2 pintu ni .. tengok atas bawah, kiri kanan - the feeling is beyond words, rasa puas dan hepi giler dengan kerajinan diri sendiri .. heheh. Bukan senang nak mintak anak2/hubby sentiasa ikut kehendak kita ie pulangkan semula barang yang diambil ketempat asal, kan? (am I not hinting something here?).

Last projek, buang segala jenis surat dari bank dll, bil letrik/air dan resit2 supermarket sejak tahun 2002 (tahun 2000 pun ada, kih3). Ni baru fasa pertama.

Takkan nak tunggu broadband buat hal lagi baru I berkobar2 mengemas harta karun semua tu? Tapi dah banyak yang dibuang, dah kurang karun tu ...

Wednesday 11 March 2009

Chicken rice ...

I entered my domain @ dapur at 11am. Wah! way too early indeed. Tu pun sebab nak blend onions, garlic and ginger. Everytime bila stock of those dah habis, maka index kerajinan turut merundum. Kadang2 stock tu penuh sarat dlm bekas, index tu merundum juga. How?

Janganlah kata I ni malas bila I selalu bitau I beli lauk pauk or go out for lunch/dinner. Maybe bukan malaslah kan cuma tak berapa rajin aje. Boleh kan ingat cam tu? Kena berprasangka baik selalu kat I. Anyway, those food sellers need people like me (and you) to continue living.

Can you imagine selling something but the response is only suam2 kuku? Sedih tau. I always put myself in their shoes (eventhough we use different sizes, heheh).

Memanglah berkat membawa rahmat bila emak masakkan untuk anak2 & famili. Bukan aje berkat malah bertimbun2 pahala yang emak tu dapat. Kebersihan terjamin, bajet terkawal dan pembaziran dapat dielakkan (maka syaitan menangis2 sebab kita tak sekongkol dengan dia).

Hubby goes to work at 2pm and he has to have his lunch by 1pm. I bersemangat nak masak nasi ayam tapi chicken stock dah habis. Terpaksalah keluar kejap. Can't do without the chicken stock as it is a determining factor to have a delicious chicken rice (ni firasat I sorang).

By 1pm everything beres. The aroma of fried chicken fills up every ruang of the house. Waah, semerbak gitu. Sempat juga buat sup ayam (soup for hubby and ayam for me), sos cili dan sos kicap. I would say, today's chicken rice cukup sifat2nya walaupun tanpa timun dan tomato (Tim and Tom duk dendiam dalam esbok).

Chicken rice for lunch and dinner. Alhamdulillah ... sedapnya tak terkata (menurut chef tersebut).

Ralat: No pic as hp camera sangat jahat!

Tuesday 10 March 2009

Excited... (for nothing)

I was richer by RM16 after selling my old newspapers. Not long ago, it costs RM3 per jengkal but now it seems there is no demand for old newspapers so it has gone down to RM2 only. Ntah ya ntah tidak apek nih. BTW, what's 'jengkal' in English?

Coincidentally this apek hails from hubby's hometown. How I know? Hehe, I know so cos I interviewed him beberapa purnama yang lalu. I am one who like to congkel asal usul those who come in contact with me and I get excited everytime such coincidence happens. Nak wat camana dah hobby kita cam tu suka congkel2 but rest assured I am least the kepo type (ehem).. I won't ask anything personal (yg mengaibkan) but I am all ears should you want to share your ups and downs with me. It will be sealed in strict confidentiality... (as always).

Al-kisah is my blog. Blog yang tersangat simple devoid of songs and anything nice. Had it been attractive and interesting, it could have attracted readers from all over the world to hanging out here more often (miffmiff... 'all over the world'?). But hey.. having said that, I do receive a comment or two from readers (yang sudi) and that certainly made my heart bergoncang with pleasure. Thank you very much..

