Thursday 30 July 2009

... helelem ria ruil ...

Tulah kan? Kata2 yang kita ucap serupa doa. Orang Melayu pulak kata "mulut masin" w'pun masa berkata tu gigi dah siap bersih diberus dan digilap. Nilah yang terjadi kat I which pada mulanya nak berjenaka rama dengan CikSom Jr bila I balas komennya pagi tadi at 10.02am . CikSom.. alamak..alamak.. boleh tak I kata chef tu kensel kelas masak tu? :-)Dah mula terasa earth tremor..

Baru jer dapat sms dari Mr Teng dari kelas memasak; dia in-charge of students registration <- cewah macam nak masuk unibersiti Glasgow jer. Dia kata apa taw ?? . Dear Kelly <- saja tulis nama glamer nih untuk mengingati zaman cute I dulu. Jangan meluat tapi teruskan baca ok? Due to power shut down by Ti-En-Bi to carry out repair this Sat 1/8, our shop will be closed n baking classes has to be cancelled. Sorry for any inconvenience caused - 9.05pm.

Inconvenience caused? Huwaaah .. I memang nak nangish. For the first time in my life, I am looking forward to real STUDY <- baca resipi pun study gak kan? *deep sigh*. Tuan besar tak suka dengar I mengeluh tapi proses mengeluh ada baiknya juga. Tak percaya, tanya Inahar dan MamaDiny <- moga2 both of them tak kata "you ni merepeklah cikSom".
.
I explain kat tuan besar "mengeluh adalah tafsiran kata2 yang tak terucap" tapi dia tak pulak komen apa2 sebab masa tu dia tengah berhempas pulas menggosok baju n pants kerja. Too engrossed menggosok kot? Mesti tekun so that the lines kat pants tu tak berdabel trebel pulak. 'Side' mesti sempurna.
.
BTW, tentang menggosok baju suami nih, I mesti puji isteri2 mithali yang take real trouble gosokkan baju hubby (macam Amy Germany yang gigih tu, auww) . Sejak mula kawin sampailah sekarang dah bercucu cicit <- bbpj - tugasan I tidak termasuk menggosok baju tuan besar. MOU dah dimeterai dari dulu, so tak eloklah I mungkir janji atau sesuka hati batalkan MOU tu, betul tak?
.
Ada lagi satu yang I tak buat, heheh <- cam megah pulak dah? Bila nak jenjalan esp balik raya, dia sendiri pack n unpack baju. Isn't it marvellous? a.t.a.u. rugikah dia beristerikan I yang kurang rajin nih? Wallahualam. . Diharap kawan2 alam maya tak hampa atau keciwa dengan I (ya2 aje I nih) sebab tak dapat share kuih muih yang macam sedap aje bunyinya tu. Apapun, silalah jamu mata ...

Cream puffs with custard sauce fillings

Cream scones with blueberry jam

Eclairs

Green Tea Buns
.
Cream puffs: Pernah buat sekali masa Form 5 dulu. Masa tu bulan puasa dan keputusan cream puffs kurang memberangsangkan. Geram aje nak rasa walhal berbuka lambat lagi. Masa tu kan, my abang yang curang tu tak puasa (YaAllah, ampunkan dosa aruah) so I macam suka aje dia tak puasa (selfish I kan?) terus I sogokkan krimpaf tu sembunyik belakang pintu bilik. Kalau Bak or Mak tau, mam*** I. I juga tak ingat apa feedbacknya samada sedap/tak sedap.
.
Cream scones: Tersangat ingin nak buat scones nih. Hari tu makan kat Tea.Pot macam pelahap jer. I ni kan gila dengan dessert omputih cam nih. Influence dari kecik akibat baca Women's World/Women's Own - recipe section.
.
Eclairs: Juga tersangat ingin nak cuba yang nih. Choux pastry .. pernah tengok Long buat dulu kala. 1st time makan nih memanglah I teruja. Zaman kita kecik adalah zaman penuh kehairanan dan kejakunan. Lama dah tengok dalam majalah tetiba ada depan mata .. tak ke I excited? Tak ke? heheh. Majidee Cafe was the place. Tak tau ada lagi tak cafe tu.. Kat cafe ni juga I dicemburukan dengan cupcakes kupu2 ... bau roti yang baru dibakar ... ooh, syahdunya bau tu!!
.
Green Tea Buns: Yang ni kurang heran sebab I dah ... (bercakap sambil tutup mulut) terrer! Banyak kisah suka duka I dengan roti moti nih.
.
Patut tak I ngecek bread maker dari tuan besar sempena besdaynya yang akan menjelang? Tapikan, betapa banyaknya pahala kita bila kita menguli tepung sambil disertai selawat berkali2. Sunah Nabi saw.

Wednesday 29 July 2009

nakam-nakam raib ipeh

Tajuk yang amat ridikules, heheh.

Dessert
Sabtu: Dating dengan KZ kawan lama/ex-ofismet.
Met at KeniWojers.
DN tak dapat datang sebab Tsunami melanda.
Sedang I meletakkan punggung ke kerusi,
'Lady' sedang berkumandang
owhh syahdunya
KZ belanja sebab dia dah niat sejak beberapa purnama lalu
Bila jumpa kawan lama, kita perlu petik satu butang aje
and the rest is history
Oh ya.. terpaksa beli dessert kerana tak mau dihalau dari restoran

Tuan punya kedai strumming T's guitar

Selasa: Ke Alam.Sentral temankan T beli gitar Kapok
Dah beli jenis 'karen' tapi nak lagi satu *sigh*
T guna $ sendiri. I tambah RM10 aje
Ehh tak sangka .. dalam kedai tu ada selebriti rupanya
Rasa nak pose maut dgn dia tapi malulah pulak
Kensel niat

Dari Alam.Sentral I berdua terus ke SS1 visit Chik & Teh.
Lunch at 3pm with Teh at Restoran Sari.Ratu, Dataran Glomac
Hari ni dalam sejarah, for the 1st time T makan tempe sebab
"tak rasa tempe pun"
Mem gi jenjalan
Cian tuan besar terpaksa cari makan sendiri.

Ayam berempah. Sedap!

