Thursday 31 December 2009

fuh..fuh.. tarik napas

Straight to the point .. I nak share cerita semalam. May I please?

1015-11am: Gigil drive sensorang. Apsallah kawan I tu tak beli rumah sekitar rumah I aje??

11-1230pm: Majlis 3-in-1 bermula.

Imagine I duduk dengan ayunya selama 1jam 1/2? Kejap bersimpuh kekanan, kejap kekiri .. tak tahan duduk cenggitu .. I bersila pulak .. I tarik jari2 kaki sebab dah mula rasa semot2. Kesian nasib warga emas kan?

1pm: Majlis santap
Masa aksi penuhkan pinggan I dah bayangkan betapa malunya makan sensorang. Risau nih. Tulah T tu, padahal dia dah janji temankan I.. tapi dia memungkiri dengan berseronok2 ke Pulau Temasik.

Dengan kedua2 belah tangan penuh (sebelah kiri pegang air sirap), I jalan pelan2 gaya emak ketam menuju kesatu meja bulat yang kosong. Belum sempat I duduk, there was this lady pelawa I duduk kat dining table tuan rumah yang diletak side by side dgn meja2 bulat lain. Dengan senyuman semanis kurma I decline "tak perlaah.. tu meja untuk mak xxxxx kot?".

What do you know, I ended up makan dengan kenalan baru yang sungguh peramah. Hepinya I. Taklah rasa malu sangat tapi tetap menten keseganan; selow jer (tahap sloth) I suap nasi dan dalca kambing kemulut. Pehtu (quote Dina) bila tengok kawan tu ambik dessert, I pun meramahkan diri juga - dia ambik kek, I ambik kek, dia ambik ABC, I ambik ABC, dia tak ambik kueh cara berlauk tapi I ambik. The fact that the lady was so selim and lanky tidak membangkitkan rasa bersalah I makan lebih. Besok2 boleh diet apa selagi esok ada mentari ...

Sambil makan, I curi pandang para jemputan yang lain. Sekilas pandang jer, takdelah I renung dan tenung diorang tu. Patutkah I cerita lebih2? Takyah kot tapi I terpandang sorang lady nih .. suffice to say siapalah daku ini untuk menghampirinya.

Kerisauan melanda sekali lagi. Camana I nak balik rumah nanti? I tak ingat jalan susur keluar dari kawasan rumah tu. Ya pun, baru 3 kali I datang rumah my BFF tu (ehem, guna word BFF sejak semi-active kat FB). Dengan muka tak malu, I tanya kenalan semeja belah kiri sorang dara (yang makan ABC tadi kenalan semeja belah kanan, hehe) "you balik mana? you ikut highway ke?". Jawapan diberi membuatkan wajah I bertambah2 serinya .. har3.. (boleh kan kalau I nak syok sendiwi??)

Macam mana I tau jalan ke rumah my BFF tapi tak tau jalan balik? Somehow I survived dengan doa berbakul2 agar dipermudahkan usaha dan dilindungi dari sebarang bahaya. Apa yang I gusar dan takutkan sangat? I gusar dan takut sebab I drive sensorang .. tempat tu tak berapa familiar - I takut J-gua buat hal kat tengah2 highway - I takut kena kidnap atau kena ambush dicelah2 pokok sawit, mana tau kan? w'pun maybe ransomnya hanya RM990 which TB mampu bayar (untung dapat diskaun RM10 setelah I merayu dan melutut?), tapi .. tu hala pergi, hala balik?

Jadinya hala balik, I was smarter "malu bertanya sesat jalan" kan? Tapi kelakar jugalah, I think that girl (dengan emak dia) pun tak berapa pasti .. hehe .. I know so dari sekilas 4 tayar berputar .. yang I ni ikut aje .. (masa tu memang I ketawa dalam ati), but I was touched bila girl tu tunggu I lepas dia dah bayar tol. Dia guna smart.tag so lajulah sikit manakala I guna T&G aje tapi kalau tak kerana kereta depan I melembabkan diwi, tentunya I pun boleh cepat sama; taklah girl tu buang masa tunggu I, kan? namun Allah aje yang dapat balas budi baik dia.

Hari ni pukul 3 ptg I dijemput sekali lagi untuk majlis akad. I dah bitau my BFF I tak dapat hadirkan diri .. alhamdulillah dia faham (lama dah kita berkawan - sama sekolah sama office).

Malam esok majlis reception kat KL. Dengar cerita Kuala Lumpur tu jauh. Betul ke? :-(

Tuesday 29 December 2009

Labu tanpa Labi ...

Al-kisah tanpa disedari .. suddenly .. tetiba .. alih2 .. tup2 .. I terajin mentelaah apa bendanya yang I simpan dalam draft. Nah kau, I have about 100 drafts in my possesion. Ada tu hanya tertera abjad 'jjjj' aje, ada juga yang dah siap untuk diedarkan keseluruh donia tapi macam tak sesuaaai pulak, dan ada yang sekerat jalan tergantong story linenya (haha cam re-al aje).

Enivei, abaikan pasal setimbun draft tu dulu, ni nak kongsi tentang kera-jin-an I Ahad lepas. W'pun rombongan cikKiah (bukan nama sebenar) ke Tapah meragut my jatidiri to the max, I tetap kata it was the best and memorable trip ever. Best bukan pasal kerja kawin per se but, hehehe (sambil katup mulut).

I membayangkan yang indah2 belaka masa I beli 1/2 biji labu hari tu: lauk lemak labu, bun labu, donat labu, loaf labu, sup labu dan scones labu TAPI semua tu tertaklok pada mood situan badan.

Jatidiri I belum pulih sepenuhnya, T dah angin2kan selera dia ... nak tak nak, buatkan juga (sah rajin kan kan??)

Sebelum nih I tak pernah guna 'hook' untuk menguli dough tapi kali nih macam terpandai pulak, I guna 'hook' (selama nih benda tu MIA tapi tiba2 terjumpa pulak). Cake mixer yang canggih would have a 'K' @ kneader tapi cake mixer tak canggih dibekalkan 2 hook kurus2 belaka. Bread machine? I dah oder dah tapi diorang kekurangan skru maka kenot assemble my bread machine .. tssk.. tssk ..


Since the buns are for our own consumption maka I tak perlu guna penimbang untuk pastikan setiap bebola sama beratnya. Lainlah kalau nak dijual ... kan?


Selepas 'proofed' <> 30 minit

Siap dah bun labu. Bakar <> 18 minit. Serve hot with butter and jam or whatever. Bliss!


Masa bun masih dalam oven, I gentel lebihan dough to a bite size. I goreng sebaik saja dough menggebu, pastu golekkan dengan castor+icing sugar. Taste wise memang tak sama langsong mcm BigApple or JCo donuts tapi ada I kesah? (cover line) hahahaaa...

Tengok orang buat loaf, I pun teringin juga so I pun mendarakan loaf tin yang I beli masa my oven was in comatose. Semangat membeli tetap ada walaupun ...
.
If not for T requesting me for pumpkin buns, takdelah I larat membaking sampai lewat 1 pagi. Semalam masa hantar T ke Terminal 3, I bawak lebihan bun yang telah disapu mentiga dan jem untuk Ngah, Teh, Ndja, G and Abg Mat (dapatlah merasa sorang sikit).
.
Right now rombongan ke kota Singa sedang mengukur Orchard Road. Apa2 ajelah yang diorang nak beli tuu. Sepatah kata T dlm sms pagi nih "tak boleh jalan sendiri2, semua kena jalan sama2 macam anak itik".
.
Jom nyanyi? ... anak itik Tok Wi mandi dalam kolam, sakit apa Tok Wi, sakit sendi tulang ...

