Thursday 30 June 2011

Tibalah masanya ...

No. 27. Kebetulan atau suratan? Macam tau2 aje nombor kegemaran kita, hehe.

Apa hajat ketempat tu? Hehe .. saja nak tengok cara diorang bekerja. Ada efficient ka?? kakakaaa...

Service tempat tu boleh dipuji cos it was so efficient so much so it shocked me.Was it because I went there during weekdays?

Alhamdulillah, my mission is accomplished *grinning from ear to ear*.

Wednesday 29 June 2011

Langkawi, snow n blizzard??

My BIG sistas all have gone to Langkawi. Sampai hati diorang tak ajak I, sedih taw .. *sambil ketap bibir kesat taik mata tak basah*. Sebenarnya I yang mengada tak moh ikut walhal tak yah bayar tiket pun. Sejak CCM ke T'ganu dulu, diorang dah buat plan nak ke Langkawi tapi I wat dono aje (dah tak minat what for terkinja2 kijang, tul tak?).

Seronok diorang sebab Ndja is brave enough to drive pusing2 dengan keta yang disewa. Subuh sepi tadi terima lapuran dari sana ...

N: sis kita bersemangat.. I pun.. Ada apa2 nak kirim? Non stik pan ke? Choc mmg bnyk (I belikan nanti 4uol).
I: tak nak apa2 tq tapi kalau bolehhhhhhh, belilah coklat setongkang hai hong

... tapi Ndja kata dia nak belikan coklat sebesar toy boat aje makanya the PicasSOM in me pun berdramalah ...


Jom beralih cerita hal semalam ...


Tak semena2 SJ diserang snow n blizzard. Ada dengar berita pasal nih tak? Ada? Takde?


Tengok tu, kan bahaya bawak kereta dalam keadaan cam tu? Tak nampak satu apa pun, ishhh.. ishhh... tapikan tapi ... keadaan tu sementara aje ...

... bila tambi tua cepat2 flush the snow (sabun kekdahnya) dengan kederasan air yang hamboi mak so powerful, bergegar badan si Aga dan puannya yang duduk dalam keta masa tu (kalaulah TB tau I duk dendiam dalam keta masa orang sedang bersihkan keta, mau dia bersyaraaah tentang keselamatan but izit really dangerous?).



Basuh body Aga tapi tak vakum so harganya RM6 aje. Extra seringgit sebab tambi tua panggil I 'kakak', auwwww.. I like!

Semalam aje, 2 kali almost bertempur dengan road maniac. Kering darah kita dibuatnya. Julung2 kali terpaksa I tekan 'horn' sekuat yang boleh. If only I nih gajah, takkkanku sia2kan trumpet yang ada ... *sambil cuba buat suara gajah tapi "meow" aje yang keluar*

Dah terlanjur keluar, berbaloi pakai baju yang digosok rapi lamaaa sket maka langkahnya agak lebar. Lepas siAga cantik manis berkilat, I teruskan misi JJCL pulak pastu baru pergi ke mini market kat rumah aje (maklum dah cukup bulan, kan? Kalau pergi hypermarket kang I pulak jadi hyper..).


Sejak dua menjak I suka beli rambutan dengan syarat ia semanis kurma n longkah. I should have bought pisang berangan or pisang emas for T tapi terbeli jenis tu. Agaknya lum masak betul2 maka rasanya tawar hebeh. Kalau dijadikan banana split baru beshhh.. Mangga tu untuk suami budiman (sebelum dia makan sebijik, satu slice lebar lagi tebal harus dihulurkan pada sidebab; kalau tak, seminggu dapur tak berhasap kang, hehe...).

T dah mula merisik "Umi kalau nampak longan ke, laici ke, pulasan ke.. belikan ehh?". Budak baru reti nak appreciate kesedapan buah2an tempatan maka wajar dilayankan aje. Hari tu baru mintak manggis, semalam pisang.. hmmm.... jangan mintak buah mentega daaah...

D malas tak reti makan buah. Kalau makan moktan, dikupas isinya dulu sampai penuh setengah mangkok pastu mulalah perasan makan moktan macam dalam syurga, haha.. But lately dia selalu aje beli carrots yang oren tu. Bukan dia makan untuk pencernaan his eye sights tapi untuk si LEBIT belaannya yang baru sebulan tu.

Talking about LEBIT, aaaarrrghhhh ... tak skerr!!

Monday 27 June 2011

Mee kari, kek bentat n nigella seed ...

Ketahuilah dah berkurun I tak blend cili kering sendiri. Bukan malas *uhuk2* cuma tak berapa rajin aje mengenangkan to get the end result, I kena lalui beberapa proses. Alasan? hehe.. tak baek kata gitu taw.

Anyway, 2 minggu lepas I beli sepeket cili bo. Bila nak alih cili bo kedalam bekas, barulah perasan cili bo tu dicampur atau partly dicampur dengan cili padi. Next time dont eber2 take things for granted. Biar alert sket, bukak mata tu besor2! <- eleh, marah konon tapi kita tak takot pun!