Ice teler
1st time makan, harga RM6 tapi amat 'berbaloi-baloi' <-Selcom?
Ada buah kabung, mangga, nangka, avokado, sago biji n ais
T mesti kacau I punya dessert, tak kacau tak sah
Nasib baik dia kacau, kalau tak memang tak boleh habis

Fish.Gusto.Restoran
Sebelum ke Alam.Sentral, T sempat ke Tepan dulu
Ada aje misi dia ek?
Masa menunggu2 dlm kereta, mata I terkoner pandang Fish.Gusto
Harus melawat kesitu, kesitu, kesitu ..
Dah lama tak makan fish n chips


A bit about Chik. Lately sebelah malam dia pakai diaper in case tak boleh tahan nak wee-wee almaklum lutut dah tak kuat untuk bergegas laju ke toilet. Sebelum balik rumah, I salam, peluk dan ciumnya. Chik tersyahdu "terima kasih datang .. awaklah anak sedara yang mulia", dan bila T buat yang sama "datang lagi .. T lah cucu TokChik yang mulia". Gosh... yang mulia? I sebak. Memang dah sebak dari semalam dan semalam .. bila teringat aruah Abg R, my ofismet aruah Afi, aruah my brother dan semua yang dah jadi aruah ... sayuuuu aje rasa hati nih. Astarghfirullah ..

And to make me happy, I've enrolled myself in a cooking class. The chef will teach us how to make cream scones, green tea bun, cream puff (eclairs) and pastry cream. The class will be held on Saturday, insyaallah umur panjang. Amin.

Sunday 26 July 2009

Gubra ...

He looked so familiar like I've seen him somewhere before. Yes, mana lagi kalau bukan di TV. Dia masuk 'talentime' dapat 2nd whereas Sud***** jadi juara; dan pernah juga nyanyi dengan RL yang quite famous tu. If I'm not mistaken, he did cut a single album.

He was handsome and cute. Smartly dressed in white shirt, dark pants and nice looking necktie, almaklum profesional. Somehow orang muda punya choice of a necktie will always be vibrant. Talking about necktie, memang ada cerita klasik tapi hold-on dulu .. but I'm curious, how many neckties should a man have? 3, 5 or 1? If only one, kesian..

Banyak kali terserempak dalam copier room bila masing2 nak fotostat something. Bila jumpa face-to-face tu, sempatlah I curi pandang sihensem sebelah. Hmm.. muka dia bersih, 'berjaga' but still have a tinge of manly look. Masa tu kalau I adalah diri I sekarang ni, mesti dengan selambanya I peramahkan diri "ehh, you ni yang ......blablablaaa.." tapi I dendiam jer (sebab I pemalu). Bila berselisih bahu, kita hi hi aje sambil senyum. That was all.

Tak lama lepas tu, sampailah ketelinga I cerita2 pasal dia. Ohh, ye ke? Ehh, biar betul? Mana you tau? Soal-balas tu sebab tak percaya dengan apa yg didengar tapi patutlah pun, dalam pada smat-tokmat (tiru word tuan besar) bertie bagai, ada sesuatu memang tak kena.

Satu ketika yang riang ria dimana kami semua berpesta, dia dengan ayunya berbaju cam gaun bermain piano. Wah! semua orang teruja dan terkejut! Tak ingat dendangan lagu dari piano tu, maybe Beethoven? Bach? Mozart? haha.. saja je tulis nama2 gah tu kengkonon I appreciate muzik2 diorang, walhal hagham ..

Lepas tu, adalah sekali dua terserempak masa nak ke toilet only that time kami masuk ke toilet yang sama. Wahh... apa cerita? Then tanpa disedari, he was no longer under one roof with us tapi masih nampak kelibatnya if we happened to have lunch at the same canteen. Nasi ayam kat situ sedap tapi ayamnya sikit bebenar.. Masa I preg2, I mintak ayam double portion .. <- yaa, tak sah kalau takde lencongan.
.
Sosek2 mengatakan big boss terminate servisnya gara2 tak gemar style baru dia. Wallahualam. Al-kisah rupanya dia kerja kat sebelah aje; ofis iklan yang ternama tu. By then, she was already a full-pledged woman.

Kisah tersebut menjadi topic bualan dengan my abang2 tapi diorang tak percaya cerita I. Masa tu baru I tau ayahnya kawan my abang, dan suku-sakatnya kenalan my another abang. Maklum, sekamponglah katakan. Dia pun sekolah kat EC tu aje. I tak perasan kat mana rumahnya walhal dah beratus kali I jalan area tu enroute ke Jalan Harun, pergi sekolah. Rumahnya menghala rumah CikJam yang sadis tu, kedai AhBah yang bela Alsatian besar giler tu dan menghala rumah Embok Siti nenek Bibah yang masak mee goreng dan sambal sotong yang amat sedap.. (oooo I'm drooling now), pastu barulah tiba rumahnya.
.
Dah orang femes sekampung dengan I, does that make me famous too? Haha-sansan .. cikSom, you memang perasan!!

The above is a tribute to someone who was so cheerful, friendly and funny. Someone who was a Cancerian too and someone who had initiated Malaysians from all walks of life to just smile that wonderful smile..

Al-fatihah .. semoga Allah terima amalan dan taubatnya. Amin.

Tuesday 21 July 2009

Dah keluar tanduk ....

Walaupun asap berkepul2 keluar dari hidung dan telinga menahan kegeraman cik Selkom Brodben punya karenah, I masih tetap jadi manusia normal; belum ada ciri2 pucuk tanduk nak tumbuh. Dugaan, dugaan juga tapi aisayman .. nak cakap kang, buat tambah berat bahu kiri I aje. I sebut 'nak cakap' aje, I tak sebut nak berleter kan? So I acted as cool as a cucumber. I pilih Kyuuri, mentimun Jepun yang rangup tu, boleh? .. cumanya tak ketahuikah beliau bahawasanya jiwa I meronta2 tak dapat berkarya dan bukan mentimun Jepun yang I dambarkan?


kyuuri

Now tibalah masanya I nak menampal & menampal ... dan I nak menaip sampai kibod ni kehabisan dakwat..... hahahahaaa (ketawa puas!)


Ada orang tersangat gembira dapat tengok kaki2 matsaleh menyepak bola yang satu tu. Dan terlebih gembira bila .... heheh, rahsia. Anyway, takdelah kerja I nak bersesak2 cam tu unless .... heheh, juga rahsia. Semalamlah harinya orang tu membelek suratkabar dalam jangka masa yang sangat lama. Kalau tak, cuit pun takmoh. Alahai.. gamat satu kampong kekdahnya!

Pemandangan disatu pagi yang tak berapa pagi diShahAlam. Termangu2 seorang ibu menanti anaknya habis belajar. Diluar tu hujan tersangatlah lebat - 'it rains cats and dogs' gitu. Nasib baik takde guruh atau halilintar membelah bumi, cuma air aje yang turun melimpah2. Alhamdulillah, bersih kereta I.