Thanks to A too for the nice words specifically mentioned about Somuffins in your blog (tetiba kita rasa ceria aje) and thanks to Mr L (for giving me that RED sexy dress.. ooops!).

I know too that someone misses Aunty Chombie .. hehehe.. baik lu mengaku but ehhhh, since when lu jadi jejaka tampan yang pelupa? Lu banyak makan semut ka? :-)

Talking about semut/ants, our Prophet (saw) prohibited us from killing them. Based on my observation, ants are very health conscious as nowadays they go for plain water. My steam iron is full of them but what a pity, they are dead! They died for they lack sugar in their body, kot? Dah kata awak tu patut kerumun benda yang manis, kan? Haa, kan dah??

I ni suka sangat melencong2 ek? (but you perlu percaya, lencong2 ni is part of being creative). OK back to Al-Kisah.. None of these people ever read what I write -> hubby, D&T, siblings, relatives and friends from the 'real world' other than some of 'Resort friends'. Bukan apa, I am not ready (and malu), but should they accidentally find their way here, well.. fadhal.., make yourself at home.

Why do I write both in Malay and English? In Malay because I'm a Malay naturally (though I know lots of Javanese words. Words aje) and in English because ... I just need to.

.. to be proficient in certain language, you need all these -> read, speak, write & interest. You need to have these 4 combinations to at least be good at it. For speaking out loud, I just get by with my English - enough for me to not feeling intimidated when talking with strangers, enough for me to understand what I'm reading and enough for me to at least write with confidence. I need to keep on writing in English (as I told you, I just need to). I often make use of the on-line dictionary .. it helps tremendously.

Maybe I sound mengada2 but when I write in Malay, I sometimes forgot certain words (understoodlah kan? I bukannya muda though I pun taklah tua sangat, heheh) but when I ask D or T for the right words, they will either let me know the word immediately or D will say "nengok dictionary Mi.." or T will say "Umi nihh" ..

Bertuah punya anak2, how they have forgotten who taught them the language in the first place?

OK, enough said ..

Monday 9 March 2009

Double Beriani ...

Sunday 8th: 3 cars consist of 6 couples aka neighbours convoyed to KL to attend Baby's wedding reception cum 'jemput menantu'. We reached *Dewan Perdana Felda soon after azan Maghrib and so PahMin and I straight away headed to the solat room, kinda tergesa2..

Melencong sat. *DPF brings back good memories. This is the place I first met some of my cyber friends. Haa, ni yang malas nak citer lelebih nih. It is quite complicated to explain but for sure nothing scandalouslah. Sumpah! Nothing of that sort.

For record purpose, may I ask how long can we upkeep our wuduq? Do we have stastics on that? Hehe.. I bet we don't have one - surely not many of us can tahan more than 10 mts, tul tak? Tu pun kadang2, the reading speed of our tahyat akhir terpaksa dipercepatkan atas desakan si angin pus2 yang tak tertahan2 nak keluar ... phooot!!!

So for us, 45 mts of travelling time with bumps and more bumps along the way, can you trust us not to expel angin pus2 aka intestinal gas (IG) through ehem2 even a teeny-weeny one? Somehow we managed to master the art of keeping the IG intact, alhamdulillah. That's the reason why we kinda tergesa2.. (tapi bukan tak boleh berwuduq lagi kan? hehe..).


Bowls and bowls of empty kerepek ubi. Reason being? Masing2 dah lapar so kerepek pun kerepeklah. Munching kerepek is one way to beat the waiting time and it seems everybody looks happy semacam. Susah juga buat jamuan if your guests are of mixed status. Status yang ada 'gelaran2' tu. Waiting and more waiting ... kerepek and more kerepek (perut pun naik sebu).


While I terhegeh2 mengadjust my hp camera, the pengantins pun berjalan laju. Sampai ati. But where's the groom? Hehe, tu haa.. hidden next to the bride. Pandai I buat 'Fuyoh Magik', kan? They were about to cut the wedding cake. I always teringin nak jamah wedding cake yang bertiered2 tu but never had the chance .. tiss..tiss.. (airliuq meleleh..)