Cili bo tu tetap disimpan (membazir adalah kawan shython makanya biarkan cili bo berkulat baru dibuang). Minggu lepas I beli sepeket lagi cili bo ori tapikan tapi dah tertulis kot, tangan nih tersalah ambik dari esbok bekas cili bo berusia 2 minggu.

Fuh! kepedasannya mencengkam. Camana TB nak makan nanti? Pewut dia made in Xiandong, memang alah dengan cili padi berskala 8/10. I pun tak tahan juga tapi pewut I made in Kluang, so I masih boleh endure kepedasan berskala 8.5 over 10, heheh..



Mee kari siap dimasak tepat pukul 11+ malam. T tension menunggu kelibat I kat dapur "umi selalu masak lambat.. tak bagus taw tidor bila perut kita kenyang". Hahaha.. ada I kisah? Ekceli I sker dia bising2 cenggitu.. Tu menunjukkan betapa dia mendambarkan masakan I, ekekeke...

Bila I kata "dah siap... boleh makan dah", T plak kata "takde sambal eh Mi?". Alahai budak nih, tak nampak ke peluh Umi dah menjejeh2 kepanasan lelama kat dapur nih? <- say it in my heart only laa TAPI tak sampai hati plak so I kerahkan dia kopek sebijik bawang besar. In no time at all (almaklum kata anak didik masterchef khaan?), siaplah sambal udang kering. Yeehaa..

Heran juga TB tak komen pedas ke (sedap ke)... dan harap takde sape yang akan berulang alik ke WC hari nih sebab I aje dah 2x pagi nih (sebelum dan selepas hadap semangkok leftover mee kejap tadi).



Remember this bentat choc bot banana cake? Alhamdulillah .. sambil I habiskan the top portion (warna kuning), selebihnya dah selamat I agih2kan pada mak, ayah, abang, adik n baby berkaki empat kat belakang rumah. Sambil berebut2 mengunyah kek, depa serentak bersorak "Meowwwoww!! (read:bravo)... thedapnya kek bentat aunteeee...". Auwwww... I am touched!



Minggu lepas nak buat beriani nih tapi nasib baik teringat TB tak sker beriani guna rempah nih so I guna sikit aje jangan tidak. Bau rempah nih a bit pungent... so barulah kali nih nak baca betul2 apa bahan yang digunakan untuk rempah nih...

Macam2 jenis rempah yang digunakan tapi satu rempah menambat perhatian. Ekceli I baru tahu ada rempah namanya Nigella seed. Bila I google untuk dapatkan nama Melayunya ,,, owhhh kisahnya .. baruku tahu ...



Inilah Nigella seed .. bentuknya macam gigi siapa ek?


Dan ini Nigella seed juga w'pun bentuknya tak serupa. Nama Arabnya habatussauda dan nama Melayunya jintan hitam.

Wallahualam.

Friday 24 June 2011

Breaking news !!!

2-3 hari nih my selera demands for semangkok dua laksam so pagi semalam I pintal telinga Aga terus vrooom ke restoran HAK. Minggu lepas I kesana pukul 11 pagi tapi laksam dah habis dijual. Siapa tu yang beli laksam banyak2 tak ingat orang belakang? *berasap nih*

Pagi semalam I berlagak bijaksana. Mengenangkan restoran tutup hari Jumaat, seawal 8 pagi I dah tunjuk muka lapar kat situ. Belanga kuah asam laksa n laksam tak kelihatan.. Dua belanga tu boleh dianggap 'penyambut tetamu' disamping mesin kisar ketulan air batu buat ABC...DEF Gebsi, har3.

Kalau tak bertanya sesat jalan, kan? "hari nih ada jual laksam tak?". Sambil gosok2 pewut beralaskan t-shirt, budak yang jual roti canai menjawab ala pasti tak pasti dalam taylur cik SitiWanKembang "belum siap lagi, pukul 11 baru siap". Hmmmmm ... *sambil senyum kurang manis*

Selalunya I sms TB mintak kasihsayangnya dibelikan makanan for b'fast tapi semalam suka nak keluar cari b'fast sendirrri serta merealisasikan misi sampingan yaitu singgah ladang sayur2an n buah2an ...



Dapat buah2an aje takde sayur yang berkenan dihati. BTW buah kiwi warna kuning lebih manis dari yang hijau ek? So.. hi kuning, babai hijau. Beli 6 biji manggis.. 4:2 = T:me.

Lepas keladang singgah stall makanan depan 7-E. Beli 2 bungkus bihun+mee kuning goreng, 2 bungkus nasi lemak dan seplastik samsot molek2 untuk 4 oghang. Lunch tak masak, makan buah2an aje, kasi kempis perut orang berkenaan. Seharian P&P digantong tak bertali. Dinner makan kat luar nyum2 dan tapau nasi gor cina untuk anak2. Alhamdulillah ..