Saturday 26 December 2009

Penatnya berlibur ...

Baru pergi Tapah dah penat gilerr... belum lagi Perlis, Terengganu atau Kelantan lagi nih.

Bukan pun I drive, hehe ..

Rasa lesu, penat, ngantuk, sebu, panas, dahaga, panas, ngantuk. Nak baleeeek!

Being away from home for 11.5 hours -- has taken its toll on me -- owh, how I miss my 3-in-1 smelly pillows very much.

Harus berehat penuh kualiti .. HP mesti dioffkan. Jangan sesiapa tanya "umi masak apa?"

Selamat malam Malaysia ... zzzzz...

Friday 25 December 2009

Lost touch membaking ...

1 tahun 2 bulan. Gitulah lamanya I tak membaking. Tiba2 malam nih I dengan kekoknya berjaya siapkan 2 adunan butter cupcakes. Satu adunan I tabur dengan choc rice dan satu lagi I marblekan perisa choc dan storberi. Lepas kek sejuk, I masukkan sebiji2 dalam plastik2 kecik. Semua sekali dapatlah 45 biji.
.
Jiran I buat majlis kawin pada 10Jan tapi esok kami dari pihak lelaki berangkat ke rumah pihak perempuan di Tapah untuk menyempurnakan majlis akad nikah. Siapa2 menyertai rombongan ke Tapah akan diberi goody bag penuh dengan makanan ringan (+ my cupcakes) dan minuman. Dijangka itulah sarapan kami nanti cum piknik dalam kereta, hehe.
.
Kalau tidak kerana permintaan Mrs K mintak I buatkan cupcakes, mungkin lama lagilah I memendakkan diri dari aktiviti berkenaan. Kononnya baking this time seakan2 I ambik my first order gitu tapikan tapiii bila difikir2kan, tak sedap pulak rasanya nak charge so I decided to sedekahkan aje.
.
Choc rice

marble
.
Kami rancang bertolak tepat pukul 7 pagi. Agak2nya sejuk tak esok pagi? Sekarang nih I rasa teramat panas maklum baru jer berulang alik ke/dari oven.

Camana esok pagi cuaca tetiba sejuk? Apa pun, diharap pengantin tidak terjejas dengan bau2an masam manis dari perempuan itu ..

Semoga semuanya selamat.

25th December 19xx .. was my engagement day. How time flies .. Who was I then and who am I now? Am I still the same person?

Thursday 24 December 2009

Nak 1K daya (int'l passport) ... Part 2

I nak sambung cewita .. sebab cewita tu belum basi
dah terkompol kat dada lama sangat nih
kena gak kuarkan ..


21/12 Isnin:

Projek buat paspot a'bangsa gagal. Gagal teruk sebab we could not even get a number (to start with). Patutnya kita berkemah aje kat situ atau pergi pagi2 sebelum lalat terbang untuk dapatkan nombor. Nombor apakah itu? Hum tum .. (ingat nak nyanyi lagu Hindustan tapi tak hapal plak liriknya).

Note: learn thru mistakes - lesson no. 1

22/12 Selasa:

Diorang kata .. why not try buat paspot kat epot lama Terminal 2 (T2) di Subang tu. OK.. I menurut aje cadangan bernas dari diorang. Kali ni I bertolak dari rumah cepat 2 jam dari semalam. Pukul berapa? Percayalah I cakap, memang cepat. I boleh agak lokasi T2 kat mana; dan I yakin boleh tiba sana tanpa sesat and on time.

Ni RAHSIA so pls baca senyap2 k? (I dah nekad dari malam lagi nak ke T2 .. dah angin2kan kat T .. dah fone staff kat T2 to seek some info tapi bila we all tiba dipersimpangan dilema 2 cabang .. belok kiri ke SA, belok kanan ke T2 maka tetiba all hell break loose (sepatah kata omputih). Pungpang pungpang dumdam damdum dua beranak dalam kereta tu. Memang tensyen to the max! I assume T tau kita sepatutnya ke T2 dan dia assume I tau kita sepatutnya sambong projek gagal ke SA aje NAMUN assumption memasing tersasar.

Note: learn thru mistakes - lesson no. 2

I teruskan perjalanan ke T2 diiringi doa berbakul2.. I thot tempat tu lebih dekat dari SA tapi tak sangkha plak tempat tu owh so far away - benar2 menguji tahap ke'teral'an my driving skill. Alhamdulillah tiba juga ke T2 albeit kesesatan yang tidak disengajakan. T terus melompat keluar setibanya di T2 dan I terus cari tempat letak kereta.

Sekilas pandang .. OMG .. (let me exaggerate a bit) dah berjuta orang beratur rupanya (baru pukul berapa aje?). Where got chance like that? Dipendekkan celita yang manyak panjhang, T lompat naik kereta before I could even keluar dari kereta .. lompat2 macam circus Shanghai plak and another pungpang2 damdamdum session ensued *sigh* Sabar jerlah.

Tanpa lengah I terus F1 ke SA. Cuba nasib sekali lagi kat sana. I tak seronok drive kat SA wpun co-drivernya FURS class. I tetiba terlupa bezakan kanan dan kiri, terus dan belok. Terok ek? But then, I yang terok atau route dalam SA tu yang terok? Dahlah mengkonpiuskan orang dengan lebih 18 'rondabot'nya. Kita tak sker, kita mencii, kita 10-sen.

Gaya lentok badan dah tau diorang tu boring dan penat

At last .. tepat pukul 4.30 ptg T dianugerahkan dengan paspot merah antarabangsa. Dari pukul 8.30am - 4.30pm kami disana baring2 duduk, berdiri, berjalan, makan, window shopping, makan, grocery shopping, lunaskan t'jawab padaNya, duduk, berbual2 (dengan orang sebelah yang juga sedang bowsan menunggu). Berbaloi tak?

Berbaloilah jugak setelah I berhempas pulas menerai satu baju nih .. nampak glem habis dan ada plak my size. Acu punya acu, cuba punya cuba .. hahahaiii .. MAUT MUAT! Tapikan tapiii, I have to say no to pembaziran memandangkan baju tu tak selesa dipakai semasa I duduk. Nampak glem dimata orang I but I could foresee something .. hehehe, secret! kenot elaboret. Tak beli yang TU, I beli yang biaser2 punya. Jadilah, alhamdulillah.


Last kopek ke SR selepas misi selesai. Sedap ke pie tu? Taaak!

As though 2 hari mcm tak puas seksa I mandi pagi, come Wednesday ... oh man!!! SEJUK taw...

23/12 Rabu:

Demi keselamatan, I terpaksalah temankan T ke KL. Dia kena buat exam. Pungpang2 damdum dumdam sesi masih kedengaran. Sabar jelah. Nak buat decision pun susah walhal tau dah jawapannya. Tak mungkin I boleh drive ke KL "it's just impossible" sepatah kata Andy Williams or Perry Como. So eventually, we chose to take a taxi.

