Tuesday 31 August 2010

21 Ramadhan ... Merdeka!!

Merdeka diucapkan pada Mak Andeh yang terlupa bawak wallet ke supermarket petang tadi, har3. Boleh I tertinggal wallet kat rumah walhal itulah bendanya yang I pegang just before I keluar rumah. Somehow bila I sedar pouch yang I bawak ringan aje, masa tu jugaklah T call beritau hal yang sama.

Masa tu cuaca amat tidak menggembirakan. Anytime aje mesti hujan lebat namun semangat Ramadhan dan Merdeka masih utuh. Dalam pada tak berduit, ada hati reserve beberapa jenis kueh .. putu piring, keria, kueh dadar dan pulut panggang. I dah kenal cik kak yang menjual tu so I tak rasa malu. Pastu I terus ke supermarket beli apa yang patut dalam mode 'fast forward', kekdahnya. Tinggalkan barang2 dalam troli, bitau pekerja kat situ I balik kejap ambik duit.

Nak kata aksi I petang tadi mengalahkan Schumacher tentulah too over a statement tapi I dapat rasakan adrenalin I naik turun, pecut kekdahnya tu. Sebaik I tiba depan rumah, hujan pun turun tanpa segan silu. Well, that was good enough for me, alhamdulillah. Janji I tak drive masa hujan lebat dengan dentuman petir dan kilat ... nehi !

T patut balik ke kolej pukul 4 ptg tapi dah hujan lebat cenggitu, dia tunda balik kesana lepas berbuka. I tak berapa hepi kalau dia drive malam sensorang. Anyway, bila I tanya nak makan apa? "Nak makan nasi beriani, lauk daging transparent dengan acar". Masakkan juga maklum dia dah sebut. Kesian pulak. Sempat juga bawak bekal nasi dan lauk cukup untuk dua orang bersahur. Dia bawak sekali 4 ketui sata yang dibeli kat bazar semalam.
.
Beriani daging tanpa herba2 wajib

Udang mentiga & bawang goreng

Acar warna-warni

Merdeka yang keberapa2 pun, I tetap ingat Merdeka yang ini dan semestinya ketika menyambut Merdeka di Kota Tinggi. Merdeka then was full of formal activities. Ada perarakan dipadang depan rumah dimana Bak n Mak mengiringi dot3, ada majlis diKelab Air Bah dan yang paling best ada pertunjukan speed boat kat sungai tersohor Kota Tinggi dan pertunjukan 'tatu' kat padang depan rumah juga.

Pertunjukan 'tatu' dimana anjing2 askar turut sama beraksi. Sedihnya Mak tak benarkan I ikut sama ke padang, dapat tengok dari kawasan rumah aje. Mak kata anjing2 tu bahaya sebab tengok aje kita bergerak, dia akan kejar dan gigit kita. Masa tu I masih comel-mot, akur aje not wanting to take the risk of an Alsatian sengam betis I yang mulus. Malam harinya bila Bak n Mak kemajlis apa ntah, Ngah jadi baby sitter pimpin I ke padang depan rumah beli putu piring warna kuning.



Dah tak terpandang lagi putu piring warna kuning. Dah pupus kot?

20 Ramadhan ...

T dah merengek suruh temankan ke AM nak beli buku. Dapat harga murah kalau beli buku kat situ. AM tu jauhlah juga wpun masih dalam PJ. Samada T atau I sendiri yang drive, I tetap tak suka sebab terpaksa lalu FedHiway. Tension I!

Besar tapak tangan niru I tadahkan bila TB offer nak pergi sama, alhamdulillah. Kebetulan dia cuti sehari ada urusan diSA dan nak balas tidor tentunya (sebab lewat balik dari rumah Ngah malam sebelumnya).

Kita bergerak lepas Zohor. Sampai destinasi hujan turun dengan lebatnya diiringi halilintar seakan2 mau membelah bumi. Gerun I dibuatnya. Turunkan T dulu sementara nak park kereta tapi dah hujan lebat gila maka duduklah kita berdua2an dalam kereta menanti hujan reda. TB sempat had 40 winks manakala I mengira jari setiap kali LRT lalu atas kepala. Nun disana terpampang iklan AnW sebesar alam... ishhh.. buat meleleh air liur orang aje..

I beri T masa sejam untuk selesaikan misinya tapi 1/2 jam kemudian bila hujan renyai, TB n I berlari2 anak kijang masuk ke AM.

Hasilnya?? T beli 2 buah buku dan sepasang baju kebaya maroon, auwww. T tanya "Umi tak nak beli jubah ke"? Sigh.. if only that jubah selesa dipakai dan tak nampak cam I preg 9 bulan, I'd consider. Tapi tau punyalah, dah dapat gambarkan how awful I'd look.


Dari AM terus ke bazar Sec19. Beli juadah berbuka dan bersahur sekali. Meriahlah sket - Beriani daging n cream caramel (TB), mee rebus n 2 pcs akok (mine), k.tiau gor n cempedak gor (T), popia n ayam percik (D). Untuk sahur ada kebab daging/ayam (+leftover ayam percik). Sempat juga masak nasi dan sup kentang/telur nanti tebegik plak makan lauk tak berkuah masa sahur tu. Oh yaa, beli putu bambu dan sata untuk makan berempat, hehe.


Komentar: Mee rebus yang rasanya langsong takde aura mee rebus. I makan 1/8 aje dan selebihnya... tst ajelah. I tak tau sata nih ada yang rona putih dan gelap. Oleh kerana kegelapan ronanya, tekak I tak moh teWima. So now, dalam esbok ada lagi 4 ketui..

Monday 30 August 2010

(remnants of) 19 Ramadhan .. JJBP

Kesian dengan nasib washing machine dan vacuum cleaner. Diorang pandai bersihkan nih, bersihkan tu tapi terlepas pandang untuk bersihkan diri sendiri. Kesian ek?

Barulah rasa puas hati dan yakin dengan segala basuhan yang keluar dari washing machine tu terlebih bersih dan suci dan wangi dari hari2 sebelumnya. Nasib baik selut aje yang ada; kalaulah ada saki baki tulang temulang dan tengkorak cicak yang terselit kat situ, haishhhh.... Mau aje I beli yang baru (stetmen lepas geram), heheh.

Selama nih I tak tau skru tu boleh dilonggarkan untuk bersih2kan tempat 'selut' tu. Ada sesiapa yang rajin, pernah buat kerja tu tak??


Kipas wm yang banyak berjasa

Tempat pembiakan 'swamp thing'


The best lepat pisang ever!


Long's cream caramel - thedap!
.
Manis macaam ...... I? BBPJ

Majlis berbuka puasa kat rumah Ngah berakhir dengan perut buncit perasaan seronok macam dah raya tapi dulu kata tak suka raya ek?, haha..

Batalkan puasa dengan air sirap bandung bersoda dan kurma, solat Maghrib dulu pastu barulah bateri dicaj full swing. By 9.30pm solat Isyakdan solat Terawih pun selesai. Sebak dihati bila dengar A berkamat. Cucu Bak tu, Bak mesti suka.. Bertambah sebak dengan doa yang dibaca oleh Imam (yang manis tu, auwww).

Hidangan juadah melebihi had meja, macam2 ada. Pemanis mulut.. lepat ubi/pithang, cream caramel, lengkong santan, akok, lempeng pithang, kek coklat, kuih kusui, tapai, buah2an dan biskut raya (nak enterfrem jugak dia nih, ishh).

Lauk2nya: nangka/babat masak lemak, daging kicap, ikan bakar, samtum udang, sambal gor, udang/ayam gor, sayur kailan/kangkong/peria dan ikan masin.

I terpesona dengan semua lauk2 tu namun untuk menjaga keharmonian lelemak yang ada, I amalkan sikap ala kadar semasa penuhkan pinggan *bbplb*.

Alhamdulillah dapat tapau 3 lauk untuk sahur dan seplastik lepat pithang, heheh. Macam tau2 aje kita tak masak dan esbok kita kothong. Love you Ngah. May Allah bless you and family.

Last year JJBP

Sunday 29 August 2010

19 Ramadhan ... hal WM, free tumblers n JJBP

Plan nak keluar beli barang dapur terkandas sebab sengaja dikandaskan, heheh. Since hari nih banyak basuhan dan sang mentari bersinar as if there's no tomorrow, maka I bertindak cerdik just to stay put at home memantau basuhan hingga garing.

My WM yang baru 5 tahun berjasa tu dah mula mengada. Tak pernah I alami atau tengok dengan mata kepala sendiri kipas yang tugasannya memusing2kan baju tertanggal. I thot benda tu dah diskru mati takkan tercabut sampai hari kiamat bila2 tapi rupa2nya my thot meleset.

Mula2 cemas gak.. owh tidaks .. dahlah siSharpie gering, nih WM plak buat hal. I tutup switch dan ketatkan semula skru pada kipas dengan jari jemari aje tak guna skrudrebar. Hal nih terjadi 2 minggu dulu tup2 baru kejap tadi skru kembali lohei @loose. Waah, takleh jadi cenggini.

Instead of diskru semula kipas tu, dengan gagahnya I terus angkat benda tu aje. Badang sudah datang, kekdahnya har3. What do you see? Eh silap, what do I see??? OMG! Kat bawah tu rupa2nya dah berselut you, yukkkkh. No wonder selepas basuhan dikeringkan, I perasan ada cebisan kotoran melekat pada baju. Kat situ rupanya perilaku salah berlaku, heh!

I pun apa lagi. Berbekalkan berus dan berus gigi terpakai, I gahar lantai WM tu. Nah kau, puas hati, all the selut melut hilang dengan jayanya dan bersumpah tak nak datang lagi, ngeh3..

Petang nanti semasa you all sedang sibuk2 didapur (eh3), I plak mengelat JJBP kat rumah Ngah yang bermurah hati menjemput adik beradik, ipar duai berbuka puasa disana. Yabadabadoooo ... Diharap sangat2 TB tak sesat kali nih. Camana kalau sesat juga? Besuk I pindah KL *serius nih*

I ada masalah penempatan penduduk asing @ free tumbler. I dah insap, tak nak jadi hoarder w'pun I hoarder berhemah (sendiri ngaku tak salah, kan?). I nak kosongkan my cabinet tak nak simpan benda2 cam tu namun tiap minggu bila TB beli kopi 6-in-1 dia yang power tu (auwww), maka terkumpul lagi 2 dan 2 dan 2... Koleksi sekarang dah mencecah <> 12. Tak boleh tolak tawaran percuma tu sebab kopi dan tumbler dipeketkan satu plastik.

Note: JJBP = jalan2 buka puasa

Saturday 28 August 2010

18 Ramadhan ... mishap JPDS

Terasa nak makan murtabak Victory masa berbuka tadi tapi tak dapat sambutan dari pihak atasan. CEO tetap nak makan nasi jugak! Dalam freezer ada 5 ketul dramstik, 2 keping daging dan 5 ekor sotong. Camana I nak bagaikan?