Dari SJ cuaca elok bebenar but upon reaching SA, tetiba langit gelap .. tik..tik..tik maka turunlah hujan like there's no tomorrow, ohh no! I dah takleh escape, kena lalui jugak. Memanglah tersangat mencabar draib dalam hujan cam tu. Drop T kat biliknya sebab nak salin baju (whylah tak bersiap kat rumah tadi?) then I hantar dia @Menara (ada ke orang pi belajar kat menara? heheh). Terpaksa hantar kesana .. 1. kelas nak mula 2. hari hujan 3. kuyup kalau tunggu bas.

I tak berapa gembira drive dalam kawasan kampus sebab plateaunya yang berbukit bukau tu. T kata "kesian Umi balik draib sensorang, ujan pulak tu. Baik2 draib eh Mi" <- nyaman hati nih dengar kata2 cam tu, tapi sebenarnya .. sebak sebak! <- time tu sebak, now tak :-)

Dalam hujan cam tu maunya I terus balik? Haha.. sungguh tak sesuai so I park kereta kat main entrance aje. Tempat tu selamat takde pokok2 besar berhampiran (elak masuk sokabar front page 'kereta kesayangan seorang ibu dihempap pokok palma dan penumpangnya .....?'). Lagi pun lokasinya agak strategik dekat dengan guard house, so sesaper cuba nak kidnap I ke (ingat takde ke? haha), maka sia2lah percubaan diorang tu nanti :-)

Dalam pada tu mencongak2 camana nak balik? Tu dia! Tak sure nak ikut jalan mana. Setengah jam kat situ, pundi2 dah kasi warning, maklumlah hari sejuk. Bila hujan reda sikit, I patah balik ke bilik T. Apa2 hal, kat situ ada bilik air. Kalau tak kerana hujan, I memang malas nak drive balik keSJ memandangkan kelas T habis pukul 12. Tunggu 2 jam aje, OKlah. Kalau I balik, I kena datang semula sebab dia ada apoinmen dengan dentist kat SJ. Dah tu kan, lepas gi dentist tu, I kena hantar balik keSA, ada praktis hoki pulak. Gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ............

Time checked: 1045, 11, 1130, 1140, 12 .. yeayyy! Maka @12.02 "Mi, sori Mi .. kena extend 1 jam lagi". Whaat!??!?? geram nih..

Camana I spent satu jam setengah duk dalam kereta tu? Nyanyi dalam ati "rain rain go away, come again another day", berdoa juga "yaAllah, redakan sikit hujan ni", bongkar2 my handbag, on/off ekon, on/off enjin kereta, pandang kelangit dengan perasaan sayu dan sedih (lagu2 kat radio yang kasi mood cam nih); dan last2 I ada teman untuk berbual pulak ..

I: Tigger, Tigger .. agaknya T sanggup tak tunggu I lelama cam nih?
T: Harap2 dia sanggup. Janganlah pikir yang bukan2.
I: Taklah pikir yang bukan2. Sekali-sekala yang dia temankan I gi Jaiyen, dia mesti tanya "Umi lama ke? nak beli banyak ke? nak beli ikan ke?"
T: Yalah budak2 muda sekarang, cam tulah
I: I pernah muda juga.. lagi muda dari T. Selalu aje I ikut mak pergi pasar. Pasar lecak dan beraroma lagi. Kadang2 pegi naik keta, naik bas, naik pakwancha pun pernah
T: Pakwancha tu apa ek?
I: Pakwancha tu taxi takde lesen, kereta yang rangkanya dah bergoyang2. Ehh.. takmoh cakap pasal pakwanchalah ..
T: Apsal? diorang caj mahal ke? Pernah eksiden ke?
I: Caj murah, 50 sen dah sampai rumah. Eksiden tak pernah tapi huwaaaaahhh sob sob sob, salah satu pakwancha tu langgar itik belaan I. Didik mati bawah tayar dia .... huaaaaa... ;-(

1.30pm Knock .. knock (kat tingkap kereta).

"Terima kasih Mi .. sori Umi tunggu lama" dan beberapa saat kemudian "Miii, singgah Petronas kejap boleh? pastu T boleh singgah kat k-ef-c sekali beli makaroni".

... kehidupan berterusan hingga kemalam .. ada2 aje.. alhamdulillah.

Alamak, dakwat kibod dah pun keringgg ...

Saturday 18 July 2009

Belated birthday gifts ...

My adopted daughter gave me this card through the mail this morning. Ngader betul dak tu tau. Banyak kali I kata tak payah, jangan susah2, I tak nak, nehi nehi; simpan aje duit tu, TUP2 PostoLaju dengan lajunya dah tiba depan gate dengan sebiji parcel.

It was an honour to receive such card
eventhough tak berapa sahih kebenarannya
TuanBesar was pointing at 'interior decoration'
haipp.. perli I lah tu?

Nouvelle cuisine? Me?
Unbelievable!

Relationship counselling
Me?
Romantic literature
Hmphh...
.
Pagi tadi I pergi kemajlis potong jambul cucu sulung HjhPah. Ada marhaban dan berzanji sekali. Kumpulan nasyid mak2 dara dari ShahAlam tak datang on time. Janji pukul 10 pagi tapi tiba almost 12 noon. Ada sikit miscommunication. By 1030am 5 mak2 dara yang tersangat punctual pun berlenggang kangkong kerumah HjhPah tanpa sedari majlis bermula lambat.
.
1 jam setengah kitorang duduk bertimpuh. Penat bertimpuh, bersila; penat bersila, bertimpuh; penat bertimpuh sengetkan punggung. Pastu picit2 lutut sikit, picit2 jari kaki .. KESIAN ek kat depa2 tu semua? (tak terkecuali cikSom tu...shhhh thiam2).
.
I berbisik kat Hjh.Zai, I pernah belajar berzanji dan marhaban masa I sekolah ugama darjah 4 dulu tapi apakan daya, bakat tidak menyebelahi I. Bila Cikgu Tik ajar berzanji/marhaban, I mesti tension, takut dia suruh I melagukan 'al-jannah' ke apa; tapi rasanya Cikgu Tik tu pun tau I memang takde bakat. Bedah dan Raja aje yang boleh diharap so kitorang yang tak boleh diharap ni, bersemangat laungkan 'Allah' sekuat yang mampu sebaik saja satu phrase habis dibaca oleh Bedah atau Raja. Masa kat rumah Hjh.Pah tadi, bangga gak dapat laungkan part 'Allah' tu.
.
Raja tu sebenarnya darjah 6 whereas kitorang darjah 4. Bila cikgu PahGayah pilih I dan 7 yang lain sertai nasyid sempena Maulud, Raja ditugaskan ajar kita bernasyid. Tiap petang Jumaat kita berlapan pergi rumah Raja, almaklum, practice makes perfect kan? Kitorang belajar dengan tekun sekali, tak tekun kalu cikgu PahGayah ngamok kang. Beliau guru besar lagi pun dia kenal dengan Mak. Taknaklah Mak malu dengan komen PahGayah "CikNah, anak dara awak tu ......", bila2 jumpa Mak kat pasar.
.
I nak cuba bernasyid sekarang.. wonder whether I masih ingat liriknya lagi .. Ready??
Yaa syabaa baa Malaysia yaa alu... (sumpah tak ingat)
then chorusnya
Fayaa wattani innani ya rabath.... (ooooo tak ingat dah tapi kena repeat 2 kali tu)
tetiba I ingat ..
Ifdhil bilath ..
.
Heehehee ya-ya aje I, ntah betul ntah tidak bahasa Arab tu. Yalah pun dah lama berdekad2, surely tak ingat lagi bait2nya tapi syukur I masih ingat doa Iftitah. Alhamdulilllah ...
.
Happy birthday to Ngah .. Love you and thank you very much sebab pernah jaga my well being satu ketika dulu. May Allah bless you.