Note: learn thru mistakes - lesson no. 3

Dah lama benar I tak naik taxi. Dah tak tau camana diorang caj penumpang. I duduk aje dlm taxi, meter dah tersenyum simpul RM3. Tiba destinasi .. huahuahua nak nangish .. RM35 tervang merayang .. <- bahasa apa I guna tu? haha.

Masa tunggu T buat exam, I JJCM ringan .. sedap plak tu!


Alhamdulillah T lulus exam tu. Berbaloilah naik taxi semahal tu. Balik dari KL, kami cuba naik LRT/komuter hingga ke Subang. 1st time jejak kaki ke KL Sentral. I thot dah tua2 nih, takdelah I naik 'bus' berdiri depan orang yg ada BO (body odour). I pulak tak perasan, orang depan I tu 'jenis' yang berupaya mengeluarkan bau2an yang OMG! Dia dengan rela angkat sebelah tangan untuk pegang sesuatu kat atas kepala agar dia tak jauh dibuai ombak LRT/komuter.

You larat ke menghidu campuran bau2an yang dah 'pering' dari bau kari, cempedak dan nangka? Can you imagine the aroma?? Nasib baik I tak mabuk, mun***

Naik LRT/komuter tak sampai RM10 untuk berdua. Oh well ...

Dari stesen komuter anakanda D menjemput bonda dan adindanya ... Sempat singgah Karfu beli pretzels dan singgah klinik amik ubat awet muda (haha BBPJ baca boleh percaya jangan).

Hilang mood ...

Bila tengok blog kawan2 yang tak berupdate berminggu2 dan berbulan2 ...

... terasa tawar pulak hati nih. Ntah, tak tau kenapa.


At the moment I am watching Cinta Balqis over tivi-3.
What a drama ...

Tuesday 22 December 2009

Tulang thelubi @ sulbi @ coccyx

Rentetan dari entry sebelum nih, entry ini sebagai rujukan untuk pengetahuan bersama. Khas untuk KakCik & Cik Som II <- ni yg mahal nii..

I eja sulbi as thelubi .. hehe, biaserrlah I kan? Thekolah thampai dajah limer, tu yang mengejha ikuth thuker ;-)




Coccyx (tulang Sulbi/Tungging)

.



.


Coccyx (tulang sulbi) adalah tulang terbawah dari vertebral column (tulang punggung). Disebutkan dalam banyak hadith bahwa tulang ini adalah asal mula manusia, bahwa dari tulang inilah mereka akan dibangkitkan pada hari Kiamat dan bahawa tulang ini tidak hancur di dalam tanah.

.
Hadith2 Nabi Saw:
1. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasul saw bersabda, ‘Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang darinya ia mulai diciptakan dan darinya ia akan dibangkitkan.’ (HR Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad in Musnad-nya, dan Malik in kitab al-Muwaththa’).


2. Diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasul saw bersabda, ’Ada satu tulang pada anak Adam yang tidak dimakan tanah.’ Mereka bertanya, ‘Apa itu, ya Rasulullah?’ Beliau menjawab ‘tulang sulbi’ (HR Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dalam kitabnya al-Musnad, and Malik dalam kitabnya al-Muwaththa’).

.


Wallahualam..

Monday 21 December 2009

Nak 1K daya ... Part 1

Semalam adalah hari 'basuh kain baju tanpa rela'. Fahamlah kalau baju tu memang dah kotor tapi yang bersih pun terpaksa dibasuh sebab terkena air hujan yang masuk meleleh menerusi ... blablabla ... Takat tu ajelah ceritanya (sambil usap2 dada yang kian berombak2). Hari ni mesin basuh direhatkan, kesian dia.

Ada satu insiden 'boleh percaya' berlaku pagi tadi ... tak caya ke? nantilah I citer.

Projek pagi Isnin: ke Imigresen SA


Dah bitau T kalau nak buat paspot, kenalah pergi pepagi buta (tapi kita tetap celik). Dipendekkan cewita, kita tiba pejabat Imigresen <> pukul 10 pagi. I sarankan T terus ke kaunter pertanyaan untuk dapatkan penjelasan lanjut. Lepas isi borang, fotostat gambar n mykad ... maka T pun beratur.

Belum sempat kaki lenguh berdiri lama, kedengaran one lady mengeluh "nombor dah habis". Sementelah nombor dah habis, apa gunanya kita tunggu lama2 kat situ, kan? Memang takde pekdah so kita beransur..

Kita pun susuri jalan keluar - leganya - tapi kalau dah jejakkan kaki @ peekay-eness tu, tak sah kalau tak beli lauk. I terpaksa beli lauk ;-) for sure tak sempat masak in time for TB's lunch at 1pm nanti. Nak ikutkan memang sempat, heheh tapi I tak kuasa terkejar2 masa. I dah siap buat plan, bila tiba rumah I just masak nasi n prepare bekalnya aje ie goreng karipap. Masa terluang I boleh golek2 berkemas <- kan dah rajin skit sekarang?

Nampaknya terpaksa juga sempurnakan 'projek' tu samada suka atau pun tak; kalau tak *sigh* I dono wattoosay - mini tsunami kot? Ada baiknya I cuba pergi pejabat Immigresen kat terminal 2 tu aje. Dekat sket dari rumah.

Berbisik dihati .. kenapa pejabat Imigresen tu sempit sangat dan nampak bercelaru macam ular kena palu ..?

Berbalik pada insiden gempak 'boleh percaya' tu kan .. hari nih I pasrah. Pagi2 lagi (kul 8 masih pagi kan?) I dah take my shower tapi mencii taw.. sejuknya nyentap ketulang thelubi (ada ke jenis tulang nih?).

Saturday 19 December 2009

Uplifted mood (a bit) ... Part 2

Since the beginning of new year my mood somehow got uplifted a little bit better than usual. What did I do yesterday and today?

Looks like my new azam to be rajin (dari tahun lepas) terlaksana juga sehari dua nih. Kat mana lebih afdal dikemas kalau tak dimulakan dari my domain, the kitchen. I accomplished most of the things I initially planned to do and ended up with a big sigh of relief after I had done with the 2 drawers, the most cumbersome ones. Apa ajelah yang I simpan dalam laci2 tu ekk? Hehe, macam2 karun ada. Patutnya I simpan buku masak (tapi ada gak cebisan resipi yang I gunting dari sokabar etc).

I jumpa: <> 10 new keychains, <> 10 fridge magnets, tea towels, dan benda2 lain yang ada sentimental value. Yang dibuang takyah lah disenaraikan. Ada 2 beg plastik. Terjumpa juga berbagai jenis surat yang boleh initiate airmata, yang boleh buat hidung n mulut berasap dan ada juga surat2 yang buat I hahahai sensorang.

Paling best bila terjumpa surat yang I karang untuk seseorang pada tahun 1996. Ingatan I kembali pada keadaan masa tu .. telefon rumah berbunyi .. blablabla ... bila I tak setuju dengan kehendaknya maka katanya "get lost" dan terus menghempas telefon. Bisanya .. and that's not all as it never ends there. Hebat sungguh penangan sigh-tan kan?

... and on a happier note .. (ya ke happy?)

T bersemangat merealisasikan impiannya maka dari sebotol bahan tu ...