1. Cadang nak masak nasi berperisa eg nasi mentega atau nasi tomato.
2. Mana satu? ayam gor atau sotong salut tepung atau begedil.
3. Kalau buat begedil, dah takde daging nak masak kormak
4. Kormak daging atau ayam? Ayam cepat empuk ..hmm..
5. sotong salut tepung atau samtum sotong, biar ada lauk pedas sket
6. Sayur? tomato/timun jer ada = acar

Chef lepasan mana yang banyak songeh tu? hek3. Minda Chef @SAHM or LOL or WM sentiasa bergerak/berfikir. KAMI bukan suka2 banyak songeh tapi kami ingin pastikan the end products of our air tangan mesti dinikmati oleh semua ahli keluarga. Buat apa masak penat2, atau masak lauk beranika jenis untuk selera sorang aje, tul tak?

Beriya2 gempak merancang, apanya yang I masak tadi tu? Dengan humblenya dimaklumkan, I masak nasi putih jer, kormak ayam, samtum sotong, begedil daging dan ikan masin.

Semalam I janji nak tampal gambar JP malang. Syaratnya tak boleh gelak, never never (gelakkan I). Senyum kambing dibolehkan tapi no sinis2, okay? I kecik ati kang.


Dwi warna?
.
tadaa....


Har3 .. JP dayang senandong (JPDS)
(chef tersohor terlupa dia sedang menggoreng JP)
TB tolong habiskan JPDS .. baiknya dia, kan kan?

Note: StayAtHomeMum or LadyOfLeisure or WorkingMothers *wink* to AB.

Friday 27 August 2010

17 Ramadhan ... J. Pithang

J.Pithang? Siapa tu? J. Pithang is my buah hati pengarang jantong sejak dulu lagi, even before I met TB. Dah I nih so rapat with J. Pithang maka I panggil dia JP aje. Nak berkenalan dengan my JP tak??? Ngeheheh.. tadaaa..!!

JP on a flying saucer hence the blurry effect, heheh...

Dah 17 hari berpuasa, JP ajelah yang mampu hiburkan hati I. Dah 2 kali I buat, 1st time was 3-4 days ago. Gorengan pertama macam OK aje tapi gorengan kedua termishap plak. Nanti besok lusa I tunjuk gambarnya TAPI JANJI jangan gelak hilai. Senyum simpol jer boleh.

JP yang kat atas tu I goreng kejap tadi pukul 11, dapatlah 15 biji. TB makan 2 aje dan selebihnya .. tssk.. janganlah tanya I *buat2 pandang kesiling* (konon tak bersalah).

Sunyi malam nih. Terasa nak dengar radio pulak. Warga keemas2an cam I nih lebih gemar LiteFM. Lagu lama2 memang mengusik jiwa *sigh*, tulah malas nak dengar tapi nak dengar juga, hehe. Oh no! baru aje cakap, Mandy is on air now... aarghhh... that was and still is a killer song.

It reminds me of my fikiran yang amat bercelaru then. The time when I was about to leave my comfort zone. The time when I left Bak, Mak, my pets and JB for greener pasture. Was that the best decision that I've ever made so far? If only I could turn back time ... Well you kissed me and stopped me from shaking.. and I need you today oh Mandy Mak n Bak. Miss u both!

Subuh tadi masa baru nak bersahur, D balik rumah dengan muka cuak. Tetiba dia tanya ada halia dan bawang putih tak. Rupanya dia kena sengat dengan ikan duri (baru balik memancing di Pulau Indah) jadinya halia dan bawang putih nak dijadikan penawar. Umi jugalah yang kena buat, tak gitu? I tumbuk D halia dan bawang putih pastu lumurkan ketempat kena sengat.

D masih cuak "Mi... boleh mati tak?". Bila I make dono aje (walhal risau gak) dia terus mengadap ayahanda mintak $ nak ke klinik. Pergi klinik-24jam, doktor beri 2 jab .. satu untuk tetanus dan satu untuk 'venom' (sorilah kalau silap ulas, heheh), Duit yang dibawak tak cukuplah pulak; so terpaksalah dia balik kerumah ambik duit lagi.

Rasa takjub dengan rezeki manusia yang Allah rancangkan. Tetiba aje doktor tu dapat $, dan kita hilang duit cam tu aje (so to speak). D perlu dalami ilmu memancing ...

Thursday 26 August 2010

16 Ramadhan ... yabadabadooo....

Sebagai mukadimah, for sekian lama tak dapat menampal apa2 gambar, I bayar niat malam nih, kekdahnya. Tampal dua dulu ...


Julung2 kali D mintak I masakkan tempe. I pun heran. Sejak bila dia suka tempe? Setahu I, D & T memang tak suka dan tak makan tempe. I kasi chan kat diorang aje sebab masa I genit2 cam diorang dulu, I pun tak suka tempe. Over the years, baru I berbaik2 dan berkompromi dengan rasa tempe yang kadang2 rasa off sket tu.

D bukak rahsia camana dia tetiba suka tempe. Hmm.. sejak dia dan kawan2 makan ayam penyet rasa kecintaan dengan tempe bersemi, kekdahnya. D kata kawan2 ayam penyet tu, tempe, timun dan tauhu bila dimakan dengan sambal merah dan hijau tersangatlah pergggh rasanya.

I gumbira, syukur alhamdulillah. Senang sket kerja I bila masak tempe berkicap tu sebab boleh makan 3 orang, tapi ada pulak cerewetnya.. D suka tempe yang digoreng aje. Tempe masak lemak .. nehi janggeli kahe..

Yanadeiii tambi!!

16 Ramadhan ... kerana kasih ...

2 hari lepas I kerahkan D hantar oven/mw ke kedai KLL untuk dibaiki. Kena bayar deposit RM10 for consultation. Kalau oven boleh dibaiki, deposit akan dicampurkan sekali dengan harga upah. Katalah harga upah RM800 maka I perlu bayar RM790 saja lagi. Deposit dikira hangus jika oven tu ditakdirkan pendek umurnya, booohuhu .. I nak nangis!!! Tak sanggup bercerai mati cenggitu..

Psst ... harga upah RM800?? har3 biar betik ... BBPJ!

Dah 16 Ramadhan, semangat membaking kian meresap dijiwa, I berharap sangat2 (harapan yg begitu luhur) oven tu boleh digunakan pada awal minggu depan. Kalau tak membaking, boleh gak guna fungsi mw untuk angatkan lauk time sahur atau paling koman, boleh guna untuk semunyikkan lauk, kah3 keji.

Katanya mw tak bagus diguna untuk angatkan makanan tapikan tapi, kalau mw tu tak bagus, nape tak diharamkan aje penggunaannya..., kan?

Long tanpa Ah @ bos kedai repair oven (kipas, tivi, radio, wm, mw, fridge) baru jer call beritau berita gumbira (BG) dan berita buruk (BB). BG, oven tu boleh dibaiki tapi, heheh .. where got free thing in this world, kan?? Maka BBnya, Long tanpa Ah kata overall upah termasuk harga alat ganti taklah mahal sangat.. beri jer kepulan kertas biru 5 helai - tak kira yang ada gambar pelantar minyak atau gambar TAR melaungkan 'merdeka'. Sama aje nilainya tu.

Oleh kerana rasa kecintaan kat Sharpie, I terpaksa setuju dengan harga yang ditetapkan oleh Long tanpa Ah itew.. Tak tergamak nak bitau TB sbb gua gerun beb. Dahlah hari nih keta kecik dihantar servis, mau habis berkepul2 juga tu. Nebermain, I guna wang saku I dulu (yg I semunyikkan kat celah2 ehem). Besok2 bila mood TB baik dan bila mood I baik, barulah I bitau.

Kot ada yang nak tau perkembangan I sejak hp Wolverine hadir dalam hidup I .... *sambil giggle katop mulut*

I dah berhenti mentelaah manual w'pun belum boleh grad lagi. Ada kalanya cara trial n error aka bo aje, lebih berkesan. Malu nak cakap kuat2 tapi dalam diam I dah mula selesa dan bibit2 chinta dah mula menyerap kejiwa, auww. Kalaulah I tau betapa pandainya syoknya guna hp yang berselirat dengan fungsi yang menakjubkan tu, dah lama I sambut pelawaan TB lebih awal lagi.

Psst .. menakjubkan sangat? hahaa.., adalah sket.

Tiap hari ada jer I discover samting tapi yang paling seWonok bila boleh hintai dan hendap kat blog2 menerusi Wolverine. Aaah, nikmat donia! Orang lain mungkin dah tak heran lagi, tapi I masih terkesima cum jakun, okay?? Bila T balik rumah last weekend, ehh.. pandai aje dia menukang si Wolverine. My ringing tone dah diubahnya dari tune ntah apa ke lagu Justin Bieber pulak. I tak minat anak cik Bibah tu tapi thedap gak lagu Baby tu ek? .. hehe. Lagu Somebody to Love pun ada, boleh??

Kononlah nak kata kami nih sehati sejiwa (sesuai dijadikan guest kat program SehatiSejiwa kekdahnya), tup2 TB tukar ringing tonenya dengan lagu Baby jugak. Nape nak tiru2 nih? ngader betul taw. Kalau sesaper terdengar lagi Baby kat mana2, jangan sangka bunyi tu datang dari henpon kitorang plak, heh?

Tapi semalam I dah buat barter trade dengan TB. I mintak lagu Buti n Debis plak dari dia. I sker lagu Celine tu cos it reminds me of Bebola (only Mama knows who Bebola is..kih3).

Wednesday 25 August 2010

15 Ramadhan: Hening malam .. owh so syahdu

Dari FB I terus ke verandah Fa. Volume laptop yang selama2nya ditutup rapi, pagi nih plak dibukak luas.

Berikut adalah catatan 'short hand' dari seketeri pensyen ... (cam nak gila jari jemari berselirat mengetuk abjad, kah3. Sambil dengar lagu sambil menyalin senikata). Kalau tersilap kopi lirik, mahaplah ya? almaklum ...

malam
bila rindu ku bertambah dalam
kau datang lagi dengan kenangan
owh betapa dinginnya malam ini

kasih
bila malam ku bertambah kelam
seribu kisah melintas mata
dan malam ini sungguh mencengkam

bila malam
tiap kali ku pandang semalam
resahku sering menjadi dendam
hatimu ku rasakan dingin <- sungguh meruntun

dan malam
adalah masa yang membawa kesan
pada diriku yang kesepian
kini ku tenggelam
dibawa alunan ombak malam
owh malam

bila malam tiap kali ku pandang semalam
resahku sering menjadi dendam
owh hatimu ku rasakan dingin <- meruntun okay??

dan malam tika dikau dapat bicara
katakanlah pada hamba <-mendayu2 gitu
mengapa dia pergi
membawa hati ini
owh mengapa <- jawab.. mengapa??
malam

Nilah salah satu sebab I MUTEkan volume laptop. Tak nak terdengar lagu2 syahdu such as that! Patutkah I saman Fa? I lalu jer kat verandah dia terdengar suara MN berkumandang owh so syahdu sekali. Lama I semunyik belakang cik LaVina menghayati bait2 lagu tu, haishhh.. tak sker tak sker tak sker (hatta suka bukan main. Thanks Fa ...).

