Saturday 7 April 2012

Rambu ramba & RJ (lagi?) ...

Tiap hujung minggu ada aje sesi merambu ramba dengan T. Rambu ramba yang diibaratkan mengupas kulit bawang, lagi dikupas, lagi meleleh airmata, isk3. Bila dah merambu ramba, takkan tak terkuak dompet duit, tul tak? So, bila aje ada benda nak dibeli maka kerap jugalah terkuaknya dompet kulit cap kangaroo cikSom (which kadang2 rasa nak meleleh juga airmata kasih, hehe..).

Psst..tak bestlah sebut dompet sebab dah terbiasa sebut wallet/purse. Alah bisa tegal biasa so takde isu mengada disini. Selama nih I thot wallet khas untuk lelaki dan purse untuk pempuan. Rupa2nya I silap sangka. Penggunaan wallet/purse adalah unisex.

Apa pun, I lebih suka guna men's wallet (feel empowered), pakai jam tangan sporty look (tak sker girlie look) & sembur 'sporty' perfume meant for sporty ladies walhal sad to say, I bukan main apa2 sports pun, in fact I hate all outdoor sports.

Cakap tak suka sports tapi I suka plak indoor sports games: dam haji, chinese chequers, scrabbles, monopoly & cards @ daun terup (memang tererrr main nih, betul tak bedek - 7 diamond, race, jual-beli, colet, main hantu, terup melayu).

Disclaimer ikhlas: Pengakuan diatas merujuk zaman muda2 semasa bekerja dulu. Sementelah dah jadi SAHM @warga keemas2an maka barulah afdhal jadi girlie2 sket namun penggunaan wallet tetap!

Sebut pasal daun terup, teringat pulak kat Chik (aunty). Masa T kecik2 dulu, dialah sifu n mentor T main games guna daun terup (games yang mudah budak kecik faham) disamping sama2 main dam haji, monopoly n chequers. Chik banyak beralah dan mengalah kasi T menang cara mudah.

Tiap kali main games dengan D&T, I memang tak kasi chan diorang menang dengan mudah. Memang main games for fun tapi sebenarnya games tu pun boleh stimulate otak kita berfikir. Sometimes we need to think 'manipulatively', don't we? heheh..

Let's U-turn, back to cerita rambu ramba smlm ..
10am-3pm: grocery shopping for both---run some errands---lunch @Sub.Pred---ENT clinic---home. I was driving all along but alhamdulillah dengan izinNya, my tumit tup2 tak sakit lagi. Dah boleh lompat pagar, yeayy..

8-9.30pm: bought dinner----run some more errands---waited like foreva @Dominoes, sigh.. Siapa yang lebih sabar menunggu dan menunggu bila yang dibuat tu untuk anaknya ....... kan?? And the traffic at Tepan is like hell on earth! *tepuk dahi n usap dada*

As you read n scroll down, janganlah melaung "lagi lagi mende nih, takde menda lain ke?". Hawhawhaw.. I tak dulik, you all kena gak tengok dan tatap dengan penuh perasaan n please appreciate what you see, janji ehh?

Lunch semalam: T ordered a plate of satay. I was still comtemplating what to order but why not satay? (jamah secucuk T punya where got enuf?), but T the spoiler discouraged me "tak bestlah kalau dua2 makan satay" and suggested that I order RJ. (In jest) I told her she is very persuasive! Dia senyum anak itik aje!

So I orderlah RJ ... again??! <-- cewah! menjerit tanda jemulah kononnya tu..


I baru jer makan RJ buatan sendiri tapi dlm masa yg sama I tak nak pecahkah rahsia I buat RJ masa dia takde kat rumah. Nak jaga hati anak dan tentunya keep my own lil secret, tulah I cepat2 gave in. Lagi pun bila ngadap makanan, hati jantong paru2 kita haruslah ceria :-)

Dalam pada tu sempat membanggakan diri pada T "alah..Umi pun reti buat roti jala. Umi buat lagi sedap" *chuckle*. "Yalah tuu Umi" (cis! macam tak percaya kebolehan mak dia walhal dah berpuluh keping RJ dia ngap).

Ralit tengok RJ yang jalur jalanya nampak so halus. Tetiba rasa termalu2 kucing Persia bila banding dengan rupa my own RJ. No wonder T is sceptical about my menjala skill, hmmm..

Camana chef tu buat jadi molek manis macam tu? Ada ke masa menjala dia lenggok2kan punggungnya sekali? Mesti ada cara atau teknik menjala dengan betul, oredi pass ISO9000.

Harus berguru ...

Nota ekonomi: a plate of RJ + chic curry (a piece of drumstick) costs RM9.90. That much of money I could get hundreds of RJ anytime (+berketul2 drumstick even). Takperlah, semua nih akan jadi kenangan indah diantara sianak dan siemak, insyaallah.