... terus jadi yang nih .. (hehe.. kelihatannya cam benthat aje kan? Shhh..). Masa I tengah makan kat restoran UJ, sempat T ber 3G dengan I hanya nak tunjuk betul tak rupa batter tu. Masa tu I tak pakai spek dan tak bawa spek, so I kata "bolehlah tuu.. bolehlah" walhal I nampak kelabu jer.. (shhh..). Itu Jumaat punya celita .. Yang bawah nih...


.. malam ni punya celita. I biarkan aje dia buat lagi pun senang sesangat kan? Gaul2 sambil kejam mata pun boleh siap, kan QJ kan?

Katanya yang ni tak berapa sedap sebab terasa samting kat lelangit. Anyhow memang 1st time beli brand nih. Brand 'tanam pil2' lebih sedap, so it seems. I tak boleh bezakan sebab I tak jamah yang nih. Tak jamah sebab??? Takmoh citerlah .. sentipip, sensatip, sensitit .. ahhhh .. all thoselah .. haha, tak habis2 khan??
.
Lupa nak citer. Masa I belek menu kat restoran UJ semalam, terpandanglah kat satu menu nama Nasi Al-Mandi. Belum ada peluang nak tanya my jiran asal usul nasi tu, but why tetiba I terasa cam diperli aje .. You terasa tak Ja?? (psst..tuan kedai owang negeri you taw).
.
Perli pun perlilah tapi I nak rasa juga nasi tu so tengahari tadi I dorong my fruit heart to buy us that nasi Al-Mandi. Lauk kambingnya kan, cuit aje dia roboh ... auwww.. best!!
.
Tapikan tapiii ....

Friday 18 December 2009

Uplifted mood (a bit) .. Part 1

Salam Ma'al Hijrah pada semua sahabat siber ...

Me and my fruit heart baru jer balik dari meeting cum dinner cum mingle2 sesama jiran. Kami dijemput oleh RnZ ke restoran UJ yang baru dibuka seminggu lepas. UJ ni pun jiran kitorang juga. Suasana amat dingin dengan hujan renyai2 (double dingin sebab kipas besar kat luar restoran dipasang full blast .. habis ramos tudung kita senget2.

Oleh kerana dah lama tak berjumpa segerombolan cam nih, maka suasana kembali hangat. 12 pasang pengantin lama bermesyuarat untuk menjayakan 2 majlis bakal pengantin yang berasingan tempat tapi tarikhnya dekat2 nak selisih.

Sebelum meeting bermula, kita dipaksa CAS bateri dengan 'entree' dulu. 'Entree' ni macam starter untuk panaskan selera (gitulah kekdah maknanya).

Selalunya bila nampak roti leper kat supermarket, I pandang sebelah mata jer; bukan kerana mata I sakit tapi just takde idea bernas membega2kan intinya... until .. tadi! Senang citer, benda gulung tu intinya cam kebab. Makan panas2 rotinya terasa garing dan lembut. Selesai yang tu dihidangkan samosa pulak ... nyum nyum.

Lepas 2 makanan ringan (tetiba) hilang dari pandangan (mana dia pegi ek?), barulah kita dijamu dengan pilihan 2 jenis spaghetti, cabonara dan dot3 <- xsure. Pembasuh mulut ialah lengkong bertatahkan 2 ketui longan dibubuh dalam bekas syomel. Selesai makan, meeting pun bermula. (haai, senangnya dalam hati .. takyah basuh pinggan mangkok gelas cawan dan lap meja, haha).

Selesai meeting yang amatlah riuh rendah tu, sepusing minuman on the house disediakan; maklum dah banyak bercakap, tekak mesti rasa kering what with the kah2 here and kah2 there. I maintain minum segelas air sirap bandung dari mula sampai habis majlis (I kan tak sker membazir air, kan?). Macam tak kenyang2 aje, tetiba terhidang cucur badak - leacheen gak!

Tuan punya kedai yang pakai baju putih tuu (jom moncongkan bibir sket). Ja?? maybe you kenal dia. Meeting berkisar perihal 2 majlis kawin anak2 jiran dimana tarikhnya boleh tahan memeningkan kepala. Takyah citerlah, nanti you all fulak fening - save your panadol for rainy days, okay?

Part of kaum ibu yang akan bertugas fulfos bila majlis berlangsung nanti. Oh ya, yang sedang menikmati spag. tu ialah salah sorang mak pengantin @ dangdut queen. Dua yang kat tengah tu .. mantan geng bas sekolah, dan yang senyum ntah kenapa hepi sangat tu pembuat pizza (hepi sebab pizza dia laris kot?). Semua tu bila bekerja, kalah amputated cockroaches. Tu yang I sayang diorang tuu .. I can quietly steal bone, heheh :-)

Alhamdulillah .. I rasa macam dapat 'nyawa baru' bila my oven gets a new lease of life. I pun apa lagilah. Cuba peratikan apa ada dalam oven tuu .. (sekali lagi, jom moncongkan bibir kearah oven). Oh yes, pls don't ask me why my cabinet top is of different colors. Sensipit, sentitip, senpitpit, sentap-tip - ehhh, all of thoselah.

Tapikan tapii, boleh percaya ke I yang bake bun itew? Heeeeeeeeee.... *sengih*

Thursday 17 December 2009

Sharpie ku ...

Sharpie baru jer balik dari spital KLL Electronic Svcs. Kesian dia sengsara koma selama 14 bulan mengidap 2 jenis penyakit (1) takde upaya memanaskan diri sendiri (2) sori I tak tau nak terangkan jargon berbau teknikal.

Terlanjur Sharpie di'godeh2', I suruh 'doktor kat spital tu' gantikan bulb penerang hati si Sharpie. Selama bertahun2, bila I masukkan makanan keperut Sharpie, I tak nampak apa2 pun sebab perutnya tersangat gelap. So now, cerialah hati I sebab dah boleh nampak keadaan dalam perut Sharpie setiap kali kapkek, puding, roti waima air kothong sekali pun masuk keperutnya. I dah boleh nampak dengan terang benderang tindak-balas dari pewotnya, alhamdulillah.

Sharpie's new lease of life costs me RM210 which includes RM30 for the bulb penerang hati. Bisa nggak gue tuntut wangnya dari bapak TB? Eeyaa, bapak TB kelihatannya senyum2 aja tanda pasrah. Tanpa kata2 manja, gue hanya mampu layangkan 'flying kiss' padanya aje ... ffffffiuuhhh..
.
My 10-year old convec./mw
.
If not for T yang asyik berleter jer kat I "Mi, anta repairlah Mi" .. "kalau tak boleh betulkan, belilah yang baru Mi" dan macam2 lagi rengekan dan sungutannya just because dia susah nak hangatkan makanan esp time hari raya lepas, maka lebih lamalah si Sharpie in comatose.
.
Yalah pun, nak hangatkan makanan memang senang guna MW khan? Ditambah lagi sungutannya bila ada kawan yang hadiahkan samting masa besday dia hari tu - ramuan dalam botol untuk buat biskut. Anyway thanks T sebab naikkan semangat Umi yang dot3 nih w'pun kadang kala tinger Umi bingit with your endless 'whining'. Love U!
.
I boleh sesuaikan diri tanpa bergantong hidup pada MW tapi I akui MW lebih menyerlahkan lagi senyuman I bila kat dapur. I nih cerewet tapi tahap kesabaran I boleh tahan gak tebal, heheh (bbpj). I boleh aje hidup dalam 2 alam yang berbeza, alam susah dan senang. I don't mean 2 alam yang tu taw. Tapi I amat rindukan my oven .. tengok orang tu meroti, memuding .. aaarghh.. gewamnya! Sekarang bolehlah I berjinak2 membaking ... (huh? rajin ke I??).