I saja mutekan volume bila lalu lalang kat garden Ja. Kalau boleh tak nak dengar apa AM luahkan .. I menciiii bila I termelonkolik cenggini (ekceli sukerrrrrrrr tapi mencii, menciii tapi sukerrr).

Fa, todate dah masuk 8 kali lagu tu berkumandang. Agak2 masuk ke 50 baru I setop.

Nota penting: Sedap2 suara orang Cancerian menyanyi ekkk? kih3 jangan jelezz..

Sunday 22 August 2010

11 & 12 Ramadhan ...

Kek buah kukus - Gambar 2 tahun lepas

Orang tu kata I nih senang aje nak tidur. Cecah aje kepala atas bantal, teruslah I berhijrah ke slumberland. Rasa macam nak pertikaikan 'tuduhan' tersebut tapi biarlah dulu...
Selalunya lepas solat subuh, I tak tidor lagi, tak kira bulan puasa atau tak.
I nih 'morning person' maka I suka mulakan hari seawal mungkin.
Katanya rezeki datang berbondong2 diwaktu pagi, kan?
.
Kadang2 tertidor juga atas sejadah dengan telekong tak nyempat2 ditanggalkan (muslimah contoh kekdahnya kah? kah3). Tidor tatkala pagi masih hening tersangatlah syahdu dan nyaman aje. Lagi syahdu kalau bermimpi naik tikar terbang terus jumpa Aladdin.

3-4 hari lepas my sista Ndja telefon adik dia. I lah tu, ngeh2. Mula berbual aje I dah siap labuhkan seluruh badan (like the whole body mass) keatas 2-seater sofa. Jom bayangkan badan yang muat untuk 3-seater tapi dipaksa penuhkan ruang 2-seater. Kaki yang terjuntai dibengkokkan sket. Sofa pulak bukan calang2 sofa. Kalau disamakan umur sofa serupa umur manusia, 2 tahun lagi sofa tu boleh amik peksa PMR. Selagi tak koyak, bertahan ajelah ek?

Berbalik pada perbualan Ndja dengan I tu, beriya2 dia bercerita dan I dengar beriya2 juga. Senang hati kan? Berbual sambil berbaring, guna hp 'baru' plak tu, auwww...

Tup tup ...... ehh?? Melompat I dari sofa sempit. Rupa2nya I terlena beberapa minit; si hp cap Wolverine dah senyap sunyi. I pun sms Ndja "ya amfun... terlelap tadi" ... "YaAllah, dah terjadi dulu", kata Ndja mengingatkan insiden keji yang pernah terjadi. Sama dasyat, I boleh terlelap bila bersms pastu duk heran whylah orang tak balas sms I, kah3.

11 Ramadhan:
I melawat ke bazar buat kali kedua kononnya nak temankan T aje. 'Konon' menjadi realiti, kempis wallet I dibuatnya tapi berbaloi sebab I beli lauk sesuai untuk bersahur sekali.
Apa pun, perlu proaktif dimana juga kita berada (tip berharga nih) tapi mencii aah, masih tak jumpa lontong kering yang I idamkan tu.

Tart Nenas - Gambar 2 tahun lepas

12 Ramadhan:
Sebelum ke Mydyn untuk beli barang2 dapur, I hantar T ke Summit dulu; ada aje hal budak tu ek? Tak sanggup rasanya nak masuk Mydyn dengan keadaan hingar bingar dipenuhi manusia memborong pra-raya. Pa'kal sebab nak ambik kueh raya yang dioder dari satu kedai tu untuk Ngah n Teh. Since shipment tart nenas belum mendarat dari JB lagi nampaknya terpaksalah I redah sekali lagi kesitu bila shipment tiba.
Aaargh.. nih yang malas nih!

Tak sanggup lama2 kat Mydyn dek manusia yaRabbi macam semut, I beredar terus kesupermarket kecik dekat rumah. Kat sini best sket sebab I boleh beli barang2 eg sayur in small portions. Hasil laut yang dijual kat situ pun boleh dibanggakan. Celik dan jernih mata ikan2 dan udang2nya. Dari supermarket terus konar ke Summit semula as by then T pun dah siap dengan halnya. Ingat tadi boleh terus balik rumah tapi
"Mi.. T nak pegi Jaiyen kejap".
*exists 'conflict of interest' here*

Petang tadi T kebazar dengan kawannya siap 'berangkut' cucurnya, goreng cempedaknya dan ntah apa lagi. Berbuka tadi I goreng kuay tiau aje dan samsot RADAR khas untuk sahur. Dari puji2an yang melata didengar, samsot tersebut adalah yang terbaek pernah dimasak, heheh.
Kejap lagi bolehlah masak nasi dan lauk pauk seterusnya
(did I say lauk pauk?)
*** sesungguhnya BBPJ ***

Khas untuk YatMaria: BBPJ = baca boleh percaya jangan

Friday 20 August 2010

10 Ramadhan ... projek raya no. 1

Projek siang tadi ialah bertempur dengan baju2 yang dah lama dibasuh bersih. Nak cakap backlog rasa malu plak tapi lebih kurang gitulah maksudnya, kih3. Mana yang patut dibuang, dibuang, yang patut dilipat, dilipat dan mana yang patut digantong, digantong tak bertali. Kerja cam nih memang no big fun tapi kalau kita ada passion (ada ke?), insyaallah at the end of the task, donia nih terasa owh sungguh indah sekali!!!

I ada isu dengan penyangkut baju (PB) @ hanger yang dijual dipasaran. Perasan tak yang dijual tu ukurannya kurang lebar. I baru jer ukur PB guna my jari jemari yang comel2 nih. Alahai, lebarnya cuma 2.5 jengkal aje walhal ukuran yang afdal pada pendapatan I patut ditambah lagi .5 jengkal = 1/2 meter.

Rakyat Malaysia bukan macam dwarf lagi, ketot metot. Ramai dah berdada bidang sebab tak henti2 exercise di JIM angankan 6packs (maklum kalau duduk dicondo/apartment, fitness centre ada disediakan, kan?). I yang duduk kat rumah atap rumbia pun ada fitness centre kat belakang rumah tu tapi tidaklah disediakan untuk I, har3. Ada satu peristiwa berlaku di Fitness center belakang rumah tu, between yours truly and the yoga instructor, hehe.. malus gue).

Kalau pun dada tak sebidang mana, lain2 bagian badan tetap bidang ukurannya. Macam I nihaaa. Kalau dulu baju2 I boleh aje guna PB untuk budak2 bawah 12 tahun tapi sekarang ??? Kalau blouse saiz 40 keatas, alang2 guna PB yang pendek tu, baik guna kayu mop aje, wahkahkahkah.... keji!

Kalau hantar baju kat laundry, ada harapan dapat PB ukuran lebar tapi I nih pulak (almost) tak pernah hantar baju kelaundry (fobia kekdahnya). Bila TB beli baju kurung Melayu, dapatlah 1-2 PB lebar foc! (TB PB TB ... ish, konpius I, mana satu lamalifkafya I?? Haa, TB tu lokek taw.. dia selalu kata "tu hanger I". Eleh... benda lain tak lokek, takat hanger tu? I petik sekali, 10 datang terkedek2 nanti , okay? .. cakap sorang2 sambil lepaskan angin pus2! ooopsy!!

Sambil melipat sempat juga tersenyum bila terpandang 'boxer' milik Sr dan Jr. Camana nak tau mana satu boxer masing2 punya sedangkan rupanya serupa aje (w'pun saiz ada beza sket). Alhamdulillah, Sr being smarter and wiser than Jr siap lakarkan initial dia besor2 untuk membezakan HAK, kah3. Sr meant business sebab dia guna dakwat 'kekal' kononnya tak luntur tahan sampai 88kali basuhan, ngeh3.

Bagus juga cara tu, taklah I konpius bila tiba masa me'file' masing2 punya hak dan si Jr tu jangan buat2 tak paham atau tersilap pakai dengan alasan "tak perasan/tak tau/tak nampak", yanadeiii tambi!!. As for the two ladies.. one old and one young, diorang berdua tu memang TAKKAN silap punya.

Imagine the young one tersilap pakai the old one punya and vice-versa. Muahahaa.. I dare not imagine! Memang takkan terjadilah, tapikan tapi.. kih3 .. the young one boleh tersesat masuk territory Sr n Jr .. "eeeh T, boxer saper yang T pakai tu?". Selamba aje dia kata "pinjam kejap".

Teringat masa my abang2 masih bujang sunti dulu. Ada kalanya Mak or Chik mintak tolong angkatkan baju dari ampaian. Diorang boleh angkat semua baju melainkan 'suar n braziar'. Berkira betul diorang tu walhal diorang punya dot3 kitorang yang basuhkan pun waima WM yang buatkan. Mak n Chik mesti sound "ngada2... blablabla..." <- yg bermaksud nantilah ko bila ada bini nanti, hehe..

What did I have for iftar? Hmm, bila sebut iftar, terasa macam bukan berpuasa kat Mesia plak, hehe ngada jer. I bermalas2an, dah pukul 6 masih tak masuk dapur lagi. Ingat nak makan roti aje tapi mood malas tetiba jadi rajin bila D konfirm berbuka dirumah dengan sorang kawannya. Lepas sejam pungpang2, cam biasa siaplah 3 lauk. DMK+K, TD beranika dan STIB. Betapa hepinya I sebab dah termasak lebih untuk sahur sekali, alhamdulillah.

Nota: Kot 10 tahun dari sekarang editor Al-kisah sendiri terlupa apa mendenya DMK, TD n STIB tu maka perlulah disisipkan maknanya. DMK+K (dagingmasakkicap +kentang, TD beranika (telur dadar +tomato), dan STIB (samtum ikan bilis).

10 Ramadhan tahun lepas.

Thursday 19 August 2010

9 Ramadhan ... misteri ..

Overall I nih penyabar orangnya (cewahh) tapikan tapi bila I mula berkarya, kalau ada gangguan dari anasir sabersib seperti nyamuk atau semut, I memang terasa hangat dihati. Dah bitau dengan bahasa badan suruh pegi jauh2 tapi diorang macam tak paham plak. I dah berjanji tak nak jadi pembunuh bersiri, pulak2 tu dalam bulan Ramadhan.

Apsal nyamok suka benar nak gigit siku I dan semut plak ... ishhh.. macam takde tempat lain dia nak jenjalan makan angin, nak juga jenjalan kat lereng2 bingkai ceminmata I? Sah, kes dengki. Dahlah dia kenit, sekali jari I swipe dia mesti terus penyek.