W'pun gantong P&P, I tetap rajin kedapur (yalah tu). Petangnya I baked choc bot banana cake konon nak hidangkan pada kawan2 T yang bertandang nak main game KinectXBox, gitulah bunyinya. 1st time buat kek nih dah tersilap teknik, siang2 dah campur serbuk koko kedalam the whole flour but for the 2nd time, pithang won't bear fruits twice u'olls cos I am smarter, heheh (tapi sebenarnya huwaaaaaaaaa....)



KENAPA dan MENGAPA KEK nih ADA UNSUR MEMBENTAT? Y?Y?Y? Maka niat nak hidangkan pada kawan2 T terus dikensel aje. Takde rezeki diorang lagi pun I tak sanggup tengok reaksi budak2 tu gigit kueh tapi terkulat2 nak menelannya. I tak sanggup! Tengok mimik muka T masa mengunyah kek tu dah cukup pilu!

Keputusannya... biar I aje yang kenyang sensorang (sambil menderma pada alley cats belakang dapur. Dapat gak pahala).

Cerita kek bentat breaking news tak???? Kalau tak, please STAY TUNE cos I have more breakable news to share, heheh ..

Siapa ingat kisah mende kat bawah nih?? Kalau tak ingat takpe tapi sesiapa yang dah ingat, you perlu tau, I tak terus buang mende nih setelah post mortem dibuat malah I tetap simpan didada esbok selama >< 3 bulan 17 hari dari tarikh post mortem *bukan senang jadi saintis sebab kesabaran maksima perlu ada*, hic!

.... dan HASILNYA??? Eeeuwww...


Dah rupa buruk cenggitu barulah boleh dibuang sebab tak rasa guilty sangat. Cadangnya nak simpan lagi mana tau dari mascarpone boleh jadi blue cheese, kan Aida kan? hahaha.. betapa kejinya I, kan?

Anyway, cerita selanjutnya boleh cari under 'VICE'. Sekian terima kasih.

Wednesday 22 June 2011

Tulisan Jawi ...

Patutnya lakaran huruf Jawi tu dibuat guna 'pensil tanpa lead' yang disediakan tapi lupa letak kat mana so guna aje alat yang ada depan mata, kuku sendiri. W'pun kuku tak sepanjang kuku apek sokabar lama namun ia tak menjejaskan prestasi <- Prestasi apakah? kah3..

Minggu lepas jual sokabar lama 'untung' RM38. Sejengkal RM7. Bila agaknya boleh naik jadi RM70 sejengkal? Anyway, apek tu kata "saya orang baik" bila I terjah suruh dia 'jengkal' betul2, hehe.. kasi gegar sket. Mula bulan nih, I dah kensel berlanggan satu jenis sokabar. Lega I.

Bak n Mak selalu tulis surat dalam Jawi pada anak2 semasa berjauhan dulu. Bak punya stroke 'very professional one'. Kalau 'tha' ada 3 titik, sumpah tak nampak 3. 'Sin' ada 3 gigi dah diratakan jadi 1; dapat bayangkan tak? Bila kita tak faham apa2 perkataan, mulalah kerutkan kening dan besar-kecikkan mata yang memang kecik sambil mengeja pelan2 satu persatu tapi lama-kelamaan kita faham juga gaya Bak menulis (tengoklah anak saper, kan Bak kan?).

Bak hanya guna typewriter bila ada hal PENTING untuk dimaklumkan pada semua anak2. Setiap anak (yang duduk jauh) akan dikirimkan melalui pos satu salinan. 2-3 kali dapat surat macam nih bila Mak sakit tenat dulu :-(

Mak pulak, kalau huruf 'tha' ada 3 titik, terang tak payah bersuluh kita boleh nampak 3 titik. Syabas kat Mak, tak sekolah pun boleh baca Rumi, Jawi dan Quraan. Chik pun sama. Mak membawa cerita bahawasanya Bak komain suka (gelak2 lagi) bila baca surat Ndja dan adiknya yang chomel tu sebab setiap huruf jawi yang bertitik akan dibubuh titik sebiji2, secukup rasa.

Tulisan Jawi yang ditulis oleh L, N n A memang cantik, begitu juga tulisan Ruminya. Tulisan Rumi adik beradik yang lain somewhat seakan2 tapi bila I tengok my own tulisan, strokenya banyak serupa tulisan M, B, Md, K n Bak. Waah, thebut2 stroke nih, macam tulis 'kaligrafi' atau karekter tulisan Cina plak. Soalan: Tulisan adik beradik harus seakan2 atau sama, ke?