Sitting 2nd from left is mother of the bride. And tersentil 2nd from right tu... auwww... Nama glamour dia 'D' (but not my son D, ok? kih3). 'She' joined us for dinner hence the night suddenly became a memorable one! Tak kering gusi. Ada aje soalan2 panas ditujukan pada 'D'. Before we parted ways with 'her', tanpa disangka2 'she' willingly laga2 pipi with us.. Oh me oh my .. (Ya Allah, ampunkan dosa2 kami..)

Monday 9th: Yours truly drove to SEP accompanied by T (co-driver pembakar semangat). Where is this SEP? It's somewhere further than ShahAlam near Bukit Jelutong. Never imagined I could drive this faaaar! Not bad.., sesat sikit aje (my co-drive garang, I wasn't allowed to make mistakes). Later at night I received sms text from the gracious host "Terima kasih kerana sudi dtg ke majlis. I am very grateful u make an effort". The pleasure is ours, thanks a lot for inviting us.

FA's daughter on her engagement day with her MIL to be. I've known FA since secondary school and later we worked at the same office. Lavender/purple/maroon/ seem to be the theme for this engagement do and coincidentally I wore kurung of the same shade. Wah! cam tau2 aje. FA's bakal menantu is from Kelantan (rupa macam sorang aktor tu..).

Buah tangan 'cuppacakes' by Wondermilk. I received 4 of this. Somehow T ate 2 (took hubby's share without consent. Sukalah tu!). Each cupcake costs RM4.50. Quite exorbitant, don't you think? Tapi business orang kita, so why not..


Tim's Catering (sajian asli warisan Johor). If you're a true blue Johorean, you wouldn't want to miss relishing food hasil air tangan Mak Tim (though I doubt Mak Tim ever cooks nowadays). I had Beriani for dinner yesterday and had Beriani Gam Kambing for lunch today, and with array of desserts and fruits.. Aisayman .. how to stay lanky like this?

8pm: While we were about ready to send T back to her kolej, she asks "Umi tak masak eh?". The answer is no but I offered her to fry Megi mee. Wah! dia geleng kepala komain laju lagi which means no, "tapi kalau Umi nak masak, masakkan nasi goreng yang ada cili boh tu, boleh?".

In less than 30 mts, SIAP! All done in a jiffy, alhamdulillah. Fried rice with slices of cucumber and juraian omelette -- aah, sedapnya. I would have a nightmare if I didn't cook that for her. (whisper: apart from the usual hugs & kisses, T gave me an extra tight hug - reason being? Well, I can only make a wild guess but a mother's guess is always never wrong).

Back from sending T, the lovebirds (pheewit) had dinner at Ledang. Hubby had nasi beriani daging and I had kuey tiau Cantonese style. Bought for D 'village fried rice'.

Alhamdulillah for the rezeki and double alhamdulillah for the nikmat.

Sunday 8 March 2009

Beli groceries ...

Petang semalam ke K4 yang baru dibukak tak jauh dari rumah. K4 ni kecik sikit dari branch sebelah SubParade tu. Dah lama tak ke supermarket beli groceries dan manikam akibat kesihatan yang tak mengizinkan. Bagus gak, dapat save beberapa ribu rupiah.

The underground parking area looks gloomy and I could feel its eerieness. Something not right about it. It is advisable for the ladies to park their cars at the open space on the ground floor for security reason.

I bought non perishables only as the perishable ones didn't look fresh enough. Today's paper reported that prices of fish have gone up by 30% due to ... (haa...make a wild guess pls). That could be the reason K4 sells ikan and the likes yang hidup segan mati mau, sigh.. (u know they are not fresh by just a glance).