Pernah tak tengok orang halau semut dan nyamok main 'syoooh2' aje? har3. TB kata darah I pahit tu sebab nyamuk suka. Eh jap.. darah pahit ke manis yang menjadi kesukaan nyamuk? Anyway, semut dibingkai cerminmata telah diselamatkan manakala nyamuk, well... you kena tanya sama Mortein, heheh.

<> 2-3 bulan dulu, adik I pelawa melawat blog dia. Since blog dia cam ilmiah2 gitu maka tak kuasalah I merapu merapi kat situ. I baca lebih kurang aje (sebab tak paham pun), pastu I lenggang kangkong beredar. Baru2 nih tergerak nak lawat blog tu lagi ... what do you know .. punyalah I terperanjat bila design blog dia serupa cam Al-kisah. I tukar langsir, dia pun tukar langsir juga.

Hadoii, habislah rahsia I terbongkar sebab selama nih Al-kisah beroperasi bawah tanah jer. Kering darah kita dibuatnya tapi alhamdulillah ... I masih boleh beroperasi bawah tanah cam marmut.

Cuba bayangkan dalam banyak2 design yang ada, boleh pulak dua beradik nih pilih design yang sama? Kebetulan atau misteWi?? Dan yang paling misteWI, tulisan kitorang sepuluh beradik seakan2 sama cantik2 belaka. Satu fenomena, kekdahnya. Maybe DDFK boleh leraikan fenomena nih *wink* jangan ditanya siapa DDFK itew, hehe.

Masih tak nampak bayang roti inti sadin bersalut tepung (beras). Berbuka tadi I masak bihun kari. Dalam masa 20 minit siap! Dah sendiri makan, sedap tak sedap mesti sedapkan juga. Kejap lagi nak cuba buat bubur biji nangka... yang nih harus dibuat malam nih juga sebab dah janji dengan TB tadi.

Voice over: Dan jangan buat2 lupa ya CikSom, awak kena masak nasi dan lauk untuk sahur nanti.

CS: Tak nak aah.. kan I tengah mentelaah manual Wolverine nih??

Wednesday 18 August 2010

8 Ramadhan ... nasi gor n 'kero'


I dah tipu diri sendiri. I tak buat pun roti inti sadin tu, hehe. Harus ditunda esok lusa tulat, afterall I bukan mengidam, tsssk. Apa I masak untuk berbuka tadi? I masak nasi ambang goreng dan goreng keropok Ganu mari. Makanlah I dengan gelojoh sopan dan penuh beretika, har3.

Makan sensorang sambil baca manual dan membelek2 hp cap Wolverine. Maklum baru dapat, kan?? Tak sangka I tak berapa faham apa simanual tu was blabbering about maka I ambik jalan pintas. I got a very nice tutor to show me the short cut way, hehe. Credit to D my busyuk2 tu. Oh yaa, why was I eating alone when D is around? Budak bertuah tu berbuka with a friend at Ndja's house...

Siapa tengok drama tv3 @1030pm tadi? Jalan cerita tu especially malam nih punya episode mengimbau tentang seseorang yang I amat kenal. Lebih kurang gitulah ceritanya. Well, afterall dunia nih adalah pentas hidup <- betul ke I cakap nih??

Imagine seorang ibu tak mahu mengaku anaknya dan diharamkan anak tu pijak kaki ke rumahnya. Lebih dahsyat anak tu dilarang datang dihari kematiannya. Very surreal but this kinda thing really happen *sigh*

Agaknya apa terjadi kalau Bak tak setuju I kawin dengan TB dulu? Would I patuh? Would I'd eloped ke Narathiwat? Would I feel sore? Susah nak cakap sebab masa tu dah berlalu lama tapi camana dengan pilihan anak2 I nanti?? tssk..tssk..

Got to stop now .. TB sket lagi balik. Apa gaknya dia makan masa berbuka tadi. Maybe I gorengkan dia keropok tapi I tau dia mesti suka something manis2. Tak cukup ada ba-ya-na-ya yang manis, pandang2 ajelah kat I, kan? kah3.

Owhhhh lemah rasanya ... baru teringat I kena masak lauk for sahur. Kalau takde lauk, makan nasi dengan cinta dan kasih sayang, ok tak? Untuk warga keemas2an mungkin takde cinta lagi tapi kasih sayang masih mantaps.. hahaha.. Daa...

7 Ramadhan ... the demise of 6680

Macam takde benda nak cerita apa terjadi 2,3 hari nih .. well ekceli adalaa cerita cacamarba yang dah dilapah dan dimarinate dalam periuk draft, tapi tulah.. I tak pasti samada ia sesuai digoreng atau digrill buat bbq oleh para cendikiawan sekelian. Tetiba kita terasa malu plak waaak, heheh.

I sedih sebenarnya. Sedih dan ralat bercampur-aduk. My 6680 @hp cap ayam belanda terpaksa dikurung dalam reban. Penggantinya ialah hp cap ayam kokok berbalong merah menyala dan bertaji owhhh sungguh tajam sekali (aka Wolverine). Dia selalu jadi jaguh diarena antarabangsa bukan sekadar jaguh kampong (bahasa terkini = canggih).

Bila kita mula menulis tapi ramai tak faham apa yang kita tulis, sah terang lagi nyata sipenulis tu sedang dilanda duka nestapa. Ya betul, I sedang dalam mode berduka.

Ramai suka guna hp canggih lebih2 lagi dapat free, ya tak? Tapi kalau you tanya I, dengan terketar2 I jawab TAK SUKA (terketar2 sebab 70% sukerr but shy to admit). Belen 30% tak suka .. cuba bayangkan bila kita pindah rumah baru. Macam2 yang kita kena buat dan kita ambik masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Tul tak? Kalau you kata tak betul, sah memang you tak pernah pindah rumah baru, har3.

I tersangat sayang pada 6680 tu. Banyak kenangan indah tak indah bersamanya. Bila 6680 buat perangai yang menaik-turunkan emosi I, TB has to step in kekdahnya. "It's about time you tukar yang lain". Catch word there is 'lain' bukan 'baru'. Dia pernah beli 1 hp jenama CSL tapi kejap aje dia guna. I terkesima juga sebab CSL tu nama I ( L tu nama my fader tapi bukan Lennon or Lenin k?), so bila I guna mestilah cun kot? har3.

CSL tu boleh dengar radio dan boleh juga tengok tivi. But I donolah, I nih taik tivi tapi I just tak minat. Truth is I tak sker hp rona hitam tapi sepatu dan handbag hitam berilah kat I... (psst.. lupa nak uar2kan.. ada orang belanja kita handbag raya taw, heheh).

I masih bertahan dengan 6680 tu dan sabar dengan keterejalannya. I nih memang setia pada yang satu, kih3..... until seminggu lepas TB dah terhangkut satu hp baru cap gajah putih. Dalam situasi gini, siapa agaknya lebih diberi hak terima siWolverine tu? Untuk keharmonian keluarga takde siapa bergaduh n bertumbuk (which D most likely to ngendeng tapi sure tak dapat), maka I diberi hak penjagaan Wolverine! Macam hepi bunyinya tapi sebenarnya tak berapa.

Masa I ngigau tumbuk2 angin malam tu, rupa2nya TB buat lebih dari sepatutnya. Dia bukan aje cari sebab as to why laptop dia tak terima signal dari my hp tapi dia dah nodai big time segala urat sarap my hp cap ayam belanda @ 6680 tu (tapi katanya dia dah transfer segala manikam ke laptop dia which I belum pastikan ada ke tak). I tak kisah kalau nama Obama hilang dari my contact list but when names like Santi, Hasan, Firdaus, Zehan n Aceh have gone missing maka gelap doniaku, kekdahnya.

Since I dah masuk dalam kandang Wolverine maka perlulah I asah kasi tajam kuku2 biar roarr gempak sket, kah3. Berbekalkan buku manual 49 muka surat yang nipis dan kecik aje, I pun mentelaah slowly but surely. Ilmu perlu ada didada w'pun TB dah beri 5-minit taklimat aka hands-on training.

Bermulalah kehidupan baru dengan hp cap Wolverine .. Esok lusa bolehlah I cerita perkembangannya.

Sebagai penutup, haruslah I kongsi sepatah dua kata hal Ramadhan. Baru semalam sempat pergi bazar Ramadhan kat situ namun I keciwa sebab satu2nya makanan yang I idamkan takde dijual. Batang hidung penjualnya pun takde (not that I could remember their faces, heheh). I yang tak minat dengan roti John terbeli roti John. Heran I dibuatnya tapi mungkin dah rezeki sipenjual.

Keputusannya: tak puas hati dan mungkin 7 hari dari semalam I buat lawatan kebazar jajahan lain pulak.

Hari nih TB kerja petang so maknanya dia berbuka diopes dan I boleh ooolalaa sebab tak perlu masak nasi dan lauk2 untuk berbuka. I thot of making roti inti sadin dibenamkan dalam batter tepung beras pastu digoreng deep fry. Nyum... insyaallah mood menyadin datang tanpa kompromi.

Monday 16 August 2010

5 & 6 Ramadhan ... menjala

4 hari pertama puasa I cam sopan aje. Takde desas desus nak terjah mana2 bazar Ramadan langsong (hehe, boleh percaya ke?) namun sebaik aje TB cuti, keinginan tetiba datang menyerang dengan sendirinya. Memang dah rancang bazar mana kita nak lawat dan lebih kurang tau apa yang nak dibeli.

Hati dah berbunga2 dan terbayang lontong kering yang ada rendang, kuah kacang dan sambal goreng. Tak salah kalau tambah 1 bekas bubur lambuk. Manisannya I nak buat sendiri, apa lagi kalau bukan lempeng pithang!

TB keluar merayap dulu nak cari 'baju raya' untuk hp barunya (komain dia tu ehh.. nasib baik hp lama dia wariskan kat I, kalau tak memang dah cadang nak mogok takmoh beli baju raya. TB sensitip bila I tak beli baju raya) dan pesan banyak kali suruh I siap by 4.30. Kita merancang tapi Allah menentukan maka turunlah hujan dengan lebatnya ...

Teringat kejadian ribut topan kat Jasin tu, I cepat2 kensel niat dihati. I tau I berat tapi kalau dah namanya topan, terangkat juga gua beb.. tetiba tersangkut atas pokok Flaming of the Forest.. Siapa sanggup tengok I cenggitu? Tak sanggup kaaanz?

Ishh.. enuf of that merepek!


Selera orang puasa nak makan roti jala cicah dengan kari ayam. Dah selera sendiri maka sendirilah buat. Cepat juga siapnya dengan pemanis mulut tak lain tak bukan lempeng pithang. Seronok benar bila dengar komentar bernas dari T "puasa tahun depan Umi jual roti jala" ... "apsal?" ... "kari Umi sedap" ... "T nak tolong jual ke?" ... "taklah.. ajak D". Whatlaa...