Jawi dulu dan Jawi masa kini banyak juga bezanya but nothing beats ejaan dalam kitab Mutla'alBadrin. Tak tau negeri lain tapi sekolah ugama kat Johor memang guna kitab tu bermula dari darjah 4-6. Kitabnya tebal sebab ia merangkumi berbagai perkara .. nak munakahat ada (munakahat bab nikah kawin, harus ingat yang nih dulu, auwww...), nak fikh, tauhid, faraid, semua ada.

I google nak dapatkan ejaan kitab yang tepat tapi tersadai plak kat FB siFolan. Berdekah2 I dibuatnya bila baca pengakuannya "kitab tuh bila start bab baru berbunyi 'Alkisah...... ketahuilah olehmu bla bla bla....takde full stop, sesak nafas membacanya".

Sesiapa yang pernah baca kitab tu pasti setuju dengan statement siFolan. Bukan aje takde noktah tapi selalu aje terkucil sana sini dengan ejaan yang mengelirukan.

Mungkin dah terlebih baca kitab maka I dapat idea namakan blog nih Al-kisah? Takde terlebih baca, terkurang is more like it cos I failed darjah 6 sekolah ugama. Masa tu macam suka aje failed, hahaa.. tapi Ndja pass pulak (alaa.. kalau dia share jawapan, I pun boleh pass juga. Apa salahnya share jawapan dengan adik sendiri, tul tak?).

Takkan dia tak tau sharing is caring :-) tapikan masa kitorang exam darjah 4, dia ada beri jawapan kat kertas kecik pastu layangkan bawah meja. If only Cikgu Pah Gayah dapat kertas kecik tu, sure dia menjerit macam halilintar membelah bumi atau pun dia repot kat Mak bila jumpa Mak kat pasar namun Allah tak izinkan keadaan tu berlaku. Syukur alhamdulillah.

AlFatihah to Cikgu Pah Gayah, Cikgu Engku Chik, Cikgu Tik dan semua cikgu yang terlibat masa I bersekolah ugama dulu kala.

Friday 17 June 2011

Shall we go dutch, please? ...

Sejak azali memang tak dilahirkan dengan bakat melukis. Apa yang dilukis sah hancus ke Sg Segget. Susah benar rasanya nak alihkan gambaran dari minda kekertas tapikan sekarang nih bakat cik Som dah pelan2 merangkak kemuara, hic!

Suka dan vangga dengan bakat semula jadi perkembangan terbaru nih sejak boleh melakar tanpa kertas. Mengasyikkan ...

Lakaran tu dibuat sepontan terus dikirim pada Ndja via mms. Apa pun, kita dua beradik nih memang suka berdrama. Dia tak anggap I serius pun, malah "cute plak" katanya. Grrr... Anyway, cerita seterusnya subtly ada bau2 bacang dengan lakaran tersebut.

On previous Friday Ndja footed the bill when we had lunch at SerRat, ingat tak dia bersekongkol dengan waiter? so last Wed. I 'took the liberty' to foot the bill when we had lunch at OOB.


Sempat tangkap sebahagian dari pinggan mangkok kosong dan pencuci mulutnya aje ...


Terkesima dengan 'pisang bakar', perasaan tamak menguasai diri so we gingerly ordered 2 bowls. Atas kesilapan teknik, semangkok aje yang datang, phewh! (ekceli ada 2 cerita twilight zone disebalik kesilapan teknik tu). The dessert was way too sweet for my sweet tooth indulgence. If only they ... tssk tssk ..

Friday
Ndja came over this morning "meh kita makan kat OOB lagi?". Since T n I dah plan nak ke Piramid, kebetulan OOB ada kat sana maka kita kesana ajelah.

As always T would be the one who expose me to all sorts of 'new things' available in the market.One of them is this milkshake ...

T nih pantang ada offer buy 1 gets 1 free. Tu juga sebab utama dia nak ke Piramid. Order is done either using the touch screen or the iPad. I leave it to T to do the 'touching' sebab I tak paham cakap omputih. I cepat konpius :-0

We then off to OOB ...


Kali nih kita tak berapa tamak unlike the first time when we were at OOB @Empire. Tak order dessert pun sebab SAH kekenyangan. That big platter of all sorts of dishes was shared among the 3 of us. We ordered extra 2 tompok of rice and a plate of salad and some drinks. That's about all and who foot the bill? Dia yang buat I lakar gambar kat atas tu ...


I teruja dengan rupa dan saiz serai yang diguna sebagai penyucuk satay (gambar kat atas yang ada hangus2 tu). Satay tu ada rasa sambal goreng hari raya. I took home serai yang besar tu saja nak compare dengan serai dalam esbok. Ketara betul saiznya, kan?

Dari mana agaknya OOB dapat stok serai yang gigantic and so epic tu? *sengih sensorang*.

Nota: 5-10 tahun dari sekarang, larat lagi ke kita jenjalan hiburkan hati cam nih?? Sekarang aje kita dah mencungap2, kah3.

Tuesday 14 June 2011

Jadi jugak part 2 ...