Nota: I belum lagi jejak kaki ke KL Sentral atau ke Alam Sentral (tapi alam ghaib memang dah pernah w'pun I tak ingat apa2. Yalah you, sebelum kita kat sini, kita kat SANA, kan kan?). Ehh, releven ke I bitau? Ada orang kesah? kah3 .. tapi I kesah plak? *smile melerek*

Sempena Ma'al Hijrah esok, azam I yang pertama: ingin sangat2 jadi LEBIH rawjin dari biaserr2 punya rawjin .. Semoga Allah permudahkan usaha dan azam I (kearah kecemerlangan). Amin.

Tuesday 15 December 2009

Hangit ...

Barulah I tau Firdaus the newspaper man sedang bercuti ke luar negara. Ya betul, ke luar negara (jangan memain). Jap nak tanya sikit. Ada beza tak dari segi ejaan atau pengertian bila perkataan KELUAR dieja 'ke luar' atau 'keluar' ??

Ahad: Apsal Firdaus tak hantar sokabar? Selalunya pagi2 dah 'berdebum' bunyi sokabar dia lepaskan kat depan gate tu. Hari Ahad aje bunyi 'berdebum' sebab dia tak leh lontar 5 jenis sokabar sekali gus sebab berat. Hari lain, dia baling aje STAR cam dia baling boomerang. Nasiblah kat mana sokabar tu landed. Kalau kena pintu bunyi 'gedenggang', kalau kena keta? Masa dulu when my so-called J-gua park kat porch, habislah patah riuk ariel radio. Cuma sekarang keta TB park kat porch, dia ada sikit sopan.

Baru2 ni, TB punya labu .. alaah, vase yg Ipoh mali rona itam tulah, apa namanya ek? Haa, labu sayong pecah akibat lontaran si Firdaus. Jangan tanya apsal labu sayung tu berada diluar rumah depan pintu okay? Jangaaan, please donnn't.

Mana boleh tahan tak baca paper hari Ahad khan?? I kenot tahan so I fon nombor yang ada dalam my HP 'paper firdaus' (mesti tulis 'paper', nanti TB kata saperlah Firdaus tu, kan? haha, takdelah. TB tak pernah gatal tangan meddling with my HP. I lagilah tak reti nak cuit HP milik orang other than mine). Petang tu boos <- nak eja boss sebenarnya nih, hantar 4 jenis papers aje. Dia janji nak hantar 1 lagi sebelah petangnya.

You think dia hantar paper lagi 1 tu tak? Harrram! Semalam dan juga hari ni I tak terima sokabar langsong. I tak nak fon lagi. I just catitkan hari2 yang I tak terima sokabar. Bila cukup bulan nanti .. haa, ni yang best nih .. bila I dapat bil dari George of the Jungle (nama 'boos') .. I nak tengok berapa $ dia nak caj I. Hahaha, yess.. I nak cari pasal. I nak jadi ketam bangkang!!

Tak baca paper maka my mind roams all over the world, maklum banyak masa kan? Masuk dapur TERpandang si Dayang Senandung @ pulut hitam. Sebenarnya I berjaya selamatkannya dari disimpul mati bersama beras nasi dagang hari tu. Saper kata I suka membazir? Mana ada.. I jadi penyelamat juga, cumanya tak perlulah I besar2kan cewita how heroic I was bila mampu selamatkan keropok dan pulut hitam.


Buat julung2 kali .. tak pernah terjadi sebelum nih .. I masak bubur pulut hitam. I kosek 10 kali kot2 ada bau hapak ke apa hinggalah I puas hati pulut tu bersih jauh dari gangguan bau dan kutuembun. I jerang beberapa minit hingga air rona hitam keluar pastu I buang, haha (tak pernah dibuat orang). Gambar tu macam bubur kacang hijau tapi bukan yaa.. Itu adalah bubur pulut hitam ori, pulut datang dari Terengganu .. (ke Kelantan?). Ada pulak permintaan .. "nanti you buatkan I bubur kacang eh?" .. "bila?" .. "bila2lah tapi jangan pulak bulan depan" ... Har3, macam tau2 pulak bini dia azab nak masak bubur kacang hijau (bkh), his favourite.

Masa D&T rajin dan kuat makan, I pun rajin masak berbagai2. Pizza, spaghetti, pie, puding pisang, peach, semolina, roti, kek tu kek ni, roti tu roti ni .. hehe, sajalah nak senaraikan panjang2 as testimonial bahawasanya I was quite rajin once upon a time. Tapi semua tu tak menjadi keheranan TB sebab "you buat yang lain2 tu tapi you tak buat my fevret". Kesian ek? Mujur I cepat muhasabah diri, sekarang nih selalu gak I masak BKH tu.

TB ni satu hal juga. Kita suka makan kek/roti yg lembut2, dia pulak suka yang 'berat' = dense, suka kek/roti ada kismis/sultana/raisin manakala D&T tak suka. Kita suka puding, pizza, spaghetti tapi dia tak pandang sebelah mata. Even BKH tu, dia suka yang cair tapi I (ya.. saya nih) suka yang agak pekhat.

Catatan untuk T: Bila Umi n Abah ziarah umah T nanti, ingat tau.. buatkan abah bubur kacang yang cair tapi sedap. Insyaallah by then T dah pandai masak (macam Umi, ahaks).

Ni kes terlupa. Hangatkan bubur tapi I terpaku depan laptop hinggalah terhidu bau .. haha, apa nak kata .. bubur tu terhangus tapi TB kata "ehh, sedaplah". Pernah tak you all rasa smoked bubur pulut hitam? Ada sikit rasa 'smoked' pisang salai ...
I ni lebih rajin memasak bila bahan2 kat dapur/frij tinggal nyawa2 ikan. Patutnya 3-4 hari lepas dah pergi beli groceries but I am too lazy to go out. Ni semalam punya cewita .. last kopek memasak dengan bahan2 yang ada .. telur masak kicap, sambal tumis bilis, papadom, ikan kering dan last but not least 'sayor' yang kat atas tu - sengkuang, cendawan kememeh, fishball.
Lepas zohor nanti I mengorak langkah ... macam2 nak buat ...
.
P/S: Kot ada sesiapa nak tau mana menghilangnya Firdaus, I bitaulah. Dia balik kampung, Bangladesh sana.

Sunday 13 December 2009

Bummer ...

new vs old - it's all about size...

the RCA - Return Check Advice

Dah 2 bulan I terima RCA=NPC dari 'bank yang tak pernah tidor'. Berdebar2 juga bila dapat surat cam tu. Yalah kan, sebelum I lepaskan ceq kedalam mesin terima ceq, I dah pastikan dulu $ dalam bank cukup (takdelah melimpah ruah, cukup makan aje). I am not taking any chances as Murphy's Law would strike at any time of the day. Cari na'as namanya tu bila ceq dah menonong pergi, I pulak baru terkedek2 masukkan $ kedalam bank.
.
Back to that RCA. I was curious. What have I done wrong? It was stated 'reason for return: 81-Lain-lain'. What does 81 mean? So I called them up .. easy .. diorang baik budi bahasa, dah tersedia nombor telefon kat kepala hotak surat rasmi.