Semenjak TB punya laptop dah berhijrah kebawah (untuk kesenangan I juga), I tak bolehlah sesuka hati melawan boss bila dia sedang on-line. Sampai tertidur dan mengigau duk tunggu giliran I. Al-kisah rupanya dia cuba 'baiki' blutut. Tak paham kenapa my hp tak boleh transfer gambar kat laptop dia walhal dah macam2 cara dia buat.

Pasal ngigau tu, boleh pulak dalam bulan puasa I ngigau hantu dan I tumbuk2 hantu tu tak kasi chan, har3. Sayup2 dengar T memanggil "Miii .. bangun... Umi tumbuk apa tu?". Teruslah tersedar ...

4.30pagi: Sahur dengan 4 lauk (kih3 jangan memain)... lebihan kari ayam masih ada (phewh, nasib baik) so I goreng ikan dan masak sup sayur+tauhu+so'ohn. Lauk keempat (nak kira 4 juga) ialah ikan bilis (ntah kurun keberapa punya..).

Saturday 14 August 2010

4 Ramadhan ... sambal gor


Sesiapa yang teragak2 nak gelakkan gambar hasil nukilan kamera cap ayam belanda, lebih baik jangan... Waspadalah ... anda diperhatikan.. (takde 'har3' sebab kali nih kita memang serious taw).

Hari nih tak terkecuali, lauk tetap 3: SG, AyamG n SotongMK. Secara lahiriahnya I berasa sangat bangga dengan kebolehan sendiri, har3. Bangga tak banggalah sangat tapi kali nih, I punya sambal gor (SG) terasa delicious beyond words. Besok lusa, wallahualam (cakap berlapis nih).

Gitulah hasil air tangan yang kian berubah2. Bila pungpang beriya2 tetiba rasanya cam tak kena aje. Kadang2 tu main lempor2 aje, wah! bukan main lagi lazatnya. Bukannya tak baca bismillah atau selawat tapi tulah dugaan namanya kot? Allah saja nak menduga samada orang2 tertentu yang memakan hasil air tangan I adalah jenis manusia yang reti bersyukur atau sebaliknya. So far alhamdulillah, diorang sedar diri tapi tu tak bermakna tak kedengaran kata2 sumbang langsong).

Baru hari tu I tanya TB "masa nak kawin dulu, you kisah tak I pandai masak ke tak". TB selamberly jawab "dah cinta". Ishhh .. mulalah dia tu nak berguWau senda dipetang Ramadan. Batal kang.. tak pasal2 jer.. heh!

I selalu bitau D n T, I tak minat masak w'pun diorang tau takde lain minat I selain baca majalah makanan, tengok tivi rancangan masak dan adalah sekali dua I buktikan betapa I boleh kalahkah chef 1 (lupa lak nama dia), chef 2 (nama dia Sabtu) atau pun chef 3 (nama dia Fitri), heheh.

Bila I bitau budak berdua tu betapa I tak minat masak tapi I tetap memasak .. sebabnya satu aje iaitu bila namanya tanggung jawab dan tanggung jawab tu digalaskan kebahu kita, nak tak nak kita mesti lakukannya juga tapi lakukan kerana Allah. Tazkirah dari ustajah :-)

Bak akui orang perempuan sebenarnya tak perlu kedapur pun tapi katanya "syurgaa.. syurgaa" ... <- pahamlah maknanya tu tapi tulah keistimewaan manusia yang bernama wanita. Dia seperti lilin, kekdahnya.

4 Ramadhan ... kaput!

Al-kisah 2 tahun dulu ...

Masa Sharpie tengah gigih membakar puding nangka, tetiba dia ter'black out'. Nasib baik juga dia pandai pilih masa nak black out, kalau tak memang tak merasalah I nikmati puding nangka hasil kreativiti air tangan sendiri (heheh, statement 'jual ikan', kekdahnya nih).

I bitau D n T to never kasari dak Sha (nama manja Sharpie). Dulu kita semua take her for granted tapi tidak lagi, kita kena jaga dia bebaik sementelah dia yatim baru baik sakit. Lagi pun realitinya, kita memang bergantong harap padanya (dah.. jangan deny geleng2 paler pulak ehh??).

I seolah2 dapat a new lease of life bila Sha dah sihat. I pastikan penampilannya bersih dan sentiasa harum dengan wangian 1 drop perfume Vanilla yang tersemat kat tengah2 dada nya. Pendek kata I memang handle Sha from top to bottom with TLC. TB pun tak dapat layanan cenggitu taw.

2 hari lepas ...

Sha tak beri respons sepatutnya bila I geletek2 dadanya. Dia membisu seribu bahasa, asyik terkebil2 aje. Kenapa tetiba cenggini? Dia sakit kah? Ohh tidaks.. Kalau demam biasa takpe juga tapi janganlah kena flu terus kaput koma macam dulu.

Aduhai, just when I was toying with an idea nak buat sendiri biskut raya, tup2 dia cenggitu. Kalau dah sakit, mana larat nak bakar kuih raya, ya tak? Kena hantar juga dia jumpa doktor Singa secepat mungkin biar cepat didiagnose apa sakitnya.

Sha pengsan dulu tu pun sebab keletihan tapi kali nih belum apa2 lagi, I baru cuit bahunya aje dia dah tunjukkan ciri2 nak pengsan. Tapi tulah, hari Senin baru boleh hantar dia jumpa doktor Singa. Harap sangat2 Sha tak berjangkit virus P'ie (nama manja Lappie) yang masih 'kurap-ted' tu! Tak tau samada P'ie perlukan transplant atau cukup hanya dengan CPR. 911 nape tak tolong saya, nape?

Hati memang tak cenang selagi dak Sha dan dak P'ie masih ting tong! Jangan I berjangkit sama, dah!

Friday 13 August 2010

3 Ramadhan ... kurma

Dialog 2 merpati... "you suka raya tak?"... "suka" ... "kenapa?" ... "sebab I dapat jumpa sedara mara I" ... "you tanyalah I, I suka raya tak" ... "you suka raya tak?" ... "tak suka" ... "nape?" ... "sebab penat" ... "mesti ada samting wrong dengan orang yang tak suka raya" ... "bukan I sorang, adik you pun tak suka raya taw" <- hehe, tapi last line cakap dalam ati aje sambil senyum kerang semi-busuk.

Hari nih I berdua2an aje berbuka puasa. Sebelum masak I tanya empunya badan yang takleh berpisah dari nasi "you nak lauk apa?"... "nak kari tapi tak nak gulai (asam)", katanya.

Lega.. senang sket kerja I so terciptalah KIT, AG n KPG. Selera tukang masak beralih pada bihun goreng. Terdapat hasil laut bergelimpangan dalam kuali, hehe. Siang tadi berangan nak buat jemput2 pisang. Pisang emas dibawa belayar dah tersengih2 nak mandi manda dalam minyak tapi ... besok ajelah ehh sebab I ada rancangan lain sebenarnya. *Sigh* nafsu orang puasa ke nih??

Sebenarnya I teringin nak buat savoury. Sekeping roti dipotong dua, bubuh inti sardin; dicelupkan dalam batter tepung beras terus digoreng dalam bergelen2 minyak; kekdah deep fry. Tengoklah camana semangat I besok; kalau kuat kibarannya, insyaallah jadi.

Pencarian kurma berakhir bila terjumpa kurma yang menepati citarasa. I tak beli kurma 'berbisik' yang femes tu tapi I beli kurma Safawi. Rupanya bersih dan kering dan lembut liut, nyum! Sebut pasal kurma sudah tentu I ada cerita, hehe.

Masa kecik2 dulu I tak suka kurma. Tak tau apa nikmatnya buah tu tapi ada juga kenangan yang lekat dihati. Tiap kali tiba bulan puasa Bak mesti beli sebongkah kurma dari Spura. Well, Spura dan JB sepelaung aje, kan? Disebut sebongkah sebab kurma2 tu melekit dan melekat diantara satu sama lain. Takde iras kurma langsong.

Siapa gaknya yang mencerai beraikan sebongkah kurma supaya terserlah ciri2 kekurmaannya? Ya betul, siapa lagi kalau bukan Tok, Ndja dan adiknya yang comel2-mot tu. Kurma dipisahkan satu persatu, buang mende2 asing yang melekat pastu dijemur. Senang aje kerjanya tapi lama2 bohsan beb!

Kurma memang tak pernah dijadikan sebab terbatalnya puasa tapi hari tu apsal ronggaku melambai2 sang kurma? Godaan berpuasa tetiba muncul sedangkan setan ditambat. Camana?

Batalkah puasa sicomel2-mot dek kerana sebiji kurma??? Teka jangan tak teka...

Thursday 12 August 2010

2 Ramadhan ... dugaan

I masih bertahan tak buat sebarang lawatan kebazar Ramadhan. I mula masak pukul 6 pagi petang. Kali nih I am a bit smarter, heheh. Bahan2 menumis dah siap disediakan awal oleh sibibik itew (bibik nih kerajinannya tenggelam timbul so esok lusa kalau I komplen2, paham2 ajelah).

I kuk 3 lauk cam biasa. DGK, IG dan JPML. Oh ya, ada IM untuk pembuka selera (cubalah decipher initial2 tu, kih3). Dessertnya? Buah fig, kurma dah J-Lo perisa raspberry.

I ada cewita pasal kawan I ... mehlah 'dengar' but donwori I promise no gusip2.

Kawan I rasa ralat kerana tak dapat mengawal kemarahan serta kegeraman yang meluap2 pada seseorang. Dia sedar pahala puasanya pasti kurang, puf just like that! Yalah kan, baik2 nak dapat 89.9%, terus menjunam dapat 60.5% (gitulah kekdahnya kalau dikira mengikut peratus, wallahualam).

I yang kepochi ala curiousity kills the cat nih, bertanyakan sebabnya ...

Some sedutan or excerps from her message to me (pardon our berabuk English, heheh):
"I baru je mcm nak drive beria2, dia lmbai tngn lebih kuat & laju pnggil cars ..... tiba kat I, I could see mulut dia marah2, siap tnjk2 kat I smbil bersign language yg I ni tak guna otak ..... Along the way pulak, kete drive mcm siot2 sume, I drive only at 90km, sometime left lane, sometime right lane, and kat highway ke airport tu tak bnyk kete tp I tak tahu kenape 2 3 cars marah I, ada yg honk & bila lalu marah2, tnjk tangan, ada yg buat kureng asam, bila potong I dia orng masuk semula my lane, dgn rapatkan kete dia orang. So, me mouth got talk some rotten language lerr, dek kerane geram ...... Dah puas, baru sedar, alamak, abes puasa aku ....."