I really can't draw well compared to Ndja n the rest of my 5-1 brothers. Jiwa kurang seni kekdahnya. Gambar sad tu I lakar dalam hp dan terus hantar mms kat Ndja biar dia tau I tengah meraong lepas baca komennya, huwaaaa <- gelak sebenarnya.

Mula2 I bitau pasal egg tart yang I buat separa disaster dan mms dua gambar kat bawah nih ...



Ndja: yalaa.. Ala2 distorted. Keh3.. menangis org Macau tengok
Ndja: keh3 (dlm ati mcm simpati jugak)
Ndja: gambar tu cute jugak.. kelakor..
Sejuk hati bila dia guna 'cute'. Nasib baik dia pandai memujuk, hehe.
CS: sempat draw lagi .. maklum, I kan piccaSom?, ngeh2



Tu bukan mini boomerang tapi vanilla pod. Tak nak guna esen vanilla tapi nak guna yang 'fresh' punya but what a bummer... pod tu dah keras kejung takde bau harum lagi dah. Kenapa ek? *buat2 tak tau konon* Al-kisah, expiry date 6/2005 <- dua ribu lima ya cik Som! Sekarang dah dua ribu seblas.



Usaha tangga kejayaan, so they saylah. Bukan calang2 punya gigih, I gave my all!


Gigih kejap aje as my mood merundum secepat kilat. Dapat 12 biji. Selebih batter dibakar cenggitu aje tanpa 'cengkerang'.

I need a sifu .. eM.Nasir pls come over and teach me .. (Lili, sah I dah weng).

Monday 13 June 2011

Jadi jugak part 1 ...

Hajat dihati nak gobble asam laksa 3 hari 3 malam terlaksana jugak *gud gal*. Gud gal sebab kita buat sendiri, hehee riak! Tungguu setahun lagi, insyaallah kalau umur panjang boleh buat lagi.

Kali nih buat tak banyak, dapatlah setengah kawah aje *blink2*. Guna 4 ekor ikan boleh dapat sekawah, boleh ke? Boleh if I use anak jerung sebagai pengganti ikan kembong, ekekeke.

T n I aje yang minat laksa nih while TB n D tengok mood tapi hari tu TB kata "OK luv" <- auww.. in response to my message "hari nih I buat asam laksa. You jamah eh?". Dia jawab cenggitu really make my day. Bukan syok dengan 'OK luv' dia tu but the fact that I don't have to cook other meals, tu yang buat I melompat yabedabedoooo...



How do we garnish a meal like this? Camana? Tabur garnishing dulu baru tuang kuah, or tuang kuah barulah tabur garnishingnya? Ishhhh... camana I boleh tercicir bab 'etiket metiket' nih ek?



Harus digaul dulu, slow but steady. If only I had used more than one munger kantan, the taste would have been meletop! Nasib baik a bouquet of daun kesum (no joke a bouquet) yang dibeli seminggu dulu masih segar. Kalau bubuh petis mesti lagi vavavoom tapi I plak tak pernah stok petis. Yang ada cuma betis sendiri aje, ahaks.



Sesuap, dua suap, tiga suap ........ dan ....... berpuluh2 suapan almaklum 3 hari 3 malam punya makan, hehe. Alhamdulillah beyond words!

T will be at home this whole month. Just wait n see .. she will surely up to something. Kejap nak makan gelato, kejap nak pizza D, kejap nak tu, kejap nak nih.


30% off for this meal only provided you use kad rimau, either credit or debit card. I used debit (in great anticipation that I'll get 'something' in return).

Another of T's "hari nih rasa nak makaaaaan ................".

OTW to the car park harus singgah kedai 100Yen. What else but to get her fav dessert. Makanlah selagi ada selera, biar dia put on weight sekilo dua. I tengok baru 2 minggu tak balik rumah dah macam kurus kering dak tu.

.

Sunday 12 June 2011

Jalan2, makan2, ziarah2 ..

Harapan nak makan kat E hancur berkecai setelah sejam puthing2 makan angin kat underground parking lot. Kalau ada gitar, memang I goreng cukup2 gitar dengan lagu2 underground <- berkata nih dengan nada menyammmmmpah yang amat!

Cakap menyampah tapi sedar diri that luck was not on our side. Apa taknya, bila kereta kita bergerak 1-2 meter kedepan, ada plak satu kereta keluar dari parking bay maka kereta belakang kita tak lepaskan peluang. Dah rezeki dia. Patutnya management of E buat parking lot 18 tingkat naik keawan sana, haha...

Lepas sejam tekan2 pedal, T pun dah boring cum letih so Ndja took over the wheel. Selamat I kekal duduk cam mem. Kita terus ke SR kat SubPred tu aje. Niatnya I nak jadi 'tangan yang memberi' but Ndja tricked me. Dia memang licik n noty. Masa kita tengah makan, dia beriya2 pergi kekaunter nak oder satu lauk lagi which she did. Least expected that dia sempat bersekongkol dengan cashier.