Friday 17 July 2009

Jumaat yang mulia ...

Pagi lagi I dah mengukur jalan, maklumlah jawatan menteri pengangkutan masih digalas w'pun P.A.S. menang undi. Since jawatan nih bergaji, I mesti jalankan penuh tanggungjawab. Kalau tak bergaji? Kalau tak bergaji, I mogok masak, mogok senyum, mogok nengok tv, mogok basuh baju, mogok cakap dengan kucing, mogok berblogging <-- tapi yang last ni most unlikelylah kan?

Sebelum pergi breakfast, dari SA I balik rumah kejap hantar manikam T so that dia boleh ON washing machine. Dia ONkan aje, tapi kerap juga tetiba servis bertukar tangan dan sedar2 aje, I yang menyidai baju2 tu. Kadang2 I ofer servis menyidai tu memandangkan dia dah rajin melipat dan menyusun baju (siap kasi warning lagi "ambik betul2 eh T dah penat susun"). Warning tu khas untuk D, harus menerusi I supaya D takde peluang nak kata kat T "ala, tu pun kecoh".

Sambil tu I pun bersihkan kumuhan kucing2. Berekor2 tu bila nampak I aje memasing melompat2 ulur tangan ulur kaki. Ulur tangan tu mestilah ada niat apa2 tapi ulur kaki? Bila memasing ulur tangan, I pun happily sambut tangan2 lembut tu. Ada juga yang malas ulur tangan tapi gesel2 kepala kat tepi cage aje. I pun usap2 sekali kepala sekor dua ekor tu. Based on ngiauan, I teka berekor2 tu hepi dapat personal touch cam tu. Bila I mula panggil Pin, I kena juga panggil Put, Tam, Ham, Yam, Gate, Eva/Daud/Gremlin <- 1 cat with 3 names, Tote, Gege, Tin dan Bon. Semua nama kena panggil jangan sekor pun rasa terpinggir. Kesian taw..

I malas sebenarnya tapi terpaksa take over the job bersihkan kucing2 tu bila tuan besar kerja pagi. Lain hari dia in-charge. Rasa penat bila kena alih2kan cage sebab kadang2 ada taik keras tersepit kat celah2 jaring atau in-between. Terpaksa guna alat gardening untuk memenyek2kan taik tu biar leper dan bila dipancut dengan air, senang aje telus dari celah jaring. Haha, tough work kan? Kekadang I membebel juga "apalah korang ni makan, taik macam batu?" tetapi I insaf <- (asyik insap aje) bila terkenang kata2 Bak "bela kucing TAK wajib tapi bila dah bela, wajib beri makan".
On a positive note, maybe nilah salah satu cara Allah nak hapuskan dosa2 kecik we all; juga jangan kedekut, mesti berkongsi rezeki walaupun dengan haiwan. Wallahualam.

Masa I tengah sibuk dgn kucing2 tu, 2 mat.Bangla singgah dan beri salam - "rumput potong" .. "rumput panjang" tapi I goyang2kan aje tangan tanda tak restu. Pastu sorang lagi datang beri salam. Yes, yang ni I restu sebab dia dah biasa datang dan dia tau apa dia patut buat. Ya pun sebelum ni, dia dah 2-3 kali round2 depan rumah. I beri syarat kat dia "bila kereta ada (kat porch), tak boleh potong rumput". Kebetulan hari ni kereta 'tu' takde kat porch. Strange bila kita fikirkan rezeki seseorang tu, kan? Well.. Allah is Great!

Lepas briefing apa dia perlu buat, I nyatakan sekali upahnya. Hasan kata "saya tade mintaa, kaka kasi juga saya ambi". Sebenarnya I kesian dgn kata2 dia tu kerana beberapa sebab. Ada sesiapa minat nak tau sebabnya? Huh? takde? Takpe, I tak paksa, heheh. Anyway, income dia sebulan >RM2K ..
Dulu kala masa Wak dot2 potong rumput, I siap sediakan air teh-o lagi tapi tak terpikir pulak nak sediakan pada diorang2 nih. Hari ni pertama kali Hassan mintak air sejuk. Kesian pulak kan? So sebotol air sirap cap Kuda menjadi rezekinya pagi nih. I pun intai dia dari celah2 langsir .. wah, hepinya dia menonggak air sirap yang dingin tu disaksikan 12 pasang mata bundar!

Sementara tunggu taman sekangkang kera I siap dibega oleh beliau, T & I pun beransur cari breakfast kat Restoran Ubi.Kayu (sambil melaung: Gee?? lu jangan jeles ok?). T seakan2 kebuluran, sepinggan nasi dagang, paru goreng dan seketul ayam licin. Apa hal budak nih? Takde duit nak makan ke? "T last makan pukul 10 pagi semalam. Malas nak jalan jauh". Hmm, baguslah tu. Bila sakit perut talipon Umi. Kalau masa tu Umi tengah masak, Umi akan tinggalkan semua tu dan terus terbang tanpa kepak ke SA jemput T balik rumah atau bawak ke klinik <-- berleter dalam ati, tu pun sekejap aje sebab depan mata dah ada sepinggan pulut kuning, seketul rendang ayam dan sekeping roti jala.

Janganlah hendaknya ada sesiapa nasihatkan I cam nih "cikSom, you ni dah tak berapa muda, tak elok selalu2 sangat makan pulut. Pulut tu sejuk cikSom, nanti perut you berangin". Lagi pun I masih ada 3/4 kg stok pulut dalam simpanan, takkan nak buang, kan?

Akhir kata, I turut tapau 2 ketul ayam goreng berempah, sebekas pengat ubi, sekotak kecik kismis untuk memintarkan diri dan sekeping lempeng pisang RM2 sekeping. Mahal dan tak sedap angkara taburan kelapa parut. Pantang! I pernah bitau my tong sampah takde CCTV kan? kan?? Heheh..