My response :
Hadoilaa... dugaan silih berganti.. Camana kita boleh bersabar ekk?? Takper, hikmahnya kita pasti akan belajar sesuatu. Tu cerita you (harap Allah tak tolak banyak markah). I plak fuming like an old dragon on the eve of ramadan. I nak tepon insurance agent yg selalu buatkan road tax kitorang. Since when I became a PA, I oso dono tapi as per boss request, I fonelah agent tu berdasarkan fone no. yg tertera on the form. Rupa2nya nombor tu dah out of servis. Since I ni ex pekerja I*M, I ngaku I bijak sket (sket aje), maka I pun fone HQ ofis nak mintak no. agent tu. HQ fone no. also tertera on the form.

Adalah simamat k*ling nama Madi yg nyambut my call after the op transfar the line to dono what dept. I assume dia tu customer service. Bila I cakap melayu, dia cakap omputih. I geramlah wpun inggris I berdebu dan berabuk. Bila I kata kat dia I cakap melayu, kenapa dia cakap omputih. U tau apa dia kata? Dia kata "kenapa tak cakap tak tau englishhh"...

Bila dia kata gitu, I geramlah. I kata why not talk to me in chinese, I can speak chinese. Dia cabar I, dia kata dia pun reti cakap china. Blablabla ... pastu... (lepas dia check komputer nombor agent mmg dah out of servis) dia boleh suggest kat I "kau cuba telefon .....". Bila I dengar dia kata 'kau', lagilah I hot. I told him he is not supposed to talk to customer using kau aku. Bukannya dia nak say sori, dia keluarkan bunyi 'huh' @ smirk lagi. Konghajar punya k*ling peria masak lemak! Bila I ingatkan dia sekali lagi not to use kau/aku, dia terus blabber using 'kau' juga.. I dah membara you .. maka dengan itu I pun terus mendidih, I kata "madi ... you can go to hell!!" I terus bang the fone. Sekian..

My fwen menjawab (jawab jangan tak jawab)
Emmm ...... Madi ni nak kena ek, ckp ngan Muthaya baru dia takut, sekali Muthaya bagi 'five book', trtiarap dia. Emmm, memang bnyk kebijaksanaan kita pick up from I*M kan, tp bab ckp omputih, memang sbb kita rajin masuk U keluar U ....harvard jap, oxford jap, cambridge jap, he he. Siot betul Madi tu ye, got look down on u. Agak2 ur conversation tu di rakam tak? biar mam-pooooooo-ssss si kap lam ye nge tu. I gerams je dengar. I ada gak kisah customer service ni, dgn R*B, malay girl ckp sal insurance utk credit card samthing like that la .... nnt2 kalo ada masa I cite.

Al-kisah, gitulah cewitanya. I tak tau plak nama penuh siMadi tu. Madhiphalan kot? Kalaulah dia nih bekerja kat ofis budiman tempat I kerja dulu, I pasti dia akan diberhentikan 24 jam tanpa notis, tanpa berpeluang membela diri atau worst still, dibuang daerah sehelai sepinggang, kahkahkah..

I rasa macam nak ambik tindakan aje but before that I need one or two good lawyers. Ada sesiapa nak jadi Parry Mason? <- I kenal dia nih aje.. kerana dia, I suka sangat tengok drama tivi yang berkisar kat mahkamah. I patut jadi loyer tapi I tak phandhai belajar..

Masih 1 Ramadhan ... to PPUM/SS1

Baru2 nih I dapat panggilan telefon dari bank yang agak tersohor. Diorang semuanya berhati mulia tapi mulia pada dasarnya aje walhal kerja diorang sebenarnya mengalahkan vampire yang suka menghisap darah manusia - in broad day light plak tu.

Oleh kerana dah beberapa kali terima panggilan yang sama maka I dah tau cara putarkan statement diorang. Bila ditanya soklan 'bijak' maka I pun jawab ala2 'bijak' juga. Ada ke ditanyanya "we have this offer ... blablabla ... do you think you need the money now?". I pun jawab "of course I need the money if only you give me free". Hah.. kena ko sebijik!

Cerita semalam:
Niat nak berbuka 4 beranak dirumah tak kesampaian sebab masa siangnya terbuang berjam2 menunggu giliran T berjumpa doktor di PPUM tu. Temu janji pukul 3 tapi selesai segala pukul 6.15 petang. T dah seronok dengan cita2 menziarah bazar Ramadhan Kelana Jaya tapi I tak terkesima pun sebab masih belum solat Asar lagi. Kalau ke bazar dapat beli makanan tapi tu bererti I'd miss my solat (T memang ABC) but no can't do... I nak jadi baik, I nak jadi baik...

Sekelip mata I ubah fikiran sementelah I was very near to Teh's house. Sebelum kesana I suruh T fone Teh dulu bitau kita nak tumpang buka puasa sambil emphasisekan "nak tumpang minum" dan nak tumpang solat. Perasaan malu2 kucing masih menebal tapi alhamdulillah Teh welcomed us with open fire arms.

Percaya ke I tumpang minum aje untuk batalkan puasa? kihkihkih .. no way jose as Teh won't allow me to do just that. Dia mesti kata "jangan ngengada" tapi semalam since awal2 lagi I dah menyerah kalah (bila tengok lauk pauk yang sedap2) maka takdelah dia marah ke apa. Dua beranak yang malu2 tapi mau menikmati juadah dengan seleranya.

Paling best bila hidung I terhidu haruman jemput2 pithang. Sumpah I buat2 tak excited bila tau Teh goreng jemput2 tu dan tak juga menunjukkan reaksi positip bila jemput2 tu diletakkan just inches away from me. Bila Teh pelawa "makanlaah, tak suka jemput2 pithang ke". Cepat aje I jawab "suker!" .. short and sweet.

Sebelum habis hal T di spital tu, I dah berfikiran jauh, kah3. I shoot one sms to TB dengan kata2 lembut gigi dari lidah. I mintak dia JJCM untuk berbuka puasa tapi rupa2nya dia mintak D belikan JM beriani.

Since hal TB dah setel, taklah I rasa bersalah makan sedap2 kat rumah Teh tu tapi apa pun I perlu balik rumah cepat sebab TB kerja malam dan dia perlu bawak bekal. T pun kena balik cepat kekolej. Kali nih I hilang malu dan hilang segan. Dengan tak malunya I mintak lauk dari Teh untuk dijadikan bekal TB. Alhamdulillah.

Selesai semua tu kami cepat2 beredar tapi belum pun kereta bergerak, T dah berde'eh berde'uh ... "alamak Mi, sakit perutlah". I cadang 'selesaikan' aje kat rumah Teh tapi dia kata takpe. Tak sampai berapa meter kereta berdezup, T dah macam cacing kepanasan. Dia perlu nyahkan ITU mende secepat kilat, wahahaha... seksa oiii.

Semalam harinya my driving skill diuji tahap maksima. Tak pernah I bawak kereta bersiung2 waktu malam tapi semalam lain ceritanya. Seboleh2nya kitorang mesti elakkan terjadinya hari ini dalam sejarah. Dalam pada ooh aah ooh aah, boleh pulak I cadangkan T fone Teh suruh bukak gate dan pintu siap2 ... kahkahkah .. Berpeluh tiak I masa tu taw.

Bila tiba rumah Teh, I terus zuuuuuuuuuup betul2 park kereta depan pintu. T seakan2 terjun dari kereta dan terus meluru ke WC. Syukur alhamdulillah... bahan kumuhan berjaya dimuatkan ditempat sepatutnya ia berada, tidak bersepah dalam kereta atau tercicir dalam pants.

Semalam I mengelat sebab masak nasi bujang aje, heheh. Pukul 4 pagi I 'perintah' D belikan ayam gor untuk lauk sahur. Hari nih I bercita2 nak masak lauk jantong pithang masak lemak yang sepatutnya dimasak semalam. But then again ... takkan I tak bantu naikkan ekonomi penjaja2 kat bazar Ramadhan tu, tul tak?

P/S: Selagi tak tau 'address' bluetooth kat laptop TB nih, maka takdelah I tampal apa2 gambar guna kamewa hp cap ayam belanda..

Wednesday 11 August 2010

1 Ramadhan ...

Gitulah bunyi tajuk my entry sepanjang Ramadan nih. Cliche ek? Dah memang bulan Ramadan takkan nak kata Syawal, ya tak? Nanti ada plak kata belum lagi sehari kita puasa I dah sibuk nak beraya.

Ekceli kan, I tak sker raya. I sker preparation menyambut raya aje (cam cari kueh raya kegemaran ke..). Hari berganti hari, tunggu punya tunggu namun tetap tak raya juga. Best kan?

Sahur hari pertama hanya D dengan I aje. TB sahur diopes. Cian dia makan sensorang. For the next 4 days dia akan bersahur sensorang. Cian dia ek? <- hehehe... whylah I mengulangi ayat2 itew? Anyway, bila dia bersahur diopes, I rasa a bit tension sebab I kena masak lauk yang membangkitkan selera, what more bila makan sensorang at the wee hours. Dia tak meminta sebab ikan gor n sayur air dah cukup (baik benar pulak suami I nih, hihiihi).

Oleh kerana I reti tentang nutrisi dan makanan seimbang, tak sampai hati plak nak masakkan lauk ikan gor n sayur air aje. Sementelah bakat semula jadi yang I ada, mampu memasak yang lebih terer dari world chef, kahkahkah.

Alaaaaa ... nak sambung meraban lagi nih tapi masa mencemburuiku. T dah balik dari jajahan Kanda Deris untuk seketika so I terpaksa temankan dia ke spital sebab dia ada temu janji dengan doktor dot3. Nak drive ke PJ .. menciiinya aiii...

Ada berita baik buat I. TB dengan senang hati telah meletakkan laptopnya kepangkuan I, auwwww. Laptopnya dah dibawak turun kebawah ... hehehe .. saper tak cayang lam-alif-kaf-ya kalau dia sungguh perihatin dengan kehendak 'mini' dia, ekkkkk?? Daaa...

Tuesday 10 August 2010

Takleh beronggeng ...

Entry ini telah ditokok tambah. Mana boleh tak menyempang kan?

Salam semua ...

Sebagai mukadimah, terduduknya saya dikerusi tak berapa nak empuk nih hanyalah untuk mengucapkan selamat hari raya menyambut bulan Ramadan yang mulia. Oleh kerana saya dah tak buang puasa lagi itu, saya yang bernama Cik Som ingin mohon maaf - zahir dan batin - dari semua kengkawan yang sudi berkunjung kesini. Mana tau pernah tergelincir kata2 walaupun niatnya hanya bergurau senda.

Nampaknya satu dua hari nih tidaklah boleh I beronggeng sesuka hati kat dada Al-kisah sebab sekarang nih .. (bayangkan aksi my tangan camana I buat untuk emphasise 'sekarang') laptop I telah 'kurap-ted'. Ntah kenapa tetiba terkurap cenggitu. Harap tak berkudis tapi rasanya lebih teruk dari tu. Harapan menggunung agar TBku dapat buat sesuatu a.s.a.p. Pleaseeee...