9 comments:

Rima said...

Oh nook.. Kat rumah ade balance dalca rusuk lambing semalam.. Esok harus lah menjala.. Yg halus cam gini? Ohhh tidakkkk

Bintangjauh said...

Salam CikSom,

laaaaa... Ratna sangka ingat kan RJ itu ialah diri Ratna yang bernama penuh RATNA JUWITA!ter...perasan, rupa-rupanya si-Roti Jala... mengapa roti? walhal adunan tepungnya cair tidak solide serupa dengan adunan roti sepatut mestinya bernama "lempeng" gitu... hairan&pelek sekali keganjilannya itu.

Gimana pun... teruja juga dengan jalaan yang berjalur halus begitu, akan tetapi cara masing-masing lagi tersendiri itu yang terpenting ya CikSom...

Makanan yang dijual sekarang ini jika tidak beratusan didalam dompet, oops... wallet/purse sememangnya tidak mencukupi ongkosnya untuk bermakan santai direstaurant akan tetapi suasana bermakan diluar begitu berbeda jika dibandingkan dirumah = rutin!

Bon Week-end dan salam manis semanis madu.
p/s: Ratna hanya ngerti berlawan main dam haji sahaja selain itu tidak tahu dan ngerti, apa tah lagi Chess Games terseliuh minda dan maka itu hingga sekarang Ratna tidak tahu dan ngerti gimana cara mengayam ketupat dimana adik-beradik sepusat sepusing semuanya ditahap "excellent"! kekurangan diri yang tidak semestinya diselindungi!

Queenie said...

semalam kan CS, masa sampai jer kat umah cousin I tu, dia hidangkan roti jala...malam tgh sibuk2 berpeloh ketiak memasak, dia hidangkan I ngan roti jala, pagi tadi...tetiba rasa bijik mata berbulu bila ternampak tuan rumah nak tebar roti jala kepandangan mataku huhuhu...

aritu bukak blog you, nampak RJ meleleh air liur ngan pewut keroncong, arini...my jaw rasa sesemut nampak RJ sekali lagi keh3...

roti jala is everywhere.....

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Salam CS..
You dolu2 ni mesti rugged org nya..nnti I nak bayangkan wajah CS.
Sukernya you dgn R.J ya..
Nanti I pun nak buat, suker makan dgn bubur durian. Memang nampak menarik sangat RJ kedai tu haluss gitu...

CS said...

RIMA
You jadi buat RJ cicah dgn leftover dalca rusuk LAMBING lum? ahaks. Kalau you boleh buat RJ berjalur halus, pls be my sifu :-)


RATNA
Sekali sekala 'terperasan', apa salahnya kan? Sejak azali roti jala dipanggil 'roti' walhal ia xde unsur roti. Siapa yg memandai2 tu yek? Namun itulah keistimewaan RJ.

Psst..samalah kita. Tak reti main chess dan tak reti menganyam ketupat *janji kita bahagia*, auwww...

CS said...

QJ
I pun tak sker bila jaw rasa sesemut namun urut dada ajelah dan jilat2 skrin jika perlu, ekekeke..
Hidup roti jala, yeehaaa..!!


ARTLOVER
CikSom tu tidaklah rugged orangnya tapi fikirannya aje yg rugged, ehem. Sila bayangkan yg elok dan manis2 aje k? :-)
RJ = sukerrrrrrrrrr.....

Yong Kamariah said...

Cik Sommm... dah buleh dpt gelaran Raja Jala (RJ)dah ni... takper, gelaran buleh unisex gek kan? ngehngeh... btw kita tak pernah menjala, so weekend tu pegi Bagus beli acuan menjala siap2, ntah bila le haku nak buat tataulah horrr..

Anie said...

Cik Som,

I lambat sampai sini dahhh. Tertinggal bas, motor car, motor sikal dan yg sewaktu dgn nya ahakkss ;)

Mmg I pun tertarik arh tgk RJ yg dijala dgn sehalus2nya. I pun tak boleh ler nak buat mcm tu.

Ni nak pegi baca entry2 lain yg I terlepas. Happy Monday Cik Som....jgn lah nangis lagi bila bukak wallet yea ;)

CS said...

YONG
Raja Jala? Bolehlah tukor jadi Ratu Jala tak? auummm...suker! Dah beli alat menjala, harus teruskan menjala Yong. Takkan nak tunggu air dilaut surut baru mula menjala? ahaks.. Motivasi dipagi Senin kekdahnya tu, hehe..


ANIE
Nape tak naik hot air balloon aje? BTW, jadi tak you pegi ke hot air balloon yg you kata hari tu??
Happy Monday to you too. Insyaallah tak nangis bila bukak wallet. Hanya sendu sedan aje, kahkahkah..