Have you ever tried calling the CS center of any organization lately?? If your answer is "yes", so how was it? Based on my experience, suffice to say that I'd rather grill a whole sheep (from scratch) than wasting my time plonking at the phone pads trying to get a connection. I gave up after several futile attempts.

I was all geared up when I received the 2nd RCA recently; it's now or never - no more procrastination. It was my lucky day. A guy from HR dept picked up my call and he transfered it to the CS personnel. The lady told me that I might still be using the kuno cheque book, haha and that roughly explains 'RCA no. 81'.

I got my cheque book = 50 pieces in Aug 2006 and now it's Dec 2009. Isn't that kuno enough? If only I knew of the phasing out period, I'd have gotten a replacement from the bank for all the unused cheques.

Al-kisah, all banks in M'sia have since changed the size of cheques based on announcements made by BNM in late 2007. Dont ask me more but it's all about CTCS=Cheque Truncation & Conversion System. *Sigh* Where was I and how come I didn't know about it then? I must have overlooked, what else? (tulah, asyik baca ruang gosip aje, kan dah? haha).
.
.
Something to ponder: Which is the easiest? To forgive and forget; to forgive but never forget or the extreme .. never forgive and never forget

Saturday 12 December 2009

4got ...

Kesiannya I .. kesian, kesian, kesian (self-pity).

Entry sebelum ni mengisahkan pencarian beras untuk masak nasi 'kandar'. Tulah nama yang masih berligar2 difikiran until tengah hari tadi bila I ziarah Mdm Ja .. zaaaap terus masuk ke otak! Yes, I meant to cook nasi dagang! dagang! dagang! not 'kandar'. Apa nak jadi dengan I nih?

Mdm Ja yang bercita2 nak wat dengki kat kucing kakak dia tetiba dapat makan nasi dagang (just like that). Tak patut, tak achi, tak anneh! I yang bersemangat nak masak nasi tu terus hampa dan keciwa (sungguh).
Hari ni dengan penuh gaya, I cuba tebus perasaan hampa dan keciwa dengan memasak lauk yang tak pernah I masak sebelum nih. Tadaaa...

Kerutup ayam jer..

Ikan kering tenggiri bila digoreng baunya OMG!

Goreng 2 keping sekali gus. I think 2 pieces can last one month. Mana tahan nak goreng selalu2 kan? The whole house smells beyond Sungei Segget! And I really smell like ??!!*?? Nasib baik I tak mandi pagi2, buat rugi air I aje. Dah busuk2 tu, barulah mandi. Am I not the smartest person in the whole wide world? *pun intended*

Note: No vege for lunch. Dinner might have tu pun tengok mood :-)


Nilah dia yang I buang semalam
(khas untuk tatapan 3E)
2 peket beras nasi dagang
terlepas pandang - hampa - kesal

Rasanya Ndja lebih hampa sebab beras tu dia yang beri dan I pulak dapat lebih sukatan dari yang lain.

Friday 11 December 2009

Penat taw ...

Hari ni I bekerja kurang sikit dari buruh kasar (sebab kerja dalam panas terik). I basuh baju, sidai baju, jemur keropok, jemur bantal, jemur comforter dan bersihkan kandang2 rimau kucing. Masuk ke dapur lain ceritanya. Oleh kerana I baru jer hantar oven ke 'workshop', maka ruang kosong atas kabinet tu kenalah lap; dan paksa diri buang baki biskut raya, basuh bekasnya, menyapu, menyusun, dan ...... until I teringat hari ni nak masak apa? Yes, why not masak nasi 'tu' ...

I pun pasang radar cari bekas yang menyimpan harta karun. Mana gaknya Santi letak benda2 tu ek? Owh-K dapat dah tapi alahai sayangnya, niat nak masak nasi ....??..... (ishh, lupa pulak nama nasi tu) tinggal niat aje sebab beras tersebut has been invaded by the small black soldiers aka ...?.... (aaah, malulah nak bitau).
Tengoklah, I masih tak ingat nama nasi yang I nak masak tu.. Hati kata 'kandar' tapi bukan, bukan, bukan. Bencilah lupa cam nih.

Anyway, harta2 karun tu dah selamat dibungkus dan diikat simpul mati, dah pun dihempukkan ke rumah kecik depan rumah tunggu pekerja alamFlora&Fauna angkutnya aje. Bila buat kerja tak berapa senonoh cam tu biarlah sehemah mungkin supaya the other half cannot hidu. Anak2 pun tak perlu tau. Since I dah penat buat house chores dan hampa sebab terpaksa buang mende2 tu maka I ambik jalan mudah untuk tidak ... (ayat tergantong nih..)
.
Silalah baca kisah seterusnya .. (sambil membetulkan kedudukan kacamata bingkai senget sebelah).
.
Sebelum pergi solat Jumaat, TB tanya "you tak nak kirim apa2 ke?". Soalan tu seakan2 'music to my ears'. Sebenarnya dia tak tau (dalam diam) I dah buat plan baek punya, heheh. I dah sms kat boss jual soto/laksa bertanya dia berniaga tak hari nih. Bila dia confirm "berniaga", I pun apa lagi, you-know-I-knowlah.
.
He offers his help before I could even open my mouth meluahkan hajat. Gud ah? Mau I tak seronok dua ronok? Haha, maka teruslah I upkan 2% rasa kecintaan I terhadapnya, kahkahkah..(tu sebab I tak galakkan TB, D & T baca blog I. Sure diorang nanti kata "tu pun nak cewita". Elehh.. sker ati I lah kan? ).
.
(tapikan) Sebenarnya soalan TB tu ada maksud lain cumanya I terlepas pandang. Insyaallah umur panjang hingga Jumaat depan, depan dan seterusnya depaaan, I buatlah ....

.
Ingat nak buat double entry malam tadi (just like our gud fwen kat SP did) tapi bila pewut dah kenyang dengan bihun kungfu, I abaikan niat. Masa dinner kat luar semalam berdua2an sitting side by side, tetiba mak-budak beranak 3 sms I. Dia tanya "tengah buat apa tu? Dah mandi ke?". Mak budak tu memang nak kena cubit dan ketip dengan claw ketam I agaknya tu ..

Nak sambung cewita rentetan penemuan terbaru merebus kentang togeder with berpeket2 nasi himpit (NH) 2 hari lepas. Sehari sebelum tu I dah siap masak kuah soto tapi I makan sebagai lauk dengan nasi aje sebab tak sempat nak buat begedil dan rebus NH (boleh percaya ke 'tak sempat'? Kalau tak berFB, tak berblogging kacau owang sana sini, pasti dah terhidang begedil dan nasi yg telah dihimpit tu, ya tak? mueheheh).
.
Kesimpulannya ... nasi berhempet2 dan 2 ketui kentang diserapi daging cincang maka lahirlah bergedil.

Selalunya tak sker guna flash bila tangkap gambar tapi kali ni terkesima plak nak guna fungsi tu. Ada sesaper kesah? ahahahaha....

I sorang aje yang beriya2 makan nasi himpit dgn kuah (soto yg tak cukup sifat - garnishing-less, takde bawang goreng, cili kicap hitam, daun bawang, taugeh. None). Si bapak borek anak rintik, I hidangkan nasi dengan 3+1 lauk - samtum udang, cap cai, ayam gor and of coz 'the' bergedil.