Sekarang nih I pinjam laptop dia. Ishh.. I nih tak sker pinjam harta orang bunian .. kiranya nih dah terdesaklah nih, har3. Sama gak bila bawak kereta, I can only drive my own car (own car? since when I ever bought a car? ciss!).

Taknaklah nanti TB terintip2 kat 'history' laptop mencari2 apa blog yang I dah tinjau, apa mendenya yang I baca kat internet. Sebenarnyakaaan, I tak nak dia terjumpa my blog nih cos I malu aaah. Betul you, w'pun dengan suami sendiri ada juga part2nya yang I memang terasa malu, auwww.

Oleh kerana takleh beronggeng, I telah memunafaatkan 1/4 hari untuk berkemas. Ada pekdah juga bila laptop terkurap-ted ek? Habis dah I jual sokabar yang almost mencecah siling, kah3. Since sejengkal harganya lima rinG, maka all in all I telah TERkaya sebanyak RM42 sahaja (+ jual majalah lama dan buku text sekolah). Duit tersebut boleh beli 2 balang tart nenas :-)

Senang rasa hati dan jiwa bila H d'Bangla dah potong rumput rumpai kat taman sekangkang keWa. Sejuk mata mandang bunga pink Ixora (satu2nya pokok yang dare to flower, kih3), (buat2) sejuk jiwa mandang pokok2 yang hidup segan mati tak mau tu dan bila mandang bendera Malaysia yang sedang berkibar tu, semangat Merdeka terus menusuk kalbu. "Mendeka" <- jeritan D n kazen dia masa kecik2 dulu, hehe..

Jom berdiri ..

Negaraku, tanah tumpahnya daWahku, rakyat hidup bersatu dan maju, rahmat bahgia Tuhan kurniakan, raja kita selamat bertahtaaa.... (setahun sekali TB akan ganti mendera baru .. very patriotic kekdahnya dia).

OK... TB dah balik dari kerja .. I kena buat breakfast.. tata.. jumpa lagi

Sunday 8 August 2010

Hari yang suam2 rajin ...

Hari nih best sebab basuh baju satu load aje. Since satu load aje, mulalah tak berapa rajin nak sidai cepat2. Si Nasio dah memekik2 hantar signal 'teet teet', bitau dia dah siap buat kerja dialah konon. Eleh dia tu, kalau I tak tekan butang kat dada dia, boleh ke dia 'teet teet'? Tu pun kekadang dia berkira nak tolong I. Mintak tolong dia sidaikan baju dia sanggup kata"NTBL". Saper yang ajar dia cakap gitu? Mesti Ndja ...

Baju dah siap disepin pukul 7.30 pagi lagi tapi siap disidai pukul 2 petang. Tak sampai setengah jam tersidai, hujan pun turun tisstisstiss. Alhamdulillah.. don't ever2 merungut, sabarr. I pun relocate my baju2 kerumah Ndja sebab kat sana ada shade.

Gambar atas adalah basuhan jiran sebelah rumah. Dulu ada 2 maid of honor, sekarang tinggal sorang aje. Meriah betul baju bajan diorang hingga melimpah ruah ke pagar sebelah rumah I mentang2lah pagar tu boss dia yang dirikan. Maid guna 2 tempat penyidai mobile tapi masih tak cukup juga. Dah memang part of t'jawab maid membasuh baju maka pagi2 lagi kain baju dan mcm2 ada dah siap tersidai. Kadang2 baju yang dijemur dah kering dan garing barulah kain baju I melihat sang mentari, har3.

Pagi tadi konon nak buat breakfast untuk TB n D sebab ada nasi lebih (kebetulan malam semalam santap dirumah jiran sebab ada majlis tahlil), nak masak simple nasi gor aje tapi sebelum selesai sediakan bahan2nya, I tergedik menuju kepantry. Capai sepeket pulut hitam, tetiba naik semangat pulut dalam diri pulak.

Why why why? (pulut hitam tanya nape dia hitam)

Cantik ek dengan penataan cahaya hp cam ayam "kokkokok..kokkk"

Pulut hitam dibersih dan direbus. Ini adalah cobaan kedua seumur hidup. Dont try this at home. I dah bayangkan slurping the bubur pulut hitam (BPH) done my way and to my liking; ala2 pekat, lemak dan manis.

Sebenarnya I tak pasti camana masak BPH nih. I malas nak tanya sesiapa dan malas check internet. Mula2 basuh bersih -> rebus hingga empuk -> masukkan gula -> rebus hingga pekat (guna api kecik). Gitu ke cara memasaknya?? Atau ... air rebusan pertama pulut harus dibuang dan diganti baru pastu masa bubur dah agak pekat, kena campur dengan santan cair. Macam tu ke tapi dua2 cara tu I tak buat.


Hari nih gaya pemakanan berbeza dari hari biasa sebab I bermula dengan dessert dulu. BPH tak dimakan dengan santan tapi dimakan dengan susu segar (+secubit garam). Baru tidak memberi bekas (so said Mak) maka rasa BPH dimakan dengan santan atau susu .. <> sama saja.


Kesian TB. Breakfast yang sepatutnya dapat awal pagi tetiba jadi lunch pulak, hehe. Pastu I pelawa TB my BPH, dia kata "nak sikit dulu" (tak percaya bini dia reti masak kot?). Ok I patuh... memang sikitlah I bubuh dalam mangkok, pastu kaan... pastu dengan malu2 kucing dia kata apa taw? "sedap!" seraya meminta "nak lagi sikit". Sambil menonong kedapur, I dah tak rasa kaki nih memijak bumi .. I dah rasa terbang diawang2an (dah kembang semangkok dek pujian yang sekelumit tu, kekdahnya).

Kalaulah Mak n Bak ada, mesti diorang suker anak dara yang nih dah pandai masak bubur pulut hitam (the bubur which I menciii so much then).

Alahai, kenot write samorlah. Saya teringat akan itu BPH, maka saya mahu BPH itu sekarang jugaaaaak!

Saturday 7 August 2010

Kicap cap udang ...


Khas untuk siDia yang jauh dimata tapi baru nak dekat dihati. Walaupun gambar kelabu asap, I tetap nak tampal juga. I pun dah kehabisan kicap cap Udang terpaksa beli besok sebelum menjelang Ramadan sebab lauk wajib untuk menyambut awal Ramadan ialah ayam masak kicap bersama full blast of soh'on.

Ada sesaper nak suruh I belikan ke? OK set, nanti I DHLkan sekarton terus landing kat depan rumah you eh? Jangan disimpan kicap2 tu semua, haruslah you buat party kicap. Ajak jiran2 yang ada kenalkan kat diorang betapa kicap boleh meransang kehidupan seharian kita orang Asia...

Kalau boleh demokan cara masakan yang berkicap kat diorang tu .. masaklah chicken adobo ke, ayam kicap dll.

P/S: Kita cakap sensorang nih ... tapi kita 'masih center' taw.
P/S: Kicap cair afdal untuk masak mee PK.

Friday 6 August 2010

Menjalin silaturrahim .. selagi hayat dikandung badan

Sambungan cewita dulu: kat cini

10 couples (mainly love birds in their twilight years) dijemput beriang-ria kePJH. Motipnya? Saja nak cari pahala kot? hehe. Patutnya kita ke China tapi last menet tukar ke Jepun plak. Nasib baik tak kena bayar duit tiket lebih, kih3 (gelak kat diri sendiri yang kian ala2).

Kalau ke Jepun, apa yang TB nak makan?? Dia tu tidaklah adventurous bab makan. Tu sebab cara I memasak takde gaya world chef .. day in day out, dia boleh aje makan ikan goreng dan sayor berkuah. Boring tak? Taklah tapi kadang2 best jugak.. mcm malam tadi .. kita berdua2an makan ayam gor dan sup campur aduk aje - ada tauhu, udang, bebola ikan, daun bawang dan sohon (benci nak eja mende nih .. so-ohn, so-own, so'on kah? mana yg betul??).

Bila tengok harga yang tercatat/tercatit kat menu .. owhh no! .. tapi member2 yang lain cam dah selesa tak rasa guilty mengoder yang harganya mencecah 3 digit (refer makanan kat gambar bawah nih). Kalau majoriti dah oder cenggitu, boringlah kan? I perlukan kelainan lagi pun I tau diorang sure pelawa I jamah diorang punya makanan.

Maka dengan beraninya I oder soft shell crab yang ditempurakan (gaknyalah). Pastu I oder tempura sayur2an tapi ada plak udang tersesat dalam tu. Dua2 tu harganya tak sampai 3 digit (so OKlah.. I taklah rasa malu sangat); tapikan tapi maybe dah cecah 3 digit jugak, jus mango punya pasal.

Verdict: Texturenya garing rangup dan sedap tapi kendian tu I perasan lidah I cam terluka. The soft shell of that crab wasn't soft afterall?

My camera hp memang sengaja nak buat I malu taw.. Bezakan gambar atas nih dengan gambar bawah. Niway apa ada kat pinggan atas nih?? Macam2 you .. pendek kata segala hasil laut ada dalam pinggan sekecik tu .. Yang takde paus, seal, walrus dan penguin, har3. Bila plak penguin dikategorikan hasil laut? Alaaa.. sker ati kita laaa.. kan?

Nama dia Nor Shashimi (nak simpan nama nih untuk cucu I, hehe). Tu haaa... 1st time cuba makanan yang tak dimasak. Mampu ngap hirisan cod aje. Ehhh... not bad gak .. cod tu cicah dgn kicapnya dan dimakan dgn hirisan halia rona pink panther... Jgn cuba nak rasa telur ikan tu, I dah terngap 2 bijik.. Nyesaaaal!!

Dessert Jepun tak sah kalau takde kacang merah. Ya ke? Yaaa... teringat kuih Jepun zaman I kecik2 kat JB dulu.. intinya memang kacang merah bukan hijau. Alasan yang boleh diguna pakai sampai bebila, heheh. Top most setompok kacang merah, pastu aiskrim perisa teh Jepun dan bawahnya adalah cubes of buah2an sedara semangka @tembikai @watermelon.

Salah satu pencuci mulut .. yang nih tak berapa sedap tapi bolehlah .. yang putih tu cam heavy cream pastu potongan apple yang dah dimasak dengan apa ntah. Pardon my ulasan. Tu sebab I tak bercita2 pun nak jadi food critique <- nihaaa, betul tak ejaannya nih??

Anyway, we had lots of fun. Satu hati, satu jiwa dan satu kepala tapi lain2 badan. Thanks a million to Abg Mat & Ngah for being the gracious hosts, alhamdulillah. Sebelum beransur, ada lagi sesi bertemu ditepi lorong gelap ... biasalah Njah n Teh ada aje buah tangan yang nak dihulurkan. Alhamdulillah ..

May Allah bless my families and bless us all - my para pembaca yang sudi singgah ke Al-kisah.

Salam Jumaat ..