They have this promotion .. a bag of 10kg rice (of good quality), a big packet of instant noodles consists of 12 individual packets and a 5kg cooking oil costs at RM50 where the actual price is RM68. I was more interested to buy a bag of rice only but since it was a good bargain, I can't resist. I don't need instant noodles so much but it's OK, I can agih2kan. I don't normally buy a 5kg cooking oil but I prefer the 3kg one as it is not too heavy and easier to handle.

I like the bakery there solely because they sell baguette. Bought 2 medium size ones at RM1.60 each. Dua2 dah selamat dinikmati and hubby went there again today to buy more. Heran jugak bakeries kat sini tak semua yang jual baguette. Kengkadang nak gak jadi orang Perancis, kaan??

Ooops.. I better get ready. At 6.30 I am off to KL for a wedding reception. Janjinya dgn jiran nak pegi lepas Maghrib but dia kata tak sempat nanti. Kita dah menumpang orang, kenalah ikut. Truth is, I prefer to solat at home but I've got no choice ..

Bye..

Saturday 7 March 2009

Perasaan bergambar ..

Niat dihati nak masak kow2 hari ni NAMUN hubby kata "I balik dari masjid, kita makan kat luar. U ready tau". Yeayyy.. (I kan dah siap nih?). Memang dah lawa pun (hic) sebab baru balik dari SA jemput tuan puteri gunung ledang. Sambil tunggu hubby balik, I rebus jantung pisang (in anticipation nak masak lemak for dinner) dan ngadap laptop tentunya. Tetiba I terbau something ?*!?*?... "T ada masak apa2 atas dapur ke?".. "Umi!! kan Umi yang rebus apende tu??" "Haaa.. YaAllah, yaalaah..". T pun cari peluang marahi kita "Ehh Umi ni.. selalu gitu taw..". And so, periuk hitam tu is the aftermath merebus jantung pisang. Result: JP dapat diselamatkan, unscatched. Nak salahkan siapa? Diri sendiri, laptop, jantung pisang atau api dapur? Rasanya air dalam periuk yang patut disalahkan ..

Minggu ni dah banyak kali buat jemput2. Kita dah kemaruk. Kemaruk ni maknaya 'selera datang menggiler selepas baik sakit' .. Bukan kamus DBP yg cakap gini but it's from Kamus KHL. Sebab sebenar .. dalam esbok tu ada 2-3 peket tepung yg dibeli masa last raya konon nak buat biskut tapi semangat tinggal semangat. Dalam pada buat jemput sebijik2, D kata "Mi.. buatkan kerepek Mi...". Tepung yang menumpang dilereng2 kuali tu ended up jadi kerepek.

Nilah kerepeknya. Dah jadi family trend, bila buat jemput2, mesti ada permintaan2 sumbang "tolong buatkan kerepek". Original idea semestinya datang dari Bak. Bak ni kreatif bila kat dapur w'pun dia tak pernah masak. Bak kata kat Mak, kita guna susu aje jangan guna santan. Kita campur limau dalam teh ni.. Kreativiti Bak juga terserlah dengan benda2 recycle yang terdapat didapur.. Bila kitorang nampak cam 'in awe' jer, Bak kata "spesyel nih..." (sambil jari telunjuknya hinggap ketepi dahi). Bak percaya apa2 pun datangnya dari aqal.

Mesti ada orang dah jemu dengan pemandangan indah nih but .. gua tak dulik. Jemput2 ni membawa 1001 malam kenangan. Makan jemput2 teringat kat aruah Mohd, teringat zaman kecik2 waktu berbuka puasa, teringat bencinya nak goreng jemput2 takut ianya meletop2 dalam kuali (masa mula2 kawin dulu) namun ku gagahi juga, teringat masa sekolah pagi2 lagi mak dah goreng jemput2 + air kopi - maka bercahaya2lah muka kita.
Selalunya Mak buat kekaot + milo + telur 1/2masak :-( <-- muka kita yang malap. TAPIkaan, jemput2 dicicah dengan kombinasi telur 1/2 masak + kicap + pepper IS just heaven! Cubalah juga jemput2 dicicah dgn kombinasi butter + kicap + pepper + cili sos. Secret recipe nih .. Bukan calang2 orang dapat tau DHLA's family heirloom ni tau.. Actually ada bermacam2 jenis cicahan tapi yang paling world is of course cicah dengan kuah gulai asam ...