Tuesday 14 July 2009

Pulut masuk mulut..

Wah! mempersonakan...

Petik dari kedai


Tak pernah terfikir I larat dan rajin dan 'sangat pandai' buat kueh ni.. hahaha .. At last, takdelah meleleh air liur anak ...... tekak I. Maka malam ni at 1045pm I indulge myself with Pulut Pauh (nama mengikut resipi) which in Thai it's called Thom Thrart Thaat <-- sebutan untuk Thaat biar panjang sikit, ok?

Hehe, susah nak sebut ke? Kalau susah, cuba sebut yang nih pulak -> Khao Neow Mamuang. Ni nama sebenarnya ... yang memula2 tadi I reka sendiwi.

Sesiapa berhajatkan resipi, jangan segan silu meminta, cumanya I tak ikut resipi sebenar sebab resipi kata 1 kg pulut tapi I guna 1 pot rice cooker yang secoet tu aje. Selebihnya ikut firasat main agak2. Since my kitchen takde CCTV, I taklah rasa risau kalau masakan tu disaster ke, kena marah dengan TB @ tuan besar ke. Takkan tong sampah nak mengadu kot? Dia pun takde CCTV. Selamat I.


Sejak I sebut2 mee PK dalam banyak post (eh.. banyak ke?), ada jugalah kira2 100, 200 orang bertanyakan asal usul atau apa makna PK yang I padankan dengan mee itu. Terima kasih pada yang bertanya.

Al-kisah ...

Terdapat 2 jenis mee fevret kitorang adik-beradik sejak dulu.
1. mee PK ... 2. mee KP.
Nota: Anda tak silap membaca. Memang wujud mee PK dan mee KP.

Satu malam my Bak n Mak menziarah kawan lamanya kat Pandan, JB. Mereka dijamu bihun goreng. Balik dari sana diorang pun bercerita tentang kesedapan mee tu kat we all (the last 4 siblings). Soon after that Mak pun masak mee tu (malam tu semestinya Mak or Bak dah ngecek resipi, kan kan?). Since then terciptalah nama bihun goreng tu sebagai mee Pak Kassim (memang beliau yang memasak).

Nak cerita sikit pasal Pak Kassim tu. Gaya dia very English or Scottish kot? Smartly dressed, suka pakai seluar pendek, pakai stokin hingga kebetis, pakai beret dan hisap paip <- bukan paip air as in pili air ok? hahaha... paip yang ada tembakau tu ler. Handsome man. Cara pakaian macam Duke of Edinburgh cuma dia tak pakai 'Kilt' aje. Hohoho..., pakai kilt kalu, datang angin topan tiup kencang, bahaya O!

Mee KP derived dari nama my kakak ipar, Kak Piah. Nama dalam surat beranak Sofia. Sedap nama dia, kan? Tapi bila jadi Piah, macam dah tak sedap pulak. So dari saat ni I akan glamourisekan nama dia as Pia <- bukan Pia Zadora yang oolala tu ok? Mee KP guna spaghetti juga. Orang Perak & Johor bertemu jodoh (spaghetti dan spaghetti, almaklum laksa Johor pun guna spaghetti, kan?).

Hingga berjumpa lagi ... (sebenarnya I belum habis berkarya lagi. I tak elaborate pasal resipinya lagi, kan? Tapi perut rasa semacam pulak dah.. mesti pulut pauh punya hal nih).

TERKILAN: Bab 100-200 orang yang bertanya tu, heheh.. sebenarnya hanya 2 orang aje pun ie Ja dan Dina (tapi mana tau ada 300 orang yang curious nak tau tapi malu bertanya, kan?). Salam mesra ..

Monday 13 July 2009

Hmmph.. aaarghh... mmm...

Dari tadi I tenung aje skrin laptop nih. Penat dah mundar mandir dari satu blog ke satu blog namun idea tak juga datang. Yang datang ialah perasaan sedih, sesal, pilu yang amat dan macam2lah yang boleh mengundang tertumpahnya airmata ke bumi. Selalunya memang tak sempat cecah kebumi pun sebab lengan baju lagi dekat.

Dah lama I cuba jauhi dari satu blog tu. Blog pengidap barah. I cuma intai2 dari jauh. She looks happy. She looks well. She looks as though she has conquered her sickness. Alhamdulillah and I am happy for her and her family.

Baru2 ni ntah macam mana I terdorong ke blognya juga. Allahuakbar! Benda yang selama ni I elakkan, I terbaca juga. Selepas beberapa waktu dia sihat walafiat, sekarang ni dia alami a relapse. Untuk penyakit seperti kanser, once a relapse occurs, peluang untuk sembuh seperti sebelumnya memang sukar. Saat yang mendebarkan dan saat yang kacau bilau, bukan hanya pada sipengidap, malah pada seluruh ahli keluarga terdekat. I dapat rasakan anxietynya bila itu berlaku pada keluarga blogger tersebut sebab I sekeluarga pernah alaminya dulu.

Minggu lepas broadband yang dikasihi mengidap virus H1Na <- latest virus. I takdelah nak menjerit2 kegeraman sebab mood berkarya I terputus. I redha dan pasrah dengan dugaan dan ketentuan dariNya (ada unsur bertaubat nih). Setelah melayan perasaan gumbira pergi makan2 menyambut besday Ndja on the 8th, 2 hari berikutnya 9 dan 10 Julai adalah hari untuk I menyedihkan diri dan beramal lebih dari biasa.

Masa tengah bersedih nilah I baca blog pengidap kanser tu yang betul2 buat I kembali ke alam silam. I only read her last two posts. Ni juga sebabnya (untuk pengetahuan Fify) bila I tengok drama kat tv tu I dapat menjiwainya. Segala perasaan pilu, sedih, geram, sakit hati dan hambar semuanya bersatu padu, maka tersangatlah valid tumpahnya airmata suciku ketika itu. Kalau saja2 tengok drama tanpa terbit emosi luaran, takdelah I nak nangis2. Sekadar bergenang2, tu harus :-)
.
Al-kisah ...
.
Mak dan Bak meninggal dunia kerana kanser (lain jenis). Mak alami relapse tapi Bak tidak. Sebelum dibedah Mak dalam keadaan mencemaskan. We all tak pasti Mak boleh bertahan lama tapi dengan kuasa Allah, Mak tiba2 kembali sihat. Setahun Mak dalam keadaan sihat walafiat walaupun dia tak boleh berjalan seperti biasa sebab tulang 'femur' patah sebaik saja dia dibedah.