Thursday 5 August 2010

Jelly and CPVW ...



Tak sangka TB terlompat2 terkesima bila tengok iklan jelly Magnolia kat tivi. Puas dia cari kat super duper n hypermarket namun tak jumpa2 juga. Mungkin belum ada dipasaran lagi atau jelly tu sedap sangat maka ia cepat licin; atau mungkin ada orang tak buat kerja tak order atau tak hantar stok baru?? Hmm...

At last pencarian berakhir di Jaiyen. Bayangkan TB melompat2 kesukaan masa tu, kih3. Harga RM2.79 untuk twin pack dan pack solo @ RM1.50 satu. Kalau beli pack kembar, bolehlah save 10 sen kumpul lama2 boleh beli tudung raya. Kalau buat sendiWi, lagilah boleh jimat (yes, gua bijak, gua bijaaak, wahahah).

Selalunya bekas jelly tu dibuang aje tetiba ada plak idea untuk recycle. Dapat 10 bekas pun jadilah maka hasilnya, jengjengjeng (GAHlah sangat)... dapatlah 6 biji instant jelly sedap dimakan dengan fruit cocktail dan aiskrim. Kalau TB kata "kesian I tengok you, takde acuan lain ke?". Haruskah I jawab dengan selamba "takde" dengan harapan dia belikan acuan 'ramekins' yang baru. "I nak yang comel2, boleh ke Ling"?

acuan Ramekins


CPVW = Cekodok pithang versi Wolverine .. jangan memain heh! Rupa dia memang tak berapa friendly tapi rasa dia boleh tahan mengancam. Lembut, manis, cukup rasa pithangnya dan tidak berminyak (part nih I tipu sket, hehe. Penatlah si Nasio a/p Nal menyepin minyaknya tadi).

Lama dah I tunggu nak makan CPVW tu tapi baru pagi tadi dapat. Alhamdulillah dan timakasih pada dot3 (majuk takmoh thebut nama dia) sebab tolong belikan.

sabar ....

Sabar tu separuh dari iman ...

Sabar tu sakit pada mulanya ...

Bilalah sabar tu jadi manis semanis2nya??

Bila???

Oh yaaa ... sambung bersabar

Jangan lupa berdoa ...

Wednesday 4 August 2010

Dalam kenangan ...

Uma merempit - aksi berani mati tu..

Tak semena2 selepas 1 bulan 4 hari dalam jagaan ... Uma dan Ang pergi buat selama2nya. I'm deeply sad ... tak caya cuba tengok mata I yang sedang berkaca2 nih... (sambil mengesat hujung mata pada lengan baju).

Terpisah jasad dari cengkerang (gambar diblurkan sebab sebak)

Berkabong setengah hari, takmoh mandi, makan, minum apa tah lagi memasak. Nehi !!!

Tuesday 3 August 2010

WM pun pandai komplen..

Pagi semalam seawal 7 pagi I dah membaking kuih yang senang dibuat. Memang Bukan rajin tapi kesian bila malamnya T kata "ingat ada lagi" sejurus dia kuak pintu esbok dan dapati I dah wallap lebihan kuih, heheh.

Kesian punya pasal, I sanggup cuti 2 jam dari berblogging untuk mengadun kek yang dimaksudkan tanpa berpandu pada resipi (sampul surat tertulisnya resipi dah MIA). Nasib baik minda I tajam boleh ingat bahan2nya, cewah. Puji diri dibenarkan dalam blog sendiwi, kan? Hahaha, takde maknanya pun.

By 8am kuih siap untuk dibawa pulang kejajahan Kanda Deris, alhamdulillah. Cian dia drive sensorang...



Since semalam dah rajin maka pagi nih I berdondang sayang tak buat apa2 melainkan tekan2 dan picit2 pada dada my buah hati, auww. The feeling is mutual so bukan harrassment namanya, kan? She's my fruit heart, I lap her and she lap me w'pun baru kenal tiga tahun. It's a she samore tapi jangan buat andaian melulu, tak baek taw.

Dia tu kalau boleh komplen, dah lama dia komplen w'pun kita buddy2. I somehow tau mendenya yang jadi isu untuk dikomplen. Takpe, kali nih I kasi chan dia luahkan isi hatinya kat sini sementelah lama dah I amalkan motto 'respect for individual', kekdahnya.

Disclaimer: I takkan saman menyaman walau apa pun terjadi.

Nama saya Nasio (takde kaitan dengan nasi) binti Nal. Nama ayah saya bukan nama singkat Jenal atau Zainal 'but how I wish' sebab saya memang suka lagu Hijau (boleh gak tumpang glemer, hehe). Nihaaa nak cakap sket. Saya memang makan ati dengan kuarga CS sebab anak beranak fickle minded; selalu buat saya keliru dan letih. Patutnya bila dah tekan2 dan picit2 dada saya, biarlah saya buat kerja saya sendiri, nih taaak. Masihlah dia nak tekan2 dan picit2 bagian dada saya yang lain. Saya tak berkenan!

Bila dipicit2 dan ditekan2 saya akur dengan tugasan 3M - membasuh, membilas dan menyepin <- tak boleh belah. Tugasan yang mudah tapi disukarkan kerana CS tak tetap iman pendirian. Dia suruh:

* basuh dan bilas tapi tak suruh menyepin
* basuh dan menyepin tapi tak suruh bilas
* basuh aje (tunggu 18jam baru boleh bilas/menyepin, bosan taw)
* menyepin aje (saja dengkhi tak kasi saya main air masa basuh/bilas)
* buat 3M cepat2 gaya Speedy Gonzales. Saya tak suka kerja tergesa2...

Cukuplah 5 aje. Komen yang 5 tu pun dah buat saya mual dan mabuk darat. Pssst, nak tau rahsia tak? Tiap kali sebelum CS himpun baju2 masam dia anak beranak ke pewut saya, dia mesti intai dulu apa ada dalam perut saya. Tau tak kenapa dia jadi peeping tom cam tu? Kihkihkih .. serves her right..

Tulah susahnya orang kalau ada fobia-mobia nih. Dia intai2 untuk pastikan perut saya kosong takde cicakman atau yang paling horror untuk pastikan takde sedara sepupu sepapat Stuart Little atau si Ratatouille dalam perut saya. Kesian ekk? tapi shhhh.. simpan wahsia nih okayy??

Saya terpaksa chow chin chow dulu sebelum CS tunjuk muka. Akhir kata, biar pecah kaca asal jangan pecah perut maka perlulah disimpan rahsia kita. Janji ehh???

Monday 2 August 2010

Jaga badan ...

Tengahari semalam nilah rezeki I ...(sambil menjewehkan bibir kearah gambar). Bukan nak jaga badan tapi kononnya nak lapangkan perut untuk acara sebelah malam :-)
.

Minum jus oren. Nasi separuh tak habis. Ayam kormak seketul. Kuah kormak campur kuah sotong simbah atas nasi. Papadom 2 keping. Kekacang tu menggantikan sayur sebab sayur yang ada tak nampak ceria dan meriah. Akbar (nama olok2) tunjuk kearah sayur yang dah pupus warna hijaunya.

I: tu sayur apa?
A: parret (sebut gaya orang Perancis .. bunyi T disenyapkan)
I: parrit?? (saun trabel seketika, hehe)
A: haa.. (konfiden si Akbar nih)
I: parrit? (sajalah kan? har3)
(setelah ditelek jarak 1/3 meter)
A: *senyum*
I: owhh.. paria perrriaaa (getarkan sket rr tu..)
A: saya cakap itu (iyolah)

I pun mendera Akbar mintak dia sebut 'perria' dua kali, kih3. Sengaja dengki tapi dia senyum aje.

Sebelah malamnya pulak menjamu selera di PJH ... (beshhh.. 2 hari berturut2 tak beronggeng kat dapur). Sesungguhnya dah tersangat lama tak kesitu ... nostalgia ..


Akan bersambung ...

Sunday 1 August 2010

Klishklishklish .. kebum!

I gembira bila TB cuti. Adakah perasaan nih dikongsi bersama oleh para isteri lain? Semalam JJCM, hari nih begitu juga nampaknya. Apa lagi kerja suami selain menggembirakan hati isteri, kan? Berapa banyak na lah yang kita boleh makan?? Kita pun tau .. takdenya nak mintak yang mahal2 kat hotel 6 bintang. Janji tempat tu halal lagi tayibah. Bukan tu aje, rezeki yang dibawa suami wajib halal juga.

Semalam jiran ajak ke besday pati cucu dia cum house warming. Cucu baru setahun jagung tapi tumbang sekor kambing yang digolek2 untuk selera tetamu berpangkat datuk dan nenek, kih3. Dah tau nak pergi jemputan besday, takkan datang dengan tangan kothong... ishh malulah kan? So, Tok TB dan nenek Wan CS dengan gigih mencari hadiah. Ishh.. dah lama benar tak beli baju kenit2 tu tapi berjaya gak beli sepasang. Tok TB dan Wan CS berpuas hati.. hehe.. cantik taw baju tu terasa nak beranak sorang lagi plak.

Kami terus ke majlis. Masa nihlah jiran2 yang rapat bertemu mesra; kalau tak, masing2 jadi dara pingitan susah betul nak jumpa. Bila dah berjumpa maka bermacam2lah cerita yang keluar termasuklah musibah menimpa sorang jiran tu.

Alahai .. manusia nih penuh dengan hasad dan dengki. Selalu ambik jalan pintas untuk nikmati kesenangan duniawi dan buat dengki kat periuk nasi orang. Sifolan dijatuhkan dengan cara 'halus'. Semoga yang menerima musibah bersabar dan berdoa dan semoga yang buat onar tu tercekik tulang ikan parang, bertaubatlah..

Selera T yang kerap berganti2 sebelum & selepas PMT pastu baru perasan
"alaaa Mi.. dah gemuk..dah gemuk"
.
Tetiba dapat hadiah Pashmina @ shawl dari Dubai.
Tetiba juga dalam sehari TB dapat 2 key chains.
'Kichen' yang sedia ada dah sebeban. Bila nak guna semua tu ek?

Yang biru tu diberi oleh kawan D yang bekerja di Dubai. Yang putih tu kaaan, I baru beli semalam .. sukerrr tengok jenis kain dan designnya. Budak Pakistan yang menjual tu panggil I 'Ma..'. "Yes Ma.. No Ma..." Kesian plak tengok muka dia, kot dia windu kat mak dia dan muka mak dia cam I? har3 .. maka shawl putih tu dikurangkan RM5. Bila pulak nak pakai? Dah ada 2 tu. Ishh.. bukan reti nak guna camana.

Almost 1 o'clock. Nak bersiap2 biar ayu lagi manis untuk aktiviti seterusnya, heheh.

Yesterday was July 31st and tomorrow will be August 2nd. Well.. Happy birthday to you both! May Allah show you the way to the one and only path *amiin* ... tssk.. tssk..