Lingam cili sos yang berbotolkan plastik 'Squeeze Pack'.

'Botol yang boleh dipicit'. Panjangnya dalam BM walhal in English 2 perkataan aje 'Squeeze Pack'. Mengapa tidak 'PICIT SAHAJA'.

Sandals for casual wear kemana saja. Aunty2 yang dah sakit lutut, sakit sendi atau kaki cepat kejang perlu pakai sandals cam ni aje. I bought this yesterday for RM70. My existing sandals yang banyak berjasa tu dah tattered and battered .. have seen better and worse days ..

Vogue tak? Sekali sekali aunty nak bergaya, why not kan? Sengaja beli ni for this Sunday's wedding reception and Monday's engagement do. Both pairs of shoes beli kat dept store kat Summit tu aje. After membolos 5 kedai kasut dan tak berjaya beli apa2, at last I managed to buy those at Point B. Megah taw sebab when I was just about to putus asa, penat dan badan cam nak demam semula, hubby naikkan semangat .. "terlanjur kita dah kat sini, jom...". Shoes yang nampak vogue ni lebih murah dari sandals kat atas tu .. Apsal ek??
.
Nak luahkan perasaan tentang kasut2 yang dijual kat kedai tu. The shoe makers have forgotten that they have customers who are varied in age, size, shape, likes and dislikes. Apa halnya kasut masa kini or sepatu (sepatah kata orang Johor) asyik tajam2/pointed aje? Or is it purposely made like that with 2-in-1 reasons? 1. bergaya 2. senjata

Tak cukup pointed2 malah tersangatlah tirus rekaannya. Orang yg terlebih lemak kat kaki tak dibenarkan bergaya ke? Orang yang suka dengan simplicity tak dibenarkan beli kasut yang simple2 aje ke? Scholl tu pun sekor, kalahkan dibuat kat GretBriten, mahalnya bukan main lagi.

OK, cukuplah tu luahan hati. Apa pun, alhamdulillah diatas rezeki Allah. Amin.

Friday 6 March 2009

Read & Digest it ...

Sometimes RD gets on my nerve with their endless marketing strategies! Sometimes too they give me false hope that I could own a VW Touareg and a substantial sums of money. All I need to do is of course to order their goods - diligently. It seems I have been on their TOP list among their loyal customers.. (kelakar taw).

Sometimes the goods they offer is worth buying. I don't buy for the sake of buying and secretly wishing I could be the lucky winner of something. As it is now, I have about 15 contest forms yet to submit. Spot the difference contest .. easy to do, isn't it? But why are the forms still stuck in my drawer? Cos I know, I have no such luck!

Most of the time I purchase books. Adalah juga a few books yang menjadi kebanggaan namely How to Write and Speak Better (konon2nya), Great Dictionary of the English Language (more for D&T), Discovery Channel Magazines and some Abba tapes (bought decades ago namun its wrapper is still intact), and the latest one is RD Select Editions (story books).