Selama setahun while recuperating Mak duduk di hospital. Ndja, Chik dan Bak bergilir2 jaga Mak sepenuh masa. Adik beradik yang lain termasuklah I berada di KL. Now and then we all balik ziarah Mak. I tak boleh balik sesuka hati sebab I baru aje kerja dan Bak larang balik selalu2 sebab kata Bak "kerja tu amanah". I dah congak2 nak cuti tanpa gaji sebab nak jaga Mak (macamlah masa tu I ni ekzekutip) tapi tetiba dia sihat walafiat. I pun batalkan niat (yang murni itu).

Lepas setahun barulah Mak teragak nak balik rumah. 1st week at home Mak was in joyous mood tapi semuanya bertukar begitu cepat sekali. Mak takde selera makan, tak nak bercakap dan susah nak tidor cos she was in great pain. Ndja berusaha masakkan dessert kesukaan Mak to boost up her selera tapi Mak jamah sikit aje. Tak lama lepas tu Mak terus koma. Her last word was terima kasih, diucapkan pada Ndja. Doktor dah pun menjangkakan Mak hanya boleh bertahan 2 minggu. Wallahualam.

Pada malam Mak meninggal dunia, I tengah solat Isyak dalam bilik Mak. Selesai saja solat, I dengar Chik dengan cemas panggil Bak, Ndja dan K kebilik, tangan Mak dah mula sejuk. Malam tu kakak2 baru aje berlepas balik ke KL.

Malam tu Chik masak mee PK. Mee PK yang menjadi kesukaan kami sekeluarga tiba2 terasa hambar. Tak tertelan tekak nih. Tiap kali I masak mee PK, mesti teringat malam 10 Julai tu. Pagi nih I masak mee PK untuk bekalkan T balik ke kolej. :-(

Al-Fatihah untuk Mak dan Bak (10th & 9th July respectively).

Wednesday 8 July 2009

CikJam, itik, angsa dan anj..

Pagi2 lagi dah hantar sms to Ndja, my sister yang kat Sban tu. Maklumlah hari ni harijadi dia. Kalau bukan harijadi dia, atau bukan juga harijadi I, kita tak dulik pun, bila2 teragak nak hantar sms kita hantar. Umur dia berapa tahun? hehe, kalau beri dia kek sepan sepaun, maka penuhlah kek tu dengan lilin2, kekdahnya. Muai dan meriah. In terms of banyaknya lilin atas kek dia, I tak berapa nak jeles sebab perbezaannya tak ketara, plus or minus, lebih kurang aje dengan I punya.

Jap eh, nak matikan api dapur kejap. My kuah mee hailam baru jer siap .. Nak celur mee pulak.
.

Gelap sikit almaklum dibawah cahaya neon ... (I tak blame my HP, kesian dia)

Berbalik pada my kakak tu, I syukur sangat2 I ada kakak cam dia (dan 3 yang lain), tapi tak ketahui pulak samada dia (dan 3 yang lain) juga bersyukur dapat adik cam I yang sentiasa ditiup angin bayu, fuuuh, fuuh.. Dia banyak sikap terpuji tapi I tak nak puji dia nanti bertambah2lah kembang semangkoknya. I kembang dia kembang, kenotlah! I nak reminiscing aje ...

Masa kecik2 dulu Bak & PakMok ajak kitorang berpiknik dan mandi manda di pantai Lido. Semua orang mesti mandi laut atau lebih tepat mesti berendam dalam air. M, K and I were excited nak tenggelamkan kepala dalam air. Common sense will tell us kepit hidung dengan dua jari dulu barulah tenggelamkan kepala dalam air, kan? Nampaknya Ndja dah tersilap teknik. Tenggelam kepala dulu baru kepit hidung. Menjerit2lah dia, air pun masuk dalam hidung. Maka tamatlah riwayat Mark Spitz wannabe.. (female version).

Iklan: Tuan besar gave a thumb-up to my mee hailam.. haha.. mesti ada apa2 tu..

Masa Ndja darjah 3, I darjah 1 (dah hint tadi, lilin atas kek dia tak banyak beza dengan I punya), kita sama2 jalan kaki ke sekolah samada ikut jalan pintas merentas semak belakang rumah jiran atau pun ikut jalan tar.

Ikut jalan tar cabarannya ialah anjing dan manusia halus bernama CikJam. Dalam pada tu terdapat juga satu kelebihan, nanti I cerita.

Ikut jalan pintas kena berdepan dengan 2 itik dan 2 angsa, kepunyaan siTipah. Gilerr you.. kitorang kecik aje masa tu, bila itik dan angsa terburu2 menyudu kearah kita, memang tak sempat nak lari tapi selalunya ada aje ahli keluarga Tipah yang tolong jaga trafik, kalau tak ...

Satunya bagus ikut jalan tar, sepatu tak kotor tapi kena berdepan dengan anjing liar. Ndja ni pulak bila nampak anjing, macam nampak rimau; cepat benar panik. Kalau dua2 panik, kita jalan berpegang tangan as if hantar pesanan kat anjing yang kita ni kuat. Bila anjing muncul out of nowhere w'pun tanpa niat menggigit, kita yang sedang perang dingin otomatik jadi baik semula.

Gangguan kedua ikut jalan tar mesti kena lalu rumah CikJam. W'pun dia sama kelas dengan Ndja, badannya amat halus. Satu hari tu ntah apa yang silap between CikJam dgn Ndja, tak pasal2 CikJam pukul I. Dia kata "tak dapat awak kita pukul adik awak". Sejak hari tu, I lebih takut CikJam dari anjing, itik dan angsa. Mana CikJam tu agaknya sekarang?

Apa pulak kelebihan jalan tar selain kasut tak kotor? Masa tu my jiran dan kawasan berdekatan didiami oleh omputih yang kerja kat Woodlands. Setiap pagi kalau 'nasib baik', dapatlah kitorang tonton free show. Free show either a peck on the cheek or on the dot3. Kitorang jeling aje tak nak nampak too obvious pulak.

Bila nak habis berkarya nih? Mata I dah mula pedih2 tapi banyak lagi nak tulis (untuk bahan bacaan G later on. G is Ndja's only son).

Bila free dan ada mood, Umi sambong lagi, ok G?

Tuesday 7 July 2009

Lagi instant lagi bagus ..

Cik Lina tanya what's my breakfast today?
Betul kan you tak suka jemput2 pisang?
*
I pun geledah pantry .. nampak tepung gandum, no!
nampak cucur, yes..!