Kuah soto tu, selamba jer I togeder2kan daging dan ayam dalam satu periuk (ada orang tak sker ayam, ada orang sker dua2). Kalaulah Mak I tengok cara I memasak tak ikut law n order dan kalaulah mak mentua I tengok betapa kreatifnya menantu dia, nescaya..

(biarkan ayat tu tergantong tak bertali ... pliss..).

Thursday 10 December 2009

Orang rawjin ...

Apa I buat nih ??
.
.

jalan pintas
.
.




2 in 1

keji ek??

.

.

Nota mata: sesaper cuba menderma kata2 sumbang, I kuis pasir semunyik lama2 kang...

Tuesday 8 December 2009

3 mak dara ...


Semalam at 11am Ngah n Teh datang menziarah adek dia yang berangin menthol nih, hahaha. Nak jenguk adik pun kena wat apoinmen, tak buat kalu .. nescaya hajat tak kesampaian. Perlu ke bitau kalau nak menziarah rumah adik beradik sendiri? I'd appreciate if they do and I for one suka nak bitau bebila I nak visit my kakak2 or my abang2. Hmm.. come to think of it, when was the last time I (ever) paid a courtesy visit to my brothers at their respective homes? Obladi, oblada life goes on!


Ngah tak pernah ingat jalan kerumah I wpun gate rumah I dah berkarat (dah 20 tahun I duk sini). Kalau nak kerumah I, Teh yang tunjuk jalan or Hez/Abg M, if they are around. I pulak takut nak drive ke rumah Ngah tanpa TB sama2 pergi; pulak2 tu mau sesat barat dibuatnya what's with highways MRR1 and Dukes! Dukes?? macam familiar aje nama nih ekk?? Shhh...

.

Sementelah diorang berdua tu baru jer balik makan angin, maka berikut merupakan habuan untuk I sekeluarga. Syukur alhamdulillah semoga kakak2 I sentiasa sihat walafiat, waras akal fikiran dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, amin.

Bahagia dapat favorite mags esp GoodFood. WW kasi free tote bag, gud ah? Dalam beg plastik tu terkandong macam2 - ada berjenis coklat/nougat serta cendera hati tapi tetiba terselit sehelai kain batik, keropok n dodol leper (3 items dari Ndja buah tangan dari Kuantan). I told Ngah n Teh that lately I suka kalau orang beri hadiah kain batik, sangat suka kononnya nak hidupkan 'semangat nusantara'. Haha, ada2 aje ...


Niat menjenguk adik disulami dengan niat sambil menyelam minum air, biasalah tu. Both of them nak beli murtabak ala Arab Street kat kedai atas tu. Selalunya I oder dari rumah aje; agak2 siap I 'drive in' kat restoran tu, B&B (bayar n belah) sebab tempat tu susah park keta, tapi kakak2 I kata "takyah fone, sambil makan nanti kita oderlah.. lagi fresh". Haha freshlah sangat, restoran tutup! Oh ya, ada 2 fakta penting: I mandi sebelum keluar semalam *grin*; dan fakta lagi satu hanya diberitau jika ada yang berminat nak tau..

.

Diorang tu sebenarnya hampa tapi very positive "esok2 kita datang lagi".. Hati yang hampa tu I pujuk pi makan laksa Johor. Bila dah kenyang, nak balik rumah atau?? cepat Ngah menyelah "meh kita pegi syoping yang dekat2 aje". Maka beransurlah kitorang ke negara Peran...Cis! kat Carre4 USJ19 tu aje. Kalau Long n Ndja ada sama, lagi seronok .. 5 mak dara jalan berpimpinan tangan (maklum memasing ada yang sakit lutut, ada yang osteoporosis, ada yang sengal pinggang ... hahaha ..). Gua bahagia!




Masih belum habis bercerita lagi nih so saper2 tekan X, siap! :-)

.

Masa lunch tadi, sambil menunggu laksa tiba, Ngah and I sempat beli 2-3 lauk. I beli lemak pisang muda dan pucuk paku yg dah dicelur (niat untuk lauk TB nanti)... tapikan, bila Ngah/Teh dah OTW home dalam 3-4 minit, barulah teringat .. gigil2 I kol Teh bitau lauk I yg dua tu tertinggal dlm kereta "takyah hantar balik, ambik aje lauk2 tu taw.. halaaal". I baek khan?? (heheh, takyah jawab, takyah, takyah jawab)..

.
So, I yang rajin tak rajin dan malas tak malas nih menonong kedapur. I masak lauk yang diidam2kan sekian lama ie sayur air betik muda + daun selasih. Betik muda I gantikan dengan timun bulat tu. Apa namanya ek? timun air kot. Lauk lagi satu kononnya kari tapi I tak ngaku tu kari sebab memang tak rasa kari wpun I guna serbuk kari ikan :-) *sigh* apa2lah kan?

.

TB kata lauk2 I rasa 'tengik' (yalah tu.. tengik untuk dodol yang dah berkulat. Ada ke bau selasih yang so harum tu tengik?). Tengik tak tengik, meratah juga dia. The taste for the lauk 'kari' (should I brag?) is quite authentic (auww) sebab ada daun selasih dan juga ada 'taik minyak' yang I buat 2-3 hari lepas.

.

Bila nampak TB meratah ala2 segan (tadi kata tengik kan?), I pun selamba jer bersuara "you tau tak I masak nih setail Thai?". TB diam aje sebab engrossed dengan last episod NenekKebaya (tak suka drama Melayu tapi I 'saiko2'kan .. melekat gak dia, hehe)..

.

P/S: Dulu pernah makan gabungan cendawan tekukur + cekur manis + daun selasih + telur. Mana nak dapat ek??

Sunday 6 December 2009

Am I that ...

... rajin? Ya, tapi sikit aje rajin tu ... selain basuh baju, masak and kemas rumah yang tak nampak2 kemasnya, I berjaya setelkan 1-2 projek dalam my things to do list. Apahal berkemas tapi tak nampak2 kemasnya, macamlah ada budak kecik yang selerak2kan tapi mana tau kot2 ada si'ghaib' yang selerakkan, kan? Umphh.. (macam anak PB (blogger) yang tetiba babynya keluar dari buaian tanpa bantuannya dan suami). huhhhuh.. misterwi namanya tu..

Hasil terjah handbag = 'sampah sarap'
belum lagi dari biz bag
orang dah pencen pun ada biz bag juga okay?
rona hitam berzip lagi
apa ada dalam biz bag tu?
buat masa ni terpaksa disulitkan dulu
situasi bag: boroi dan termengah2

Apa pulak nih?
lama I berdiri kacau2 dia jangan hangus
tapi hasilnya ciput aje
cubalah teka
tapi takyah tekalah - mesti salah punya
*grin*
seredaknya boleh buat rendang/kari
tapi siapa yang rajin sangat pun?
laalaalaa....

Selain tu, terajin pulak nak mengemas-kini pantry. Aaiaaiaai .. senangnya dalam hati (ikut rentak lagu Madu3) ... Habis dah I sembur, halau, bunuh segala makhluk perosak bernyawa yang 'find solace' dalam pantry tu. Selamat .. I buang tu, buang nih, refill, reload, rewipe, rearrange; dan hasilnya sangatlah menenangkan bijik mata pandangan, jiwa dan raga.