Last year I ordered the Select Editions' 1st book at RM29.90. I thought that was about all but a month ago, I received a parcel of its subsequent series - a book consists of 4 stories. I put it aside, untouched! I could just call the Customer Service (CS) to query them "what's with this book I just received? I didn't place an order, did I? Could you kindly cancel it?" but I was thinking.. OKlaah, another RM29.90 won't hurt my pocket (apa lak won't hurt? It does hurt. Kalau beli beriani kambing, tak ke kenyang tu??)... but I procrastinate sebab malas! - malas nak call diorang, bukan malas nak beli beriani kambing tau ;-)

Had I not been suddenly rajin to have tidied up my 'business' drawer, I wouldn't have terserempak with one letter from RD, still sealed. Ohhh, ohh.. this is it, an invoice to charge me RM115 for the subsequent edition. To cut the long story short, the response from the not-so-sweet-a-voice of RD CS was "Madam.. you don't have to pay us. You may keep the book. A compliment from us". Me, happy giler but maintain keseriusan "Really?? thank you".

RD reminds me a lot of Bak. Bak was an ardent fan of RD. Masa kecik2 dulu, I tak faham why he has to read a book yang borring. Buku yang boring adalah buku yang takde gambar2 menarik (or so I thought). Lagi best 'tengok' encyclopaedia sebab ada macam2 gambar. When Ndja started to read RD at a young age, I too got curious. The first thing that caught my eyes was 'Laughter is the best medicine' but sad to saylah.. the jokes didn't quite come across to me. Kesian..

Bak did order some items from RD (heheh..like father like daughter nih). One item that I vividly remember was an LP album - Down Memory Lane (songs of yesteryear). My favourite song was Mr Sandman ..

Mr Sandman, bring me a dream .. Make him the cutest that I've ever seen
Give him two lips like roses and clover .. Then tell him that his lonesome nights are over
Mr Sandman, I'm so alone .. Don't have nobody to call my own
Please turn on your magic beam .. Mr. Sandman, bring me a dream..

Dear RD ..
1. Could you stop haunting me with your letters? You perasan tak you dah tumbangkan berapa batang pokok to-date just so you could send us thick letters with bits and pieces of nonsense? Have you started to plant some trees to replace the tumbang ones? For a start, maybe you could plant lemongrass, pandanus or daun kesum. Ada gak pekdah!

2. Truth is, I am getting tired of your letters. More often than not, I would throw them unopened/unread because based on your past letters, you only print sweet nothing and not to the point. Your marketing strategy and your creative people are superb but WHY do you have to torture me with your fine prints/fonts hinggakan pedih mata nih. Would you sponser me if I do Lasik surgery? Have mercy on this aunty, ok?

3. If really you want to give me a token for being loyal, semi loyal or totally loyal to your organisation, BERI ajelah. No need to ask me to fill up forms and do Spot the Difference contest. Token tu pulak tolonglah jangan yang cikai2 macam you pernah beri. I am not brand conscious but please let it not be made in Xiandong..

4. Hoping that you'd consider my suggestions. I thank you in advance..

Wednesday 4 March 2009

Etc ...

KL was hit by flash flood and Bkt Tunku wasn't spared. Kesian Abg Mat, Ngah & family for they have to endure flash flood yet again for the umpteenth time. The last one hit them about 3 years ago but this latest one was quite bad. The water goes up in a flash, stagnant for an hour and it subsides soon after. Dugaan does come in variety of forms, doesn't it? Masyaallah.

I have errands to run but why am I so lazy to go out? I need to pay the bills, go to the tailor, put some money into my ATM and buy sundries. Yeslah, I also need to update my ASB. Dah bulan March ni masih tak update2 lagi. Am I not curious enough to find out how much dividend I've gotten over the past year? Menjadi jutawankah daku? Harharhar...

Sunday and Monday ada wedding reception/engagement resp. Nak pakai baju yang mana satu? Tulah thought of going to the tailor, nak pujuk2 Yus mintak tolong dia jahitkan baju sepasang dua. Sanggup ke dia? Today is already 4th, baju nak dipakai on 8th & 9th. But why must I membazir? Pakai ajelah baju yang ada (bisikan syaitan: tapi baju2 yang ada tak berapa nak liplap, kan?). Kalau buat dua pasang baju, Yus akan kaya by RM150, and I'll become a pauper by the same amount. Ni kira tak payah beli kain sebab kain dah ada dalam simpanan. Incubate the idea, don't rush into things... (sambil menggosok2 bahu sendiri).