3 biji pisang dilenyek2kan campur dengan tepung cucur tu
Kulit pisang ada lebam sikit sebab dah seminggu betapa dalam esbok

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
Tepung cucur tu bila digoreng jadi gebu,

I pun kukus 2 biji dalam acuan cupcake

Terbayang2 apam merkah bak sekuntum mawar merah...sebuah puisi

tapi kesian ...
Tetiba berdiri tak sama tinggi dan duduk tak sama rendah
Takde ura2 nak kembang pun
Texture quite dense
Bite 2-3 times, zuuup out it went thru the back door
Jadilah rezeki 2 ekor alley cats kat belakang tu

Tu dia, jemput2 sebesar penumbuk anak ErraFazira
(kebetulan tengah tengok program dia nih)

Texture and taste of jemput2 boleh tahan dan lembut
I ate all bukan sebab I tamak tapi sebab D and tuan besar tak suka

Nak melawat dapur kejap sebab perjuangan masih belum selesai
Chup! Stop kejap sebab anak MN ie menantuku Mr K masuk TV9
Sorry Strato, I got a new menantu now, heheh

Monday 6 July 2009

Bulan mengambang ...

Pagi yang terang, malam yang gelap .. tapi tak juga gelap, bulan sedang mengambang tu. No wonder si Pin2, Tam, Bu, Tin, Bon, Tote <-- (oops! nama2 tu ??) mengiau2 aje. Hmm..noti cats. Nanti eh, nanti Umi buat apoinmen dgn Dr Khor dulu, pastu awak2 semua Umi bebaskan.. OK? Umi janji dan Abah dah setuju dengan cadangan bernas Umi.
.
I sensorang kat rumah malam ni, so I bukak TV biar ada bunyi2an sikit namun hati ni tetap sunyi. T dah balik kolej, D sibuk dgn final project dan tuan besar balik later at 12. Agak2 setengah jam lagi dia tiba rumah, mulalah I goreng ayam/sayur. Buatnya I tertidur? Maka I akan buat muka kesian sambil menggenyeh2 mata "eh..I tertidor you". Yawnn.
.
Pagi tadi we sent T back to kolej with all her harta karun. Bila dia load barang2 dalam kereta, janganlah sesiapa usik as she has arranged her things her way. Sama gak bila unload. Usik kalu, akan berlaku gempa bumi skala richter .007. T dapat bilik baru just next to the old one, so takdelah I mencungap2 naik tangga bila tolong hangkut barang2 dia. Tadi pun berulang alik 3 kali, angkat sikit2, berperingkat2. Aduhai cerewet betul budak tu, pe'el siapalah yang dia ikut tu?
.
Bid farewell with hugs and kisses (eh..sedih nih). T kata "Umi balik T tak lambai nanti T nangis".

10am tiba SJ. Laparnya.. so singgah Pet**nas beli nasi lemak, apam dah buah Melaka. Pada mulanya tuan besar taknak breakfast, katanya "nanti spoil my appetite" tapi I marah dia.. "u better alas perut dulu sebab lambat lagi nak tunggu lunch" <- I cakap lembut jer, percayalah. Tuan besar pun akur ..
.
Lepas breakfast I keluar sorang2 beli groceries. Untuk lunch I masak simple aje thinking that malam nanti I nak masak mee bandung tapi nampaknya kena kensel sebab I dah kenyang makan kuey tiau. Tenghari tadi I masak singgang, kobis goreng dan ikan goreng. Simple aje tapi nyum2... maklumlah kan?
.

Had my dinner at 6.30pm, makan separuh dan sambung makan after Maghrib. D belikan masa dia keluar makan dengan kawan2 tadi. It tasted like a fried kuey tiau should taste; ada rasa hangus. Ada udang aje takde kerang. Bagus gak sebab I tak suka kerang dalam kuey tiau. Harga sepeket RM6.30. Mahal tak?

Haaa best D dah balik rumah, so I'm no longer alone. Kadang2 terasa seram duduk sorang2 kat rumah but most of the time alhamdulillah. Seram tiba2 teringatkan hal semalam pukul 3-4 pagi. D&T belum tdo, ada yang berkemas ada yang buat asainmen. Temankan diorang, I tidur2 ayam depan tv until I dengar D ketawa2 "umi pakai baju terbalik". Masa bangun subuh, I pun check my baju. Takde pun terbalik? D&T kata diorang nampak baju I memang terbalik ie yang depan kebelakang, yang belakang kedepan.

I couldn't fathom what really happened .......

Sunday 5 July 2009

July babies ...

Sat. July 4
Ndja, another LOL came from Sban to PJ just to give us a treat, makan2 to celebrate our birthdays (Ngah, Ndja, Ghaz and I are July babies). Right now, all 5 of us girls are LOL. We insist we are LOL, haha. It doesn't matter whether it refers to lady of leisure, lady of letih, lady of love or lady of what-have-you, but we certainly are ladies of Lemin's clan ...

Due to silap paham, it turned out to be langkah kiri on my side. Takde rezeki nak makan2 and bergosip among the five of us. Teh called me up "apsal tak jadi datang? semalam iya2 aje dah janji. Kitorang dah nak tiba nih ahh", and I was closed to tears when Ndja finally say "ehh.. kata tak jadi kan? sorrylaaa salah paham".

With rasa sebak didada I sms Ndja "I've packed my bags nak bawak diri, nak pegi batu belah batu bertangkup". It took a while for her to respond, why? Doesn't she want to pujuk me? Cepatlah pujuk ... then her response came "janganlah merajuk dek.. bulan Rejab BBBB tutup tau". Hehe .. I giggled happily. Suka.

Missed eating at the Teapot, I was into my element again, berdrama. I gingerly invited tuan besar "jom kita lunch kat luar, I belanja". He, "you nak belanja? you kan tak kerja?". I, "hahahaa .. I kan 'kaya'?".

I asked tuan besar to send me to ATM Maybeng soon after lunch. Oh boy, Tepan on Saturday was murderous but he managed to park the car just in front of the bank. It was quite an ideal spot as next to the car is the kacang rebus/chestnut stall. Best! ada chan..

Done with the tranxn, my mind was on kacang rebus/chestnut BUT niat terbatal upon looking at the massive traffic. For once, I was scared of tuan besar, haha; so sebagai isteri mithali yang memahami suami's DOs n DON'Ts, terpaksalah I pura2 tak minat kat kacang rebus/chestnut tu. Kesian tengok muka apek tu taw.. mengharap betul tengok muka dia.

That evening, Ndja, Teh n Ghaz came over. They brought fried banana, karipap pusing, berbotol2 Twister orange juice (just because I told them my cordial has finished), and OF ALL THE THINGS IN THE WORLD THEY BROUGHT KACANG REBUS AND CHESTNUT!

Ya Allah .. I terkesima beberapa jenak, I really did. I menadah tangan full of kesyukuran. I told Ndja n Teh "benda nilah yang I nak beli tadi tapi ...". Ndja quipped "kita kan adik beradik, mesti ada telepathy ..".