Dah tersusun cam tu (well, it looks better than beforelah kan?), maka haruslah I kerap bukak pintu pantry tu untuk menikmati hasil kerajinan. Vangga!
.
Let me list down the items akibat my 'kedurjanaan'. 1. b*ba's serbuk kari ikanx1, dagingx4 (1 expired 2/09 <- alahai), kurma 1pct 2. Adab* kari ikanx4, kerutuk dagingx1 (terkesima dgn masakan Sizuka) 3. Jintan manis/putih 1 each 4. Magee perencah nasi gor briyani/padprik 1 each 5. dan lain2 lagi. Ngeh*sengih*

Macamlah TB tu mami mamu or mamak suka makan kari siang malam pagi petang, macamlah I ni rajin nak masak kari every now and then (tapikan .. psst.. TB kata, dan I percaya dengan kata2nya itu that my kari manyak selap.. har3.. BUT wedamenet, lier tatak kater manyak selap taphi lier kater gua phandhai massak KALI, hua3 wateva), dan macamlah .. macamlah .. macam apa ek? Lupa lak..


Last but not least .. Umi dan abah Tanggang pergi ke kapal kolej menghantar makanan (sementelah anaknya tak balik rumah kerna perlu mentela'ah as exam is araun d koner). Yang bestnya makanan tu bukan Umi dia yang masak, kah2.. tapi kakak pada Umi dia yg duk Sewemban tu yang masak - nasi beriani + kambing masak merah (6 pot nasi share dgn Teh..).
'
Sebelum bertolak, siUmi bertanyakan pada anaknya "nak makan share dgn kawan2 ke?" .. jawabnya "tak tau lagi sebab T sorang dalam bilik". Dengan kemudahan teknologi masa kini, T menyarankan siUmi me-mms sebekas gambar nasi padanya (just to give an idea nasi tu cukup untuk berapa orang) .. "nasik nih cukup untuk 2.5 orang" bitau siUmi (yang by that time dah letih asyik bersms/mms aje. Nasib baik 'orang tua' tu celik teknologi, kan kan?).

Dipendekkan cewita .. T anak bertuah tu bukan makan sorang diri, bukan berdua atau bertiga TAPI berempat. Alahai kesiannya, mesti tak cukup budak2 tu makan tapi apa nak kata, dah rezeki macam tu, alhamdulillah. T merepot "licin Mi..." dan "nanti T balik Umi masak tapi nak lauk kormak". Ehh..ehh..ehh..
.
Diharap barakahnya dikongsi bersama .. dan diharap pahala yang Ndja terima diganda2kan, insyaallah.

Friday 4 December 2009

kejap dah jumaat ...

Salam ...

Masa cuaca sejuk macam sekarang nih, bukak kipas siling manja2 kat no. 1 pun dah cukup. Tak pernah kipas tu stagnant kat no. 1 masa waktu panas. Pada hari2 biasa kipas siling tu mesti dipintal ke no. 4 (max. 5), almost non stop.

Kalau ada no. 6? Pintal jangan tak pintal (teringat plak kat roti pintal warna warni I pernah buat dulu), tapikan tapiii kipas siling tu takat no. 5 aje which depending on the situation, I forbid D&T memintal ke nombor tu (sori eh, I ni from the old school, bila sedap2 syakap Melayu, tetiba timbul berspeaking plak. Bukan silap I .. silap penjajah).

Bila kipas siling berpusing macam tak mau (apa nih? kalau tak mau dia tak berpusing langsung kan? Bahasa Melayu ni best taw. Boleh tahan me-nge-li-ru-kan juga). I ulangi: Bila kipas siling berpusing macam mau, TB mesti komen "saperlah bukak kipas macam nak tercabut nih?".... "you jangan tak tau, bila kipas tu baru dilap, ligat dia memang helikopter kalah" (the ever defensive statement dari I). And for that matter, bila kipas siling berputar cam helikopter nazak, masa tulah D&T tak dibenarkan pintal ke no. 5 for obvious reason. Degil/pintal kalu .. I akan jadi garang lebih garang dari 'ibusinga'.

This is my breakfast on this chilly Friday. 1/2 portion of instant jejemput bilis (1/2 already fried yesterday) dicicah with kuzi gravy .. Oh dear... tak pasti usia kuah kuzi tu .. haha, janji got something to cicah2 with. I guna garpu (lecehlah kalau jari berminyak) jadi senanglah my jari jemari menari2 atas kibod (sambil makan sambil berkarya gitu, yayaya..).
Haaaa .. ni DIA! Menda tak bernyawa nih boleh buat I naik darah, naik angin dan keluar angin (eh, mana boleh tanya 'kuat' ke 'pelan' kan? P&C taw). I makan lebih sikit tu sebab nak kompol tenaga lebih, biar terus angin I naik. Ntah mana silapnya .. server ka? broadband ka? I ka?? Sebelum nih TB letak mende tu kat bilik atas tapi baru minggu ni beliau bermurah hati dan setuju letak mende tu kat bawah (geram punya pasal, takmohlah sebut nama sebenar mende tu).
.
Kalau dulu, bila tenet sangkut2, I turun naik tangga ntah baper kali to on/off kan suis (namun I tetap tak kurus), tapi sekarang I gerak 3-4 tapak aje untuk on/off suis BUT does that make me any happier??? You bet .. rasanya lagi senanglah I LEMPOR mende tu kat luar!!!! <- sigh.. sedap rasa hati bila dah lepaskan steam didada .. astarghfirullah (sambil usap2 dada yang berombak2, auww) .. namun I tetap bersyukur dengan rezeki yang ada (statement tu perlu ditulis sebelum you all ngadu kat TB kata I tak reti bersyukur ke apa ke ... menci aah ngadu2 cam tuh).
.
Oh yaa, Teh n da geng dah balik dari bercuti. Baru habis yang tu, dah plan nak gi Spore pulak. Kali ni Ndja join sama dan dan dan ... T pun dah me-ngin-ja-ngin-ja nak ikut sama. I? (sambil pandang kekiri kekanan keatas kebawah menunggu diri sendiri beri jawapan).
.
I kena think twice. Jiran terdekat nak buat kerja kawin, jiran seberang pun gitu dan end of the month I dapat jemputan 3 hari (tapi tidak 3 malam) bermula dari katam Quran, nikah dan reception.
.
POKOKnya sekarang ................ nak pakai baju apa, baju mana, rona apa??
.
P/S: "hahaha" kat diri sendiri.

Wednesday 2 December 2009

I memang keji ...

I dah berjanji pada diri sendiri (dan pura2 berikrar depan TB), I tak nak jadi kawan setan yang suka membazir tak tentu pasal, tapiiii apakan daya ...
.

Teruja dan terkesima tengok Mami masak sup labu
Mami, Mami .. does my soup look like yours??
jangan tak tau, lepas yang atas tu melawat dustbin
I beli lagi satu tapikan tapiiii ...
malang tak berbau
.
.
Kesian dah bonyor tapi ada artistic value kan?
Ndja gave me this so she should share half the sin, haha
.
.
Teh gave me the kembar ones hoping that I'd get twins
"biar betul Teh tu"
Thot of making lempeng but ...?
.
.
they look so nice n pretty
you must have thought cik Som dah buat kueh ke apa
but as fate would have it
malang sentiasa tidak berbau
.
P/S: Posted under Hobby. Memanglah keji..