Bila dish yang dia oder sampai, I signal kat waiter mintak dia hantar bil. Ternganga kejap bila tengok dalam folder ada small change (disamping bil). I thot waiter silap beri bil orang lain, rupa2nya memang bil kita. Kan I dah kata Ndja tu licik n noty??

Lepas makan kita ke PJNewTown (PJNT) sebab Ndja nak beli blouse. PJNT used to be my 'kampong' masa kerja PJ dulu tapi sekarang tempat tu dah naik sasau, memanjang jalan sehala. Adnan sempit plak tu, haha.. Jangan mimpi nak park kereta kat situ. Tu juga sebabnya kita naik Ara.. ehhh Aga. Kereta kecik senanglah T or me pusing2 sementara Ndja beli blouse. Kalau betul kiraan kita, dah 18x kereta berpusing tempat yang sama. Sekian terima kasih.

Lepas tu kita ke KgTunku ziarah Teh n Chik. More nak ziarah Chik lepas Teh bitau Chik alejik seluruh badan. Considering umur Chik dah lebih 80+, kesihatannya boleh dikatakan tip top juga. Teh tak tau Chik kegatalan, ahaks.. until ReetaCoolidge, maid of honor bocorkan rahsia. Chik dah sort of warn Reeta not to tell Teh tapi mulut manusia bukan mulut tempayan berukir naga yang boleh ditutup2. Anyway, rahsia pecah for a good cause, so tak dosa.

Bila Teh tau, all hell break loose, kahkahkah. Masa I visit Chik hari tu, alejiknya dapat ditawan, heheh. I know Chik was happy to see us the monyet jadian. Chik jaga T dari baby till she was 3 yrs old. And Chik jaga kitorang adik beradik sampailah kita TUA, ngeheheh... Bila jumpa Chik, kita gomol2 dia, cium dia n peluk dia. I baring sebelahnya and demand "Chik, tepuk Chik .. nyanyi sekali". Chik pun tepuk2 montot I "laalaalaaa".. kononnya I nih baby wpun dah kertu, huwaaaa..

Lepas kothongkan fundi2, solat dan dapat segelas air sirap, kita pun beredar. Nasib baik I dah siap tapaukan ayam gor berempah n gulai tunjang masa kat SR tadi so takdelah buang masa nak beli makanan lagi. TB balik dari ofis @4pm dan kita tiba rumah almost 5pm, errrk.. tapi OK what to have lunch at 5pm. Jimat boleh skip tea time, kan?

Tu cerita hari Jemahat. Semalam Sabtu, ada jemputan kawin tapi I tak dapat hadir atas sebab2 tentu arah. Selamat pengantin baru CLIZ, ehem.. don't debar2 okay?

Hari Ahad nih senyap aje. TB kerja. Budak2 nih bila holiday, siang serupa malam dan malam serupa siang. T dah buat plan nak makan kat PHut. Terlebih seronok bila dia tau kalau guna kad rimau dapat 30% off. Kalau dah keluar makan, haruskah I masak? Rasanya tak berapa harus, haha.. namun I dah rebus ikan. Kalau rajin nak buat asam laksa. Biar benarr Buk Thom!

Breakfast sensorang seawal 7 pagi sambil melayan 'seribu serba satu' perasaanG :-)


.

Friday 10 June 2011

Merajuk tapi tetap ...

Minggu nih takde sesi jjcm dengan TB. 1st day cuti dia tetap pergi ofis sebab gantikan kawan yang terpaksa buat minor operation. 2nd day sepatutnya kita berooolala tapi I pulak terpaksa duduk rumah menunggu basuhan kering. Basuhan tu dari air tangan T so kalaulah hujan, kesian plak tengok dia meraong nanti bila basuhan lencun, haha.

Basuh baju is a big deal to her...., why? Cos she is so cerewet! Ntah ikut sape ntah! Dah dia punya basuhan, patutnya dia yang tunggu baju sampai kering barulah pergi tengok wayang. But as always, I mengalah sebab I adalah ibu mithali, har3.

Truth is I malas nak bersiap bagai makanya perjuangan TB harus diselesaikan sendirian. Pergilah dia memborong apa yang patut.. beli kopi, makanan kucing, pencuci mulut n roti canai as his bekal to office. I duduk rumah penuh setia menanti apakah habuan yang akan ditapau nanti. Habuan in the form of nasi n lauk2 beranika jenis, owhhh nikmatnya.

Tapikan tapi, harapan setinggi gunung terus jadi belukar bila I tak nampak TB menjinjing beg plastik merah/oren berisi makanan. Sedih n sentap kejap.. rasa nak balik kampung .. harapnya batu belah batu bertangkup masih dibukak untuk ahli malang cam I, heheh. Nape TB tak belikan I lunch? Nape?nape?nape?