Soon after they left, I was richer by ....... They gave the $$ through T sorok2 without my knowledge. It was birthday gifts. What else can I say except "thank you, may Allah bless you and your family".

After Maghrib, I accompanied T to Jaiyen. Time for her memborong knick-knack to be brought back to SA. Initially she wanted to buy only 6 items but was over-zealous, ended up buying more than 10 siap dengan sparkling water lagi. Phewh .. Dia memborong and I memboring .. haha.

Oh well .. as long as she is happy, I am happy. Alhamdulillah.

Saturday 4 July 2009

Tag tag tag ...

Tag datangnya dari 3E. Maaf terlambat 'pass up'.

1. Nama-nama timangan anda? Ada 2, satu tatkala baby bila kena timang dan satu lagi digunakan sampai sekarang oleh famili, kawan2 sekolah dan kawan2 ofis. Apakah nama itu? heheh.. rahsia.

2. Anda seorang yang?? Pendiam & pemalu (sungguh!), romantik dalam hati, pencetus idea, penamat masalah, penyedih, pemberi muka, pencinta keadilan, pemaaf dan cerewet (cukuplah 10, nak lagi?).

3. Insan yang teristimewa?? Takde yang teristimewa tapi ramai yang I sayang, sangat sayang dan juga ambil kisah hal mereka.

4. Lagu kesukaan anda?? Berlambak2 esp songs of yesteryear > Norwegian Wood, Fools on the hill, Strawberry Fields, Michelle & Yesterday. Lagu Melayu.. Umi (Datuk Shake) dan Mama (Sh. Aini). Diorang dari JB.. geng sekampung, kekdahnya.

5. Makanan kesukaan anda?? Segalanya dari PISANG tapi mesti sedap. Actually I makan segala yang sedap kecuali tapai. Tapai tak sedap! Terlebih teruja pada dessert. Tengok perkataannya aje, I boleh ?*!??!*.

6. Warna kesukaan anda?? Cerah/pastel dan apa2 warna yang mampu menaikkan seri wajah dan aura puteri kerathon (hahaha...).


7. Sikap yg membuatkan anda Stress?? (a) tak dengar nasihat (b) malas (c) tak bekerjasama eg ambil baju berlipat tak ikut Akta Lady of Leisure V1.2.

8. 3 benda yang mesti ada dalam beg anda?? $$$$ (lagi berkepol2 lagi bagus), cermin mata membaca dan MyKad (lipstik lebih penting sebenarnya).

9. Kali terakhir anda menangis dan mengapa?? Jumaat lepas bila tengok NurKasih. Nangis 6-in-1 sekali gus (jimat airmata). Menangis sebab sedih, terharu, sebak, geram, ralat dan bersyukur (ngam2 6 sebab).

10. TAG 6 Rakan anda Hmmph...(berfikir sambil gentel bucu bantal).

Friday 3 July 2009

Serimuka SeriWajah ...


Nasib baik takde siapa belikan I besday kek (haha, macam ada?). Bukan apa, I tak kuasalah nak tiup lilin yang berpuluh2 atas kek tu. Lagi banyak lilin lagi meriah tapi buatnya D&T berpakat dengan cina kedai kek nak dengkikan I, how? I ni punyalah beriya2 tiup lilin yang banyak tu, tersembur2 sampai nak putus nyawa, rupa2nya lilin tu jenis lilin yang tak nyah api bila ditiup. Kesian I..

So dengan bijaksananya I ambik langkah selamat buat kuih sendiri takyah lilin2 maka jadilah kuih SERIMUKA pengganti besday kek. Dah lama idamkan serimuka perisa gula Melaka tapi pendamkan aje hasrat, akhirnya buat juga. Adunan tak ikut resipi pakai hentam aje tu sebab kurang lemak. I buat kuih tu anggaran untuk seorang tapi boleh dimakan berhari2. Apa maknanya tu? hahaha ..

I saja buat serimuka dengan harapan seri dari kuih tu beralih ke muka I. Berjayakah I?

Semalam I temankan T beli henfon. Aduhai letihnya .. lepas satu kedai kesatu kedai ditinjaunya, balik semua kekedai asal pastu pusing2 lagi. I perhatikan penuh lesu bila T dan Cina kedai ber Q&A. Lesu sebab I tak tau apa yang diorang cakapkan. Diorang tak guna banyak perkataan malah diorang sebut abjad dan angka eg W705, W995 dan macam2lah. Impressed juga dengan bakat T tu, adakah cita2nya nak bukak kedai jual henfon? haha..


Malam sebelumnya T check internet for the latest model etc.. Dengan ceria dia melapurkan "T dah ada 6 calon". I pun kata "T kalau nak kawin, make sure bitau Umi mana satu yang T betul2 berkenan tau. Siapa yang datang meminang dulu, Umi terima". T pun ala2 terperanjat what's-the-matter-dengan-Umi-nih? Tetiba cakap meminang pulak? "Mi, beli henfon takde kena mengena dengan meminang Mi". I pun kata "T tak boleh guna 'calon' untuk pilihan henfon tapi untuk bakal suami, boleh".

Anyway, something is not right, how come besday girl tak dapat hadiah? Dahlah tak dapat hadiah, I kena top-up some more on top of the $$ yang tuan besar beri. Oleh kerana T was adamant nak model tu juga maka dah over-budget jadinya. Dia sanggup bayar the difference tapi tak bawak $. Kesian punya pasal, I bayarkan dulu "balik nanti jangan lupa tau".

OTW home T kata "Timakasih Mi tapi kesian Umi .. besday Umi, T pulak yang dapat hadiah. Takperlah hadiah besday T in advance eh eh?". Pandainya dia merancang 3 months in advance. I usik lagi "jangan lupa bayar ye?".

Petang semalam I dapat surat, dalamnya ada RM20 voucher redeem kat Jaiyen. Petang tadi I terima satu lagi surat dari LHDN. Apa halnya, dah 15 tahun kami saling tak bertegur saper tapi tiba2 eiii, what a surprise!

Alhamdulillah.

Thursday 2 July 2009

Happy birthday to...?

from T
M&E (pardon the betis)
Thank you thank you thank you

DFA, CIKLI, MN, M&E
AFR, FAI, DEKNA, INAHAR, MIDZUL, TEH, KAMAL&CO, NDJA,
SHAM&TIRA, ZAM, 3E, LONG, NGAH, HEZ, BAH, TANO, GHAZ,
KAKJA, TAJAQ, KAMARIAH, LG, MAS, SHAHIRAH, LEENA, IZEL,
DYN, MARIAH'CAREY', AZIEDA, GEE, MRS.CW, ZAINI, CIBIL,
FA, AMY, YANA, CIKLINA

Kamal & Co.