My lunch would be at 4pm. Thought of making jemput2 masin again. Made jemput2 for breakfast yesterday but still yearning for more!! Yesterday's jemput2 I added fresh/dried prawns, crabsticks, onions and an egg. Today's one will even be simpler but I will add ikan bilis for the extra ummph! Krapp..krupp..krapp..krupp...

Kalau rajin, nak buat lempeng pisang. Masa demam hari tu, I gagah perkasakan badan buat lempeng pisang. Managed to cook 4 small pieces which I nibbled macam marmot aka hamster from morning till night.

Monday 2 March 2009

Demam .. 1.2

Have been in hibernation for quite a while .. maklumlah winter, kan? kan?

D&T insisted that I too had contacted the same virus that they had esp towards the end of 'everything', each of us had rashes all over our body. I had red spots on my thigh and part of lower legs while D&T had rashes (ruam) at the forearms, abdomen and legs.

I wasn't really sure if I had contacted chikungunya or dengue but maybe what I had was just the normal fever. Umm..ummph.. Am I in denial?

Ditakdirkan 3 beranak serentak dapat demam ni. Kalau teraju utama dah sakit (me), maka what more can you expect? Dapur menjadi sunyi sepi no action whatsoever. Harapan menggunung pada man of the house ajelah. Dialah harapan negara untuk beli makanan dan beli apa2 yang diidamkan. D&T takde problem 'menikmati' makanan lepas demam panas, pening, muntah dan sakit2 sendi.

Prior to that, while having a high fever, D admitted himself to Serdang Hospital. There, he was put on drips, had his blood tested, a jab on his groin and was given setimbun medications. T too had her blood taken and tested at the Kolej's clinic. Alhamdulillah, both D&T acted their age eventhough sometimes they were like anak ayam kehilangan ibu..

Yang amat bermasalah is ME. Understood masa demam selera = zero maka angin puting beliung cari peluang berleluasa dalam perut.. tak mau escape samada sedawa atau toot. I cuba sedaya upaya makan roti bakar selet butter n jam, yang tetiba serupa rasa plastik hangus. Half piece of bread doesn't help much and soon I got the hunger pang! You're very hungry but you are not able to eat. Even the thought of food made me mual, I could even feel the stomach churning inside out hence ke toiletlah jawabnya without fail. Sometimes vomitting does wonder as I felt better after each 2-in-1 session (literally means vomit+wee2 at one go).

I really eat to live! I nibble on dates, banana, raisins and buah LAI besar yang gebu tu cos it's juicy. I tak boleh minum dan telan air macam biasa, I'll throw up! I could only seep drinks by the spoonful. When I felt a bit better, I tonggak ice-cream soda, orange Twister and 100 Plus. Itu pun sehemah yang boleh .. takdelah tonggak cam dapat todi.. hahaha.. Ice-cream soda did good to my tongue but why oh why it tasted so wangi cam ada perfume?

One week without proper intake of nutritious food, it makes me dwindle and droop. Somehow I got a brilliant idea to beat the hunger pang. Dalam pada berdiri dgn kaki yang wobbly, I gagahkan diri ke dapur. I masak 'kekaot' (in case it sounds familiar to you, yes.. in English it's called quaker oats..heheh).

Half a cup of kekaot took me ages to finish but alhamdulillah I could swallow it without feeling nausea. The next day I had scrambled egg with a piece of bread and the day after I had lempeng pisang. All done dengan semangat nak sembuh. I long to eat singgang (as it boosts up the appetite) and sayor rampai (for I lack roughage). When I finally could cook the much ngidam sayor rampai, and ate it with relish, I feel the world is back to become round again.

Syukur alhamdulillah for this dugaan ya Allah ... (I am as speechless as ever).