Banyak nak diramblekan lagi tapi terpaksa pause dulu as Ndja dah suruh T n I bersiap cepat. Dia ajak kitorang berluncheon kat EmpireStateBuilding. Kalau kesana, I dah cadang nak makan dessert pithang kat restoran Bali (Maya punya pasallah nih).

OK.. I shall continue later. Nak mandhiiiiiiiiii....

Cerita ceritut continues ...

Tetiba datang napsu nak makan kangkong goreng belacan, nak nak naaaak jugak, so tulah hasilnya cobaan sulung menggoreng kangkong belacan. Ubah cara masak sebab selalunya guna udang kering/udang basah tapi akhir2 zaman nih, selalu guna stok ayam aje <- sah semakin pupus kerajinanku.


One of those days when my sweet tooth comes a calling. I devour the thought of good serikaya nangka. Tak leh jadi, kena buat jugak.


Harus lebih molek rupanya kalau guna pengukus but since patience is not the essence of the day maka jadilah serikaya 'bopeng' cam permukaan vulan. Guna mw on 'high' for 2.5 mts. Tastewise? Nasib baik I sorang aje yang makan, hahahuhu...


Konon nak merajuk tak dibelikan lunch but really it wasn't necessary. Masa TB keluar rumah, I sedang berdondang slurping semangkok home made mee bandung "I tak ikut keluar sama so you kena makan sensoranglah eh?". Tulah sebabnya TB tak tapau apa2 makanan untuk dibawa balik :-)


Malam: Terpahat niat nak beli aje for dinner. Dah terbayang2 soto ayam tapi sambutan agak suam2 kuku. The boss malas nak keluar n kapla ada fening sket. Apa nih, malam Jemahat fening2 nih? ahaks (Ja ... I tau you mesti senyom simfol punya).


"I goreng nasi aje eh?" ... "tak nak nasi goreng.. u masak nasi, goreng ikan aje, dah". Kalau yang makan tu kita berdua memang OK sangat tapi malam tu korum cukup, D&T ada kat rumah so the urge to cook up a storm tetiba bertiup kencang.


Nasib baik ada kerisik dan 3 batang serai halus nyawa2 ikan (almost kering) maka terhidanglah the so-called rendang ayam. Sempat juga goreng sekor ikan n a few drummets (kalau dah lebih korum gitulah .. ada yang suka ikan tak suka ayam, and vice versa).



Kombinasi asparagus n baby corn biar nampak muai sket. Guna bawang putih 2 biji tapi yang satu tu terlepas pandang. Apa taknya, masa menghiris dan memotong bahan2, I memang tengah verangan that I was in the masterchef's kitchen all tensed up.

Potong bawang dengan rentak tertentu dah boleh dapat feel jadi chef yang awesome n epic!

Monday 6 June 2011

Shape up or ship out ... whoa...

my masterpiece


Ever since blogspot mereng I tak boleh komen kat blog kawan2 macam biasa. Kadang2 boleh guna my own ID, kadang2 I dipaksa jadi hantu raya anonymous dan yang paling grrrr bila blogspot doesn't recognise my ID eventhough I have signed in a few times. Dugaaan...

Feel like giving them a stern warning "hey you *sambil cekak pinggang ala Mak Dara* either you shape up or you ship out", cewah! OR "come come, let's taste my tempe kicap, hehe...

Pernahlah sorang kawan macam heran jer bila I tak tergoda dengan lauk tempe depan mata sedangkan dia dah macam kena rasuk. Dia anggap semua orang dari selatan mesti suka tempe macam dia yang berasal dari seberang tambak. Hmm..

I makan tempe tapi tengok camana ia dimasak. I suka rasa tempe dalam kuah lodeh/kuah masak lemak (ada lada hijau, kacang panjang n udang). Sama gak bila buat sambal goreng hari raya, wajib bubuh tempe (dan paru) kalau tak, tak umpph! Tempe goreng kalau dah sejuk dan tak garing, nehi. Tempe ayam penyet garing dan hangat dipadukan dengan sambalnya, I suka.

Anak siapalah yang cerewet sangat nih? Sah anak vuluh vetong!

Selalunya I beli sekeping tempe aje solely for TB. Separuh masak lemak, separuh digoreng aje. Atau pun sekeping tu dimasak kicap, kering tapi moist, moist tapi kering, heheh. Pernah sekali dua I masak tempe kicap (macam kat gambar tu) dicampur dengan paru yang dah siap digorennnng dari kedai. Kombinasi tempe n paru memang mantap!


Mesej spam bertahan selama sebulan pastu mesej2 tu hilang sendiri tapi tak sukalah tengok mesej macam tu bertali arus in my mail box. At least seminggu sekali kena cantas juga.
.

Friday 3 June 2011

Mee rebus, bawang gor n halaljadah ...

I teringin nak kongkang buah mangga so tulah yang I buat tadi. Kopek kulit dulu sebab I bukan monyet w'pun monyet memang dekat dihati. Berdiri tepi sink dapur sambil kopek kulit mangga pastu terus baham penuh hemah seakan2 makan apple. Ngap, slurp, tis tis, slurp.. nikmatnya! Semua tu dibuat dalam keadaan sedar lagi waras *sumpah tak tipu*.

Berbeza dengan apa yang berlaku sedekad dua dulu. I buat mende yang sama tapi dengan gerak geri tanpa dirancang, tetiba diri nih macam dirasuk monyet plak. Capai mangga, kopek kulitnya lebih kurang, kongkang sambil duduk mencangkong. Buruk pe'el betul tapi ada I kisah? Sumpah tak kisah sebab I sensorang masa tu.

I buat post mortem sebab musabab perangai ganjil tu. Untuk pendekkan cerita yang mungkin panjang lebar, aksi monyet tersebut adalah pembawakan budak. Nasib baik D tak berapa nak jadi monyet, kah3.. Pernah gak dia panjat tangga dan terus lompat kelantai, gedebuk! Kaki luka terus dia insap "maap Mi.. D tak buat lagi". Darah memancut2 meleleh2 ... ehh, kan dah panjang ceritanya nih?

Anyway, darah yang meleleh2 tu ditampal dengan ... mahap cakap .. tapi memang takleh cakap, heheh.

Beralih cerita ... last week I masak mee rebus. Kuahnya takdelah I buat from scratch tapi afdal guna instant formula aje, hehe. I tambah daging, salt n pepper *which diorang tak cadangkan pun*.



I nih bila masak selalu aje tak lengkap. Selalu aje go againt the flow tapikan tapi I was thinking kenapa mesti rigid sangat? Terngiang2 kata chef Michael "the best recipe is to cook without a recipe". Mee rebus tu tanpa taugeh. Kalau pun ada, takde siapa yang suka except me.

Selalunya bawang goreng pun takde as garnishing tapi hari tu mood ada baik so menggorenglah saya guna bawang besar tak guna bawang merah/kecik/shallots. Masa dara sunti dulu, Mak memang ajar hands-on bila menggoreng bawang. Warnanya wajib keemas2an gitu, never a hint of dark brown. I suppose Mak would give me 7/10 for the above effort (kan Mak kan?).


Made this specially for D. TB n T tak sker walau sesedap mana pun rasanya. Rugilah dua veranak tu. Terasa pelik bila mula2 dengar nama lauk nih 'halaljadah'. Ntah dari mana asal usul datangnya nama so unique like that tapi nantilah I tanya Chik *Mak's sous chef then".

Wednesday 1 June 2011

Nasi minyak n spaghetti ...

Something is still very wrong with Blogspot dot com. Mentang2lah kita tak bayar sesen pun kat dia, cis!

Nak berleter panjang pun tak guna sebab I sedar diri, beggar can't be choosy makanya afdal teruskan ritual menampal gambar aje ...


28/5: "Nak makan nasi minyak dengan kurmak", katanya. Memang jarang dapat feedback menyerlah bila ditanya nak makan apa. Yang selalu dia sebut 'nasi, ikan goreng n sayur' <-- Menu tu macam bohsan aje tapi bila kemalasan kerap melanda jiwa, rasa bestlah pulak masak simple mimple cenggitu! Pung pang pung pang, siap 18 lauk atas meja!


I tak pernah masak nasi minyak so I tanya maybe dia tau. "Nasi tu kena bubuh ghee, takde ghee tak jadi.. pastu campak bunga lawang, cengkih .... rempah2 tulah". Wow! hebatnya abah D&T nihh..

Masak nasi minyak guna beras siam wangi aje tak guna Basmathi Pasu Pusa, haha. Kurmak daging takde tomato, cili ijau or daun sadri but I make do with rangka celery tua. I used fresh milk instead of santan and I fried the 4 surviving drumsticks with only salt (serbuk kunyit elek).

Was lucky that I had some tomatoes n cucumber still alive n kicking hidden in the crisper. Dapat gak something which I could proudly call salad, hehe.

When I visited T last Tuesday "Mi, tak nak get a bite ke?". Well... knowing her, it is always a case of more-than-a-bite so we ended up here for breakfast.



We terjah into the restaurant as soon as it opens for business. Love the place as it is airy and spacious with colorful deco. Cam nih barulah selesa nak makan w'pun yang dimakan tu was nothing to shout about, heheh.

Make no mistake though about their offer. It's either you take one dish OR one drinks. We were not allowed to order drinks (see pic) since both of us had ordered the same dish. I repeat, no such thing as wanting to have both. Apalah kasi oghang keliruu cenggitu ek? Anyway, we did order other drinks not on discount, ehem.

The spaghetti was a tad sweet but overall it tasted OK and the garlic bread was crispy n yummy.
.
Note: Published on 2/6/11 